♥ BALI 2013 ♥ Day 2 : Part II ~ Kintamani ~ Coffee Processing~

16:14



Kintamani
Selesai menikmati keindahan panorama air terjun di Kemenuh Village..Perjalanan diteruskan pulak ke Kintamani yang terkenal dengan Batur Volcano..Di sini kami akan berhenti untuk makan tengahari..semua telah siap diatur oleh travel agent kami..sebab tue la aku prefer guna servis travel agent...free of mind.. Lagipun pakej aku ambik nie adalah private tour..so macam Memm Besarrrr la aku..hahaha...

Sampai² jer mesti nak posing dulu.. suka sangat dengan restoran nie punya architectural..ukiran dia sangat cantekkkk! harap² ler makanan dia nanti pun sama sempoi dengan ukirannya...

Lepas posing baru boleh nak terjah restoran nie..Kalau dilihat dari luar feel dah sempoi dah kan... Tapi macammana rupa kat dalam pulak....Jom terjah!!!!!!!!!

Perkara pertama yang perlu diterjah adalah....Adakah restoran nie Halal????? hehehe.. Alhamdulillah...Certificate Halal daripada Majlis Ulama Indonesia Bali diletakkan betul² kat depan buffet nie....Yeayyy boleh makan tanpa was²

Kat restoran nie banyak variasi makanan yang dihidangkan secara buffet.. so sesuai sangat la untuk kami yang dah kelaparan nie.. 

Menu pilihan aku...nyumm..nyummm 

Jemput makan!!! hehehe..Makanan kat sini semua sedap²... Alhamdullillah.. kalau la tak sedap confirm aku angin satu badan punya sebab dah la pagi tadi tak sempat nak breakfast gara² aku terlewat bangun.. so masa lunch nie kena la cover balik kan..hehehe...asyik berulang la kami laki binik ambil makanan... dari nasikkk sampai ler ke dessert....Meh nak bagi tau harga makan kat sini...kot² ada yang nak try makan kat sini.. Okey harga buffet lunch untuk 2 orang termasuk tax adalah IDR197k.. Expensive jugakkk kan..huhuhu

Sedikit pengenalan mengenai Kintamani~ 
Kintamani is surrounded by the captivating nature and there are six ancient villages around cauldron of Batur Lake which is often conceived by Bali Age Village. The local people from these Bali Age villages own theunique cultures, houses and life style. Kintamani Area is consisted of some Villages those are Kedisan Village , Buahan, Abang, Trunyan, Songan, South Batur, Middle Batur, North Batur, Sukawana and Kintamani Village . The total of resident in these area are about 15 thousand who are mostly working as farmer, merchant, or work at industrial tourism 

Inilah Gunung Berapi yang dikatakan masih aktif tue...Pak Made aku bilang letusan terakhir berlaku pada tahun 2000.. dan gunung berapi nie telah meletus sebanyak 26kali sejak tahun 1804.. 

Pemandangan kat sini pun cantik... Ehhhh kenapa semua tempat aku review semua aku kata cantik kan...tapi tolong laaaa percaya yerr... sebab semua tempat di Bali nie memang super cantik!!!!!! aku ulang super cantik!!!!!!! nak jerit lagi... Super cantikkkkk.....fuhhhh... penat nak bagi orang percaya tau...hahaha 

Keindahan yang tidak boleh digambarkan dengan perkataan okey...kalau tak percaya story aku nie boleh la pergi sendiri...nanti baru tahu semua yang aku bagi tahu nie adalah fakta dan bukan auta...~Again I'm in ♥ with Bali~ 

Entrance fee adalah sebanyak IDR12,500/person...Perjalanan kami diteruskan lagi ke ....Traditional Bali Coffee Processing

Pokok kopi yang ditanam di sepanjang jalan nak masuk ke destinasi kami yang terletak di atas bukit.. 

Kami diberi sedikit penerangan tentang cara bagaimana kopi terhasil secara tradisional... 

Menikmati kopi yang fresh kat atas nie sambil dikelilingi oleh hutan yang menghijau terasa sungguh mendamaikan.. seperti berada di kampung jer..Kami dihidangkan dengan beberapa cawan kopi daripada pelbagai jenis kopi secara percuma.. Cuma satu kopi sahaja yang jika kita nak cuba perlu bayar iaitu 'Kopi Luwak' 

My Sayang nak test minum kopi luwak yang dikatakan kopi paling mahal di dunia.. tetapi sedikit menyesal selepas minum kopi nie..sebabnya kami tak diberitahu lebih awal bagaimana kopi nie terhasil.. kalau tahu dari awal sure tak order la.. dah la harga secawan kecik macam tue pun punya la mahal.. IDR50k! lepas tue mengelabah google pasal status halal kopi luwak nie.. Alhamdulillah syukur...HALAL sebenarnya.. boleh tengok kat link nie Hukum Meminum Kopi Luwak.. Kalau yang masih belum tahu asal-usul kopi nie.. meh nak bagi tahu serba sikit..Kopi Luwak nie terhasil daripada bijian kopi yang dimakan oleh musang dari spesis Paradoxurus Hermaphrodites kemudian dipungut selepas melalui sistem penghadaman yang dikeluarkan bersama-sama najis musing tue.. 

So macam mana....dah tahu kan bagaimana kopi termahal di dunie nie terhasil...so boleh telan lagi ka???? Werkkk sorry aku tak boleh...sobs.. 

Aku beli jugak la beberapa bungkus buat ole² untuk family aku.. Harga boleh tahan jugak ler mahalnya..sebungkus kopi bali yang beratnya 200gm pun dah IDR40k... and untuk diri aku sendiri...aku beli Lemongrass Tea..bagus untuk diet katanya... Harga sekotak IDR90k.. 

~To be continue lagi~... huhuhu...
Happy Reading & Thank You 








You Might Also Like

2 comments

  1. hohoho..nasib halal..tp cara kopi tu proses la yg wat tekak xlalu..tp sedap x farah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la..mmg tak lalu.. husband yg minum..dia kata sedap..kaw!!! =D

      Padam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||