♥ BALI 2013 ♥ Day 2 :Part I ~Barong Keris Dance Show ~ Celuk Village ~ Waterfall

04:17


Day 2

Gara² meronda kat area Legian sampai jam 1.30pg...kami berdua tertido tak sedarkan diri pagi tue..Sepatutnya janji dengan Pak Made jam 8.30pg tapi jam 9.00pg baru kami turun ke lobby hotel...Pak Made pulak dah tersenyum tengok kami yang mengelebah sebab lambat....

Meh aku citer sikit apa yang ada kat area Legian sampai membuatkan kami berdua terlewat bangun.. Okey macam yang aku citer kat entry sebelum nie...kami balik ke hotel untuk fresh up diri then turun balik utk ke Legian...Aku plan nak buat massage...aku ada terbaca review dekat website        Tripadvisor...Spa yg femesss kat area Legian adalah 'Smart Spa Bali'... so kami jalan kaki jer cari Spa tue sebab bukan jauh pun kuta nak ke legian..~bajet teror la sangat nak mencari sendiri~ Masa dok mencari Spa tue sempat aku cuci mata dengan suasana nightlife kat sana.. Memang havoc habis la.. boleh dikatakan sepanjang jalan ada pub & club yang penuh dengan manusia² yang sedang terleka dan hanyut dengan nikmat duniawi...

Dek kerana aku pun turut sama terleka dok tengok ragam depa...sekali aku terlepas Smart Spa tue..dah jauh tersasar aku dari lokasinya... Then bila aku patah balik...Spa tue dah nak tutup..So terpaksa la aku datang balik esok...padan muka aku kan...terlepas sudah sesi nak memanjakan badan aku kat Spa tue...apa nak buat, sendiri punya salah...Jadinya dengan hati yang kuciwaaaa aku balik ke hotel dan kami tertido la sampai pagi...sedar² dah jam 8.15pg...apa lagi kami laki binikkk dah macam orang lari tak cukup tanah la bersiap...itu yang lambat tue...hehehe..Okeyyy punya la panjang aku explain reason aku lewat kan...hahaha..

Berbalik kepada cerita asal utk hari ke-2 nie...Tour kami start dengan menonton pertunjukan Balinese Cultural iaitu Barong & Keris Dance di Suwung Village...Jarak dari hotel ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.. 


The Barong & Keris Dance



Hahh nie ler yang dipanggil Barong tue...Sebelum show nie start depa akan kasi seorang satu kertas sinopsis jalan cerita supaya kita boleh faham apa akan depa lakonkan.. Tapi aku tetap jugak tak faham wehhh...muahahaha..

Harga tiket utk tengok show nie adalah IDR100K yer untuk seorang atau RM32.. itu based on currency rate aku pada masa tue..

Al-Kisah Barong ~ The story behind this dance is an enternal fight between good and evil spirit. "The Barong" is (a mythological animal) represent good spirit and "The Rangda", a witch (a mythological monster) represent evil one. Balinese people also belived that the Barong is symbol of protector. Many kinds face of Barong available , mostly known is Barong Ket, Barong Landung, Barong Macan (tiger face) Barong celeng (pig face).

Banyak watak akan muncul sepanjang show nie.. dari yang lawa² dan lemah gemalai....


sampai la yang seram² macam nie.. nasib baik la show nie diadakan pada siang hari..kalau show ni tayang waktu malamconfirm mengingau aku dibuatnya...



Tidak ketinggalan watak bapak² kerdil  nie yang sangat mencuit hati..disebalik mencuit tue ada jugak gelagat yang meloya aku dibuatnya...ada sedikit unsur kelucahan dalam show nie...Ermmm.....malu ler nak citer kat sini....



Rasanya tak perlu la aku nak citer panjang².. tengok kat gambar pun dah boleh tau kot.. Aku rasa kalau kat Malaysia confirm dah kena banned!! 



Another part of Barong's show..


Overall the show was very amazing!!!! Walaupun aku memang blurrr dengan jalan cerita depa tetapi aku really enjoyed it..Lakonan depa sangat mantap okeyyy.. yang paling buat aku rasa kagum adalah masa part ending depa dok tikam dada sendiri dengan keris... seram beb aku tengok sebab semua pelakon tue macam dah dirasuk.. tapi tak dak pulak keluar darah... ermmm?????


Celuk Village

Selepas selesai menonton Barongan...kami meneruskan perjalanan ke Celuk Village...Actually Celuk Village nie tak termasuk dalam pakej tour aku.. tapi Pak Made aku yang baik hati tue bawak jugak kami ke sini...hehehe...Kalau nak tahu Celuk Village nie terkenal sebagai tempat pembuatan silver...

Hasil tangan depa memang sangat halus dan teliti..So kalau hampa peminat silver boleh la singgah sini...


Tegenungan Valley Waterfall

Next stop kami adalah di Kemenuh Village, Gianyar dimana terletaknya Air Terjun Tegenungan..Kami sampai di sana lebih kurang jam 11.30pg.. Cuaca pada masa tue panas sekali... Tapi semua rasa tue hilang tatkala aku memandang keindahan alam ciptaan Allah S.W.T... 


Subhanallah....tenang jer aku rasa masa kat sini..rasa hilang semua stess yang bersarang di fikiran aku.. 


Lagi bertambah tenang apabila berada di sini bersama-sama My Cinta Hati.. ~ Dialah Suami, Kekasih, Sahabat, Teman yang sentiasa berada bersama aku di waktu susah dan senang... hehehe


Entrance fee nak tengok air terjun nie just IDR5k jer seorang.. Serius sangat berbaloi okeyyy..Aku berani gerenti...confirm tak menyesal datang sini..


Di sini juga ada warung yang kita boleh bersantai sambil minum² dan menikmati panorama air terjun yang indah tue..then kalau rasa nak beli souvenir pun boleh..sebelah warung tue jer.. pilih la yang mana berkenan di mata.. 

Selepas 1/2jam berada di sini kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Kintamani... nak tengok Gunung Berapi Batur yang katanya masih aktif tue.. tapi aku stop kat sini dulu yer...continue di next entry...
Happy Reading & Thank You..

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||