Alhamdulillah..Aku yang Bertuah!

11:27


Semalam aku tak masuk ofis sebab ada Mesyuarat Agong Puspanita Peringkat Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang.. Tahun nie adalah tahun ke-2 aku join meeting nie.. Wajib join okey sebab selalunya meeting nie 1/2 day jer..then lepas meeting boleh ler aku chawww balik terus.. Boleh dapat 1 hari Cuti Tanpa Rekod pulak tue kalau kita attend meeting nie..heheeh...so silalah gigihkan diri anda untuk join Persatuan Puspanita nie.. bukan susah mana pun just tadah telinga  jer dengar depa bermesyuarat..simple kan!


As usually kalau namanya janji melayu memang akan selalu terbabas la..sepatutnya pukul 8.45 pagi dah selesai pendaftaran semua.. tapi ini tak pukul 9.10 pagi pun orang dok mendaftar tak habis² lagi.. tak ada time management langsung! Dalam hati aku dah dapat agak sure drag time punya la nanti.. menyampah aku tau..dah la aku dok berangan paling lekeh pukul 12.30 tgh boleh chawww dah.. nampak gayanya punah la impian aku nak balik awal..tapi tak kisah la lagipun kalau balik awal pun tak best jugak sebab My Sayang kerja.. so bertabah jer la..


Kalau nak tahu bila kita join meeting puspanita nie sangat la santai okey.. dah macam tengok show pun ada..ada persembahan koir lagi...lagu 'Permata Untuk Isteri'...hahaha..so tak dak la kita bosan sangat kan..selalunya kalau namanya meeting confirm² bosan! tapi tidak bagi meeting dengan puspanita nie okey..Selain persembahan daripada kumpulan koir nie yang membuatkan aku gigih sangat nak join meeting nie adalah kerana akan ada orang meniaga barang² khusus untuk semua kaum wanita menghabiskan duit..kiosk² jualan bersepah menawarkan harga lelong dan membuatkan kita mengeluarkan duit dengan rasa separa sedar..mahunya tak meroyan kita boleh dapat barang yang  jauh lebih murah berbanding kalau beli kat kedai luar...Aku sempat jugak merembat sehelai tudung half moon ciplak radiusite tapi yang nie 2 layer...cantik! Then yang lain aku banyak membeli barang makanan jer..

After selesai bershoppingan..kami kena masuk ke dewan balik untuk sambung meeting lagi.. Betul la apa aku kata memang masanya drag kali nie.. kalau tahun lepas ngam² pukul 1.00ptg meeting dah habis.. tapi kali nie pukul 2.30 ptg baru habis tau.. Disebabkan semua kawan² aku masih setia nak tunggu sampai meeting habis...then nak tunggu sesi cabutan bertuah..aku pun tunggu jugak la walaupun memang dah tahu setiap kali ada cabutan bertuah nie aku susah nak bertuah..kalau ada pun jarang² la boleh dapat... kadang² tue  kena telan air liur jer tengok orang naik pentas ambik hadiah..sobs...

Sesi cabutan bertuah start dengan cabutan untuk 9 nombor dulu.. ermm hampeh.. nan ado nombor aku...then continue pulak dengan 5 nombor lagi.. tetap jugak hampehhhh... so yang tinggal hanya untuk 5 nombor cabutan terakhir... memang aku tak letak harapan langsung la.. aku dah siap plan if nombor ke-5 yang depa announce bukan no aku terus aku nak angkat kaki keluar dewan.. aku nak cepat² ke kaunter untuk redeem door gift..then chaww terus.. 


Memang nombor terakhir untuk cabutan Grand Prize bukan nombor aku..so apa lagi aku cepat² angkat kaki la.. rupanya bukan aku sorang jer angkat kaki bila nombor terakhir diumumkan..ramai jugak orang yang seangkatan dengan aku menyerbu ke kaunter door gift.. 


Dalam pada aku dah hampir nak serahkan kupon untuk redeem door gift tue which kat kupon tue jugak ada nombor untuk cabutan bertuah..tiba² aku terdengar depa sebut nombor aku "0558".. ehhh mimpi ka aku nie.. masa tue tangan aku dah hulur nak serahkan kupon aku dah dekat urusetia tue.. Sekali lagi aku dengar depa sebut nombor aku... hahhh apa lagi pusing 360 darjah la aku terus berlari² anak masuk ke dewan balik.. aku terpaksa berlawan arah dengan orang yang dok berpusu-pusu keluar dewan.. hahaha..lucu kalau teringat balik aku dok jerit "ada..ada..saya..saya.." hahaha..



Itulah namanya rezeki aku.. Rupanya nombor terakhir yang depa announce tue orangnya tak show off..makanya dicabut semula nombor yang lain.. dan pemilik nombor yang  bertuah itu adalah  aku... hehehe... Alhamdulillah...

Actually masa aku dapat nombor bertuah nie macam dah ada instinct nak ada luck.. sebab nombor yang aku dapat masa register kehadiran tue sama dengan nombor plot rumah lama aku yang aku dah jual tue.. masa tue terdetik kat hati aku..'"Eh sama dengan nombor plot nombor rumah lama aku la.. Ermm nak ada luck kot"
itu la aku pikir masa tue...


Tapi bila nombor terakhir tue bukan nombor aku.. aku rasa frust jugak la..sebab berangan lebih macam ada hubung kait pulak dengan plot rumah lama dengan lucky draw nie.. apa da... tak dak kena mengena langsung laaa.. 

Tapi ternyata instinct aku tak pernah silap...sebab tue orang kata kita kena jugak percaya dengan naluri hati.. bila dah ada instinct nak dapat tue pasti ada! Just doa banyak² berharap apa yang kita terpikir tue menjadi kenyataan...  
So petang tue aku bawak balik Cornell Blander.. Grand Prize okey.. hehehe..Syukur


~ Happy Reading & Thank You ~







You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||