My 10th Anniversary

15:30


It's my 10th Anniversary already!!!!!! 02 November 2012..Syukur Ya Allah kerana jodoh aku dan papa Emir masih kuat dan utuh. Syukur jugak sebab akhirnya penantian 10thn menanti kehadiran baby akhirnya termakbul dan Engkau memberikan kami seorang baby boy penyeri dalam rumahtangga aku dan papa Emir.. Sesungguhnya pemberian Muhammad Emir Daniyal membuatkan hidup kami sangat bermakna  dan bertambah bahagia..

Sekejap jer sudah 10 tahun..x sedar begitu cepat masa berlalu. Perkenalan aku dengan papa Emir pada malam tahun baru 2002 membawa kami ke arah satu perhubungan yang sangat suci iaitu PERKAHWINAN. Aku dan papa Emir diijabkabulkan pada 02.11.2002. Masa tue aku tersangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mendapat suami seperti papa Emir nie. Papa Emir sangat penyayang dan mempunyai tahap kesabaran yang sangat susah nak ada pada lelaki zaman sekarang.. Aku nie jenis cepat panas baran..nasib ler dapat suami yang penyabar.,.satu lagi yang aku rasa sangat bertuah dapat suami macam papa Emir sebab walaupun we all dah lama kahwin tapi belum ada rezeki nak dapat baby..papa Emir xpernah mengeluh dan sentiasa memberikan semangat dekat aku dan minta aku bersabar. Dia la tempat aku menangis setiap kali aku sedih memikirkan kenapa aku belum ada baby..Aku jugak bersyukur dia bukan jenis lelaki yang mengambil kesempatan atas kelemahan yang aku ada.. - "Tq sayang sebab setia bersama ayg walaupun ayg bukan isteri yang sempurna. Terima kasih kerana menerima kekurangan ayg selama 10 tahun kita bersama nie. Tq jugak sebab sentiasa sabar melayan kerenah ayg yang ada masa kalah perangai budak2..=), Ayg doakan semoga hidup kita berdua sentiasa diberkati oleh Allah dan sentiasa bahagia macam sekarang nie dunia akhirat..Love you till Jannah..Insyaallah..♥♥♥"

Sempena 10th Anniversary nie papa Emir nak bagi present special katanya la.. sebabnya sempena angka 10 tue la..bukan senang ooo we all nak pertahankan cinta suci murni nie.. hahahaha.. So papa Emir bagi aku 3 pilihan hadiah yang aku kena pilih..Adoiiiiii ikut hati nak semua sekali.. ^__^


1st -

  • Pakej Honeymoon 3H 2M- Konon2 nak menghangatkan kembali la aura perkahwinan kami yang dah 10 tahun nie.. =)

2nd -

  • Camera Nikon DSLR - papa Emir kata nak hadiahkan aku benda nie sebab binikk dia nie gila posing..hahaha,so dia nak la aku upgrade kamera yang canggih sikit.. sebenarnya sebab utama dia suggest kamera nie sebab pengalaman pergi Singapore hari tue la.. picture kamera aku yang ngok-ngek tue x dapat capture gambar yang cantik-cantik..

3rd-

  • Samsung Galaxy Note 10.1 - yang nie dia suggest sebab tang saiz tablet nie 10.1..papa Emir kata 10 tahun sekali la..hahaha..

Mulanya aku prefer yang 1st tue sebab bagi aku antara banyak2 hadiah kita x boleh beli MEMORIES ! Feeling kononya special la bagi aku kan..yang 1st tue rasa macam paling bermakna daripada harta-benda..Harta benda nie bila2 pun kita boleh beli...janji ada duit jer...Tapi bukan macam MEMORIES kannnn..sampai mati pun tetap terpahat dalam ingatan..cewahhhh..

Tapi atlast aku terpikir present yang x listed pun kat atas tue,, aku bagi tahu papa Emir aku nak couple ring.. Couple ring tue mesti diukir nama aku dan dia.. Papa Emir nie setuju jer apa yang aku nak,, dia ikut jer,, sayang binikk la katakan..hahaha.. So sehari sebelum hari anniversary..kami pun pergi la servay kedai emas yang boleh buat special couple ring yang boleh ukir nama kami berdua..tertiba teringat lagu nie..* ku ukir namamu di awan gunung jerai..bersaksikan laut... ehh...ada kena mengena ke dengan lagu???? tang ukir nama jer kot..^__^

So dipendekkan cerita setelah penat pusing 1 pasaraya kami akhirnya dapat jugak couple ring yang macam kami nak tue.. dekat ke EUMAS JEWEL.. tempoh masa nak siapkan ukiran tue pun sangat pantas ambil masa 1 hari jer.. So esoknya dapat lerr ring tue...masa dapat tue feeling ala2 baru akad nikah.. dia sarung aku..aku sarung dia.. muahahahah.. jangan tanya pasal candle light dinner sebab masa hari anniversary kami tue kami just spend time tengok wayang jer cerita SKYFALL, and then makan2 dekat pizza hut.. =) nanti kami nak sambung honeymoon dekat Kuching, Sarawak 10 - 13 November pulak..Yeayyy nak makan mee kolok!!!!!!!!!!!!!!!!




Love u 4 ever and ever till end of the world




Words yang kami pilih untuk diukirkan dan dipahatkan adalah 
EDY & FARAH 10th











You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||