Fly to Sarawak Part III with My Precious Emir

11:48




Jom! It's time tue jalan²...Dalam lift pun gila nak berposing jugak...muahahaha


Seawal jam 9.00opg kami dah ready kat bawah lobby hotel tunggu kereta sewa sampai...Our 1st destinantion adalah ke rumah Wak Loi & Aunty Mary di Bau..after that terus ke Pasar Serikin pulak..nasib baik masa pergi ke Pasar Serikin aku tak bawak Emir.. Bayangkan tengah² panas terik boleh pulak tiba² hujan turun dengan lebatnya.. Kalau la Emir ikut jugak confirm basah lencun la anak aku tue.. My Sayang's Cousin, Evelyn, memang tak kasi aku bawak Emir sebab katanya tempat tue tak sesuai untuk baby kecil.. So a big thanks to Evelyn sebab volunteer nak jagakan Emir dan bagi 'chan' aku & My Sayang nak pergi shopping...


Sorry utk trip kali nie aku tak ambil gambar pun kt Pasar Serikin nie.. cuaca hujan masa tue buat aku tak dak mood nak bergambar.. tapi untuk memuaskan jugak hati aku yg rasa macam tak best jer story tanpa gambar untuk ditatap maka aku tempek jugak la sekeping gambar daripada koleksi album aku kat Sarawak masa aku pergi tahun 2010 lepas.. Just nak bagi nampak gambaran macam mana rupanya Pasar Serikin nie..

*Pasar Serikin nie bukak pada Hari Sabtu & Ahad SAHAJA.....

Apa yg ada dekat Pasar Serikin masih sama jugak masa aku ke sini tahun 2010 dulu..kat Serikin nie kalau tak hujan memang bahangnya adoiiii hai...panas teramat...aku yg tua nie pun siap berkipas sepanjang jalan..suasana kt sini pun masih tetap sama...tak pernah sepi dengan kunjungan pelancong² yg mengilaaa nak shopping.. Deretan² kedai yg menjual langsir, barang kraftangan, handbag/bag, kain sut, pakaian, tikar/karpet dan pelbagai lagi senantiasa penuh...apa yg membuatkan Pasar Serikin nie menarik adalah kerana harga yg ditawarkan sememangnya jauh lebih murah drp di Semenanjung... untuk kunjungan kali nie aku beli kain sut jenis chiffon dengan harga RM50 jer untuk 2 pasang.. mana nak dapat kain chiffon 4meter dengan harga macam tue kan...kualiti pun sememangnya bagus..Memandangkan cuaca pun tak berapa elok masa tue so aku memang tak lama kat sana.. Lepas habis jer shopping terus balik ke rumah saudara My Sayang untuk ambil Emir...then kami continue ke Muzium Sarawak...


Sejak ada baby nie rasanya jiwa aku nie dah macam makcik² sudah..hehehe...mahunya tak.. gigih betul aku tolak stroller masuk muzium..sedangkan dulu jangan harap la aku nak layan pergi muzium² nie.. Muzium adalah tempat yg tak pernah ada dalam list ronda² makan angin aku..Maybe masa zaman sekolah dulu aku dah puas meronda tempat camgini..

-dulu selalu join rombongan sekolah- 


So Emir punya pasal aku masuk la jugak muzium nie.. lagipun masuk FREE jer pung....


Kat dalam Muzium Sarawak nie ada banyak jugak benda yg dipamerkan.. tak dak la bosan sangat berjalan kat dalam tue.. ada banyak binatang yg telah diawetkan seperti ikan²..burung².. orang utan...harimau...hehehe

Selain daripada tue kalau nak tengok pelbagai spesis ikan² kecik boleh la tengok di Mini Aquaria yg terletak di luar sebelah kiri muzium..masuk situ pun FREE jugak...


Mulanya tue aku ingat rangka belakang My Sayang tue milik BUJANG SENANG Si Buaya yg sangat femes kat Sarawak.. tapi rupanya bukan.. yg tue adalah tulang ikan puas.. Cerita disebalik asal-usul BUAYA BUJANG SENANG tue...My Sayang kata asalnya dia tue manusia yg mengamal ilmu.. betul tak aku tak tahu la..hahaha


Out next stop adalah di Kedai Kek Lapis Dayang Salhah.. Hampir ke semua sample kek lapis dia aku rasa.. last² beli cuma 10 bijik jer.. Antara yg menjadi pilihan aku adalah Kek Lapis Chocolate Cadbury/Kek Lapis Cheese/Kek Lapis Hati Pari/Kek Lapis Blueberry/ Kek Lapis Cheese Walnut/Kek Lapis Cheese Chocolate.. 

Esoknya aku ke Kedai Kek Lapis Mira pulak..kat situ pun selamat lagi 6 bijik yg aku beli...taste tak sama dengan Dayang Salhah.. Kek Lapis Dayang Salhah sedikit kering manakala Kek Lapis Mira lembab² sikit.. Dua² sedap dan ada keunikan tersendiri... so ikut taste masing² nak yg macam mana...Harga pun tak la mahal sangat.. Range price antara RM10-RM100 bergantung kepada jenis flavor dan saiz..


Kalau dah sampai Bandaraya Kuching, Sarawak tak sah kalau tak bergambar di sini.. Trip aku sebelum nie aku tak bergambar pun aku kat sini.. tak tahu la kenapa masa tue tak terpikir pun nk bergambar..So utk trip kali nie mana boleh lepaskan peluang... posing jgn tak posing yer...hehehe


Lewat petang kami selamat sampai kat hotel.. Emir awal² dah tertido.. Lepas susukan dia dalam kereta sampai la naik bilik tak terjaga langsung.. Maybe Emir penat sangat sehari suntuk dok berjalan.. Sepanjang ronda² Emir memang tak buat hal langsung.. Sesekali jer dia nangis..tue pun sebab nak susu or lampin dia dah lencun.. Kalau macam nie la dia...boleh la bawak dia pergi travel selalu..

Sumpah! aku tak dak stress langsung bawak Emir jalan².. tak seperti anak kawan² aku..Depa pernah cerita yg depa sampai bergaduh laki-bini kerana anak buat hal masa travel..sampai depa serik nak bawak anak² kecik ikut sekali kalau depa p travel.. Syukur Emir tak camgitu.. kalau tak mau meroyan aku tinggal dia kat Mama aku.. Hari tue masa pergi Singapore aku tinggal Emir kat maktok dia, setiap saat aku dok teringat kat dia.. tapi apa kan daya masa tue Emir baru umur 3bulan.. perjalanan jauh...naik bas pulak tue..kalau naik flight tak pe la..tak sempat nak panas punggung dah sampai.. hehehe

So dinner kami malam nie masih di tempat yg sama.. Menunya jugak sama...Chicken Rice + teh tarik!!! hehehe

After that naik bilik Zzzzzzzz...- Esok nak sambung berjalan lagi...^__^






You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||