CARA MENINGKATKAN IMUNISASI / KETAHANAN BADAN (IMMUNE BOOSTER)

12:49



Artikel ini diberikan oleh Prof. Dr. Hamid Bin Arshat, Salah seorang Doktor Pakar O & G yang sangat dikenali di Malaysia. Semoga usaha Prof. Dr. Hamid Bin Arshat sentiasa dirahmati Allah.

The Immune Advantage oleh Ellen Mazo dan penerbit-penerbit Prevention Health Books. Menurut pendapat sesetengah pihak salah satu usaha paling musatahak anda boleh lakukan untuk kesihatan badan anda ialah meningkatkan sistem ketahanan badan sebagai langkah mencegah daripada penyakit.
Berikut merupakan beberapa petua-petua penting yang boleh anda lakukan untukmenolong meningkatkan sistem ketahanan badan anda.

1- Warnai juadah makanan seharian anda dengan pelbagai jenis hasil tanam-tanaman. Makanlah 9-10 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan hijau dari sumber tempatan dan luar negeri setiap hari.

2- Makan Supplemen tambahan Makan tablet multi-vitamin dan juga vitamin C, E dan kalsium setiap hari

3- Amalkan senaman setiap hari Gerakkan badan anda selama 30 minit dalam sehari seperti berjoging atau berenang atau buat gardening.

4- Nikmati masa tidur anda Dapatkan tidur 8 jam sehari

5- Perbaiki EQ anda (Emotional Quotient) dengan bersolat dan berzikir. Tingkatkan Kematangan berfikir anda dengan membaca , sebaiknya baca Al Quran.

6- Kenali badan anda dan pelajari sejarah keluarga Telaah salasilah keluarga anda dan tumpukan kepada membanteras penyakit keturunan

7- Banyakkan minum air mineral atau air suam. Dapatkan 10 gelas air sehari sebanyak 8 auns dan segelas cawan teh sehari

8- Ingat, dapatkan kepelbagaian dalam pemakanan anda. Makanan pelbagai jenis makanan yang halal untuk dapatkan cukup vitamin dan mineral.

9- Selidiki jenis-jenis lemak yang anda dimakan Pastikan anda memakan jenis-jenis lemak makanan yang sihat dan jauhi lemak-lemak yang jahat. Diantara sumber lemak yang baik ialah minyak zaitun, minyak kelapa tanpa kolesterol.

10- Amalkan cara penyediaan makanan yang bersih dan selamat

11- Hidup kita adalah bersosial Bersosial, berkawan dan eratkan silturahim bersama sahabat dan saudara dekat

12- Amalkan hubungan kelamin yang sihat Adakan hubungan seks yang sihat bersama suami/isteri anda

13- Ambil supplemen Vitamin D Ambil Vitamin D 400 IU sehari

14- Pentingkan memperolehi ketenangan jiwa Amalkan teknik-teknik menangani stress dengan baik

15- Alami kuasa ajaib sentuhan Pergi sessi mengurut

16- Luahkan bakat menulis anda Simpan satu jurnal untuk meluahkan rasa hati anda.

17- Amalkan kebersihan diri yang baik Pastikan anda seorang yang cemerlang mengamalkan kebersihan diri

18- Mencegah lebih baik dari merawat Dapatkan vaksinasi dari Doktor dan jumpa Doktor gigi setahun dua kali.

19- Lindungi diri anda dari allergi

20- Ambil herba-herba / ulam2 semula-jadi untuk meningkatkan imunisasi. 

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||