Day 1 : Holaaa Bali ~ 2013

12:14


DAY 1


Percutian ke Bali, Indonesia nie dah lama ada dalam wish list percutian aku.. Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak impian aku menjejak kaki ke Bali tahun nie.. kalau tidak kerana AA idokk ler aku merasa nak pergi sana.. Sanggup aku berjaga tengah malam semata-mata nak grab tiket murah ke Bali..Alhamdulillah...berbaloi la aku berjaga malam tue sebab aku dapat grab 2 tiket flight pergi-balik + Hotel..tarikh fly pada 20-23 Januari 2013. Actually tarikh tue aku pilih sebab nak celebrate birthday Edy kat sana.. kiranya reward sempena birthday dia la..

Okay.. memandangkan AA tak dak direct flight dari Penang ke Bali..so terpaksa la aku turun ke KL sehari sebelum..kat sana aku tumpang rumah kawan baik aku Betty.. tq Betty sebab sanggup follow hantar kami sampai ke airport walaupun tengah sarat memboyot anak ke-3..muahciked!


Setelah 3 jam kat dalam flight akhirnya kami selamat mendarat di Denpasar , Bali Airport.. Memandangkan baru 1st time aku datang sini so harus la aku gigih buat research pasal tempat nie.. setelah puas study selama sebulan lebih pasal trip nie, so aku decide menggunakan perkhidmatan travel agent sana sepanjang di Bali..senang la tak payah pening² dok pikir..biar pak supir jer yg uruskan semuanya.. yang penting aku nak percutian aku nie best!!! Dalam banyak² travel agent yang aku dok survey caj yang dikenakan oleh travel agent nie yang paling reasonable bagi aku.. So tak mau cakap banyak terus DEAL!!!

Okey back to the story..sampai² jer pak supir aku memang sudah sedia menanti sambil pegang sepanduk nama aku...then kami disambut dengan welcome flower.. Sumpah! harum semerbak bunga tue.. nasib tak resdung aku dibuatnya..hehehe.. Pak Supir kami tue namanya Pak Made..dia la akan bawak kami berdua untuk tour selama 4hari nie.. Untuk hari pertama nie memang aku tak nak apa² tour sebab nak hilangkan penat dulu.. 

Tour aku akan start pada hari ke-2 iaitu esok.. So Pak Made just pick up kami kat airport then hantar terus hotel... 


TUNE HOTEL KUTA, BALI



Hotel Tune nie aku book sekali dengan flight.. amik pakej under Asiago.. Aku book hotel nie pun sebab pikir kami just akan balik tido jer.. sebab aku dah plan full day tour kat sana..so buat apa nak membazir bayar kat hotel yang mahal² kan..

pada mulanya macam tue la aku pikir..lepas tue last² menyesal pulak rasanya aku p book utk stay 3 mlm kat sini.. Hotel nie memang sangat selesa if hampa just nak balik untuk tido jer.. tapi dari segi fasiliti dia memang kurang sikit.. TV pun tak ada.. masa check in aku mintak nak add on TV pun tak boleh..mintak nak late check-out pun tak boleh jugak walaupun aku nak bayar extra... huhuhu

so tersangat la tak berbaloi aku rasa..Bertambah frust lagi rupanya aku boleh dapat hotel yang jauh lebih bagus siap include dengan breakfast dan tak perlu nak add on apa2 dengan harga yang sama!! Hurm, nak murah punya pasal ambikk ko padan muka...



Aku nie setiap kali pergi holiday wajib bawak bekalan.. konon² dapat la save sikit....bukan apa hotel yang kami stay pun hotel bajet jer.. mana nak ada buffet semua kan..lagipun di Bali nie tak semua makanan depa halal..takut jugak termakan babisss guling pulak nanti.. so langkah selamat tapau jer makanan sendiri... 



Settle urusan check in..segarkan diri..then keluar untuk meninjau kawasan sekitar Kuta..Masa dalam perjalanan dari Airport tadi sempat la tengok apa yang ada kat sini..nampak macam happening jer... So mana boleh aku lepaskan peluang membuta kat bilik hotel..Lokasi hotel aku nie dekat jer beach..just walking distance...



Masa aku masuk melalui satu pintu gerbang nie yang boleh terus menuju ke area beach...Subhanallah...tak dapat aku gambarkan kat sini macam mana suasananya.. Angin yang bertiup masa tue kuat sangat..kalau dulu jangan harap la aku nak suka² hati berjalan dekat area pantai.. aku tak tahan bahang panas pantai.. tapi dekat sini berbeza..angin tue seolah² memanggil aku utk terus ke pantai...



Ni view from Discovery Mall..cantik sangat..cuaca sangat baik petang nie.. Alhamdulillah...



Walaupun tak sampai 1 hari lagi pun kami kat Bali nie tapi kami berdua dah in love dengan Bali!!! weeeeee



SubhanAllah...terpesona aku dengan ciptaan Allah.. Betul² cantik dan tenang sekali kat sini.. Damai sungguh..Speechless!.. Sungguh pantai di Malaysia tak dapat meninggalkan kesan seperti apa yang aku rasa kat sini.. Lautan yang terbentang luas dengan angin yang kuat memang membuatkan aku nak bersantai jer kat sini...kalau sampai malam pun tak pe.. Kat Pantai Kuta nie ramai tourist suka surfing sebab ombak dia besar..



Alhamdulillah.. Syukur kerana berpeluang sampai di Bali nie walaupun kami datang di usia perkahwinan kami yang dah masuk 10tahun...Masa berkahwin dulu rezeki kami hanya mampu honeymoon kat tempat sendiri jer..tapi walaupunbegitu kami tak kisah.. setiap tahun tetap akan ada perancangan untuk spend time bersama-sama..cuma lokasinya bergantung kepada bajet..



Di Bali nie memang banyak pura (temple) sebab majoriti penduduk Bali beragama Hindu..Pak Made aku bilang penduduk Bali memang boleh dikatakan 90% adalah penganut hindu..If ada yang muslim bukan berasal dari Bali tapi berhijrah ke Bali dari Tanah Jawa untuk berniaga dan terus menetap kat Bali.. Ermm patut la setiap pelusuk aku tengok ada puranya.. aku dan Edy just singgah bergambar jer kat pura nie sebab tertarik dengan kehalusan ukirannya..Sampai lewat petang kami masih lagi di area Pantai Kuta...nak tengok sunset.. tapi frust sunset tak menjadi pulak petang tue.. 



Hard Rock Cafe nie terletak kat area Kuta jugak.. Kat sebelah dia ada Hard Rock Shop.. Aku tengok ramai orang suka bergambar kat sini so kami pun tak terkecuali la...hahaha..layan jer.. tapi next time datang nak try stay kat sini pulak..



Selepas dan puas berposing kat depan Hard Rock nie kami pun terjah la masuk nak tengok apa yg ada kat dalam nie.. Aku memang dah aim nak rembat sehelai jugak untuk koleksi .. Banyak koleksi baju dia yang cantik².. paling aku berkenan baju baby.. cute sangat.. tapi hari nie kami just window shopping jer dulu.. InsyaAllah last day baru datang balik beli..



Masa keluar dari Hard Rock Shop kereta kuda nie dah siap menanti kami.. hahaha..tapi kami tak naik pun.. Harga dia utk satu pusingan IDR150,000 okeyy...rasa teringin nak naik tapi macam tak confident jer..mampu ke dia menampung berat aku dan Edy nie.. hahaha.. tak dak maknanya nak naik dengan jalan yang macet kat sini.. 



tengah best² jalan perut pulak bagi signal.. so kami stop kat sini..so kami stop la kat medan nie...sebelum makan kami confirmkan dulu status halalnya.. tak berani nak main terjah jer.. Alhamdulillah..satu kedai nie ada tanda halal..Aku order nasi goreng seafood dengan teh o ais... ermmm tak sedap sangat pun..tapi boleh la habuan nak lapik perut nie.. Total damage kat sini dalam RM30.00..



After makan sambung berjalan lagi.. sampai la ke beachwalk nie..Dekat area Kuta nie banyak Shopping complex..macam petang tadi aku pergi Discovery Mall...now kat sini ada Beachwalk Mall pulak..aku just masuk cuci mata jer.. tak shopping pun.. sebab rasa shopping mall dekat Malaysia lagi happening kot.. Tapi not bad la kat sini pun banyak jugak barang² branded...kemudian aku dan  Edy kembali semula ke hotel..penat dah seharian menghabiskan masa kat sini.. penat tapi enjoy!.. malam nie kami plan nak ke Spa untuk manjakan badan yang dikerah satu hari nie.. Esok masih banyak lagi tempat best yang kami nak terjah.. continue esok pulak okiess..

Itinerary for tomorrow ~ Full Day Tour:- 
Valcano Kintamani~Waterfall~Monkey Forest~Tanah Lot

Bye!

You Might Also Like

1 comments

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||