Trip ke Singapore - Little India Street - Day 1

12:48


Macam yang aku dah story dekat entri sebelum nie ----> Entry Bugis Street...kali nie aku nak share pulak apa yang ada kat Little India Street, Singapore. Jarak antara Bugis Street dengan Little India Street nie memang x jauh pun.. ada la lebih kurang 10 minit jer.. Kami diberi masa 3 jam untuk berjimba kat sini.. 


Kami pun terjah la Mustafa Centre nie dengan penuh rasa keterujaan..Dalam hati dok imagine mesti best tempat nie sama macam dekat Bugis Street tadi.. tapi bila masuk jer kat bahagian dalam Mustafa Centre nie kami semua terkesima sekejap.. tak seperti expectation kami lah.. Mustafa Centre nie bagi aku lebih kurang sama ja macam kat Pasaraya Maidin di Penang tue.. memang la ada banyak benda yang dijual kat sini like pakaian, barang elektrik, barang kemas, barang dapur.. tapi serius standard semua barang2 tue lebuh kurang macam kat Maidin ja.. Ermmm maybe Mustafa Centre nie tempat shopping yang bajet la kot.. 

Kami ronda2 kat dalam tue just 10 minit jer.. then semua keluar nak tengok apa lagi yang ada kat Little India Street nie..Area nie memang ramai giler orang.. tapi yang ramainya orang Bangladesh, Pakistani dan Indian.. Serius ramai!! Kami rasa macam bukan kat Singapore dah..Tapi kat sini kalau kita nak cari makanan muslim memang banyak la..ala2 kedai nasi kandar kat Malaysia.. Tapi kami semua tak dak mood pun nak terjah semua restoran2 yang ada kat sini..kemudian aku terus call driver bas bagi tahu yg kami tak nak stay lama2 kat sini sebab tak ada apa yang menarik sangat.. 

semua muka ketat jer.. 

nak jugak tempek picture dia jalan kat Little India Street nie..

disebabkan lama betul tunggu bas nak datang ambik kami.. kami lepak dulu kat tepi jalan macam nie.. tension wwoooo...T__T...nak salahkan driver bas pun x boleh sebab kami yang mintak tempoh 3 jam dok kat sini..so redha jer la..hazab la kena tunggu lebih kurang 1 jam kat sini..huhuhu

Once we all nampak jer bas sampai apa lagi bukak langkah 1000 la naik bas..Then kami terus bergerak ke hotel untuk check-in.. lega dapat baring atas katil yg empuk..pfftt


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||