Injection Prevenar 13 (Pneumococcal Vaccine) For Emir

11:51


Assalamualaikum..
Today aku nak share sikit pasal vaksin tambahan yang patut kita beri kepada anak kesayangan kita. For those yang belum or tak pernah tahu tentang vaksin tambahan nie meh nak story sikit. 

Actually vaksin nie memang kita tak boleh didapati dekat hospital kerajaan..sebab kos dia agak pricey..so if u all nak jugak bagi vaksin nie to your baby.. u all kena la pergi ke private hospital/clinic ya..

Aku memang ambil vaksin nie untuk Emir since dia umur 3 bulan lagi..now, ada lagi 2 dos yang kena ambil semasa umur 5bln and dos yang last masa umur 1 tahun. Vaksin yang aku maksudkan adalah Prevenar Vaccine



Vaksin nie sangat penting kerana dapat memberi perlindungan daripada jangkitan bakteria pneumokokus yang menyebabkan penyakit Pneumokokal (PnD). Penyakit nie paling mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dianggarkan seorang bayi meninggal dunia setiap satu minit di seluruh dunia akibat jangkitan bakteria nie dan kira-kira 60% kanak-kanak tadika dan pra-sekolah juga menjadi pembawa bakteria pneumokokus nie. Bakteria nie boleh disebarkan kepada kanak-kanak lain semasa mereka bergaul di tadika or taman asuhan. 

Selain tue, bakteria nie jugak boleh menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa macam pneumoniam meningitis dan bakteremia (keracunan darah) serta otitis media(jangkitan bahagian telinga). 

So kepada ibu-ibu yang tak mahu anak kesayangan terkena jangkitan bakteria bahaya nie, sila ambil la suntikan Prevenar Vaccine. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Lagipun duit kita boleh cari lagi tapi nyawa anak kita nie mana ada galang gantinya kan..

For me yang dah lama tunggu nak dapat anak nie memang aku sangat particular la sikit...
Tak sanggup kot nak kehilangan Muhammad Emir Daniyal...so tak kisah if kena spend duit lebih sikit demi kesihatan dia..

masa nie Muhammad Emir Daniyal baru lepas kena inject.. hehehe..
cian anak mama nie..be strong k.... ^__^



Kot2 la ada yang nak tahu kat mana aku ambil vaksin nie boleh la pergi dekat Klinik Pakar Kanak-Kanak E & R Amanjaya Sg. Petani. Satu dos vaksin nie harganya RM260.00. So total kos untuk 3 Dos Prevenar Vaccine adalah RM780
Untuk pertanyaan lanjut boleh la call klinik nie..^__^ 
Sharing is Caring-

E & R Child Specialist Clinic
40, Lengkok Cempaka 1, Bandar Aman Jaya, Sg. Petani, Kedah
No.Tel : 04-442 3666
No. Fax : 04-441 1009








You Might Also Like

2 comments

  1. salam..akak klinik ni yang belakang amanjaya mall tu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.. yes btl.. belakang klinik amanjaya tue jer.. =D

      Padam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||