Jalan-Jalan Cari Makan ~ Ikan Bakar Warisan Maknjang ~ Tanjung Dawai

00:34


Plan last minit yang sentiasa menjadi!!!!!! hehehe...
Asalnya kami plan nak makan malam kat Restoran Hotmas jer sebab dekat dengan rumah..lepas tue boleh la nak singgah tesco kejap nak beli barang² Emir yang banyak dah out of stock..tapi entah macam mana la aku boleh tertiba mengidam nak makan ikan bakar kat Tanjung Dawai pulak.. Nasib ler mood My Sayang okey nak drive pergi sana.. Selalunya dia tak suka kalau dok tukar plan last² minit nie...Maybe dia pun sama kot teringat ikan bakar yang fresh kat sana tue..Last kami pergi sana tak silap aku bulan Ramadhan 2010..Means dah 2 tahun la tak pergi sana kann... so that why la My Sayang senang jer setuju bila aku ajak dia..kalau tak jangan harap ler...

Perjalanan ke Tanjung Dawai hanya mengambil masa 1/2 jam jer dari Sg.Petani...tue pun sebab ikut jalan kampung... Kalau ada highway aku rasanya 15 minit jer dah boleh sampai..hehehe..Masa kami sampai tue punya la ramai orang...Memusing jugak mencari meja kosong nak duduk..Tengok kat dalam restoran memang banyak lagi meja² kosong.. tapi kami prefer nak dok kat meja bawah pondok luar restoran nie sebab nak rasa angin pantai..

Kami dapat meja paling hujung dekat dengan surau & toilet... punya la besar gedabak meja tue untuk kami 3 orang.. hehehe.. lantak ler janji selesa.. meja besar nie sepadan ler dengan makanan yang aku dah order...
Sebelum  aku boleh makan dengan tenang haruslah kena suapkan susu untuk budak kecik Emir dulu.. kalau tak boleh tercekik tulang kalau dia dah start nangis nak susu.. Emir memang tak banyak ragam kalau berjalan.. tapi jangan sampai dia lapar... boleh gegar satu kampung OooOOo...
Hahh..Emir kenyang sudah...kesian tengok Emir duduk dalam baby chair yang gabak besar..  so terpaksa la aku  support dengan aku punya  head rest.. baru la Emir selesa sikit nak duduk.. Emir pun baru jer boleh duduk.. budak lain duduk dulu baru berdiri.. Emir terbalik dia memanjat berdiri dulu baru nak boleh duduk..
Sesi berposing dah start dah...hahaha...layankan jer sementara tunggu order aku yang tak siap lagi..aku tengok banyak meja orang yang sampai lebih awal daripada aku pun still tak dapat makanan depa so jangan dok harap la aku punya nak dapat cepat.. so daripada aku buang masa pandang muka laki and adik aku yang dah mengalahkan singa kelaparan..baik hiburkan hati dengan berposing dulu.. tak dak la rasa macam lama sangat menunggu giliran kami....
Hahhh ambik ko.. nie la makanan yang akan dijamah oleh kami bertiga..betul tak aku kata penuh meja kami..hahaha

Menu pilihan aku:-

~ Nasi Putih
~ Siakap bakar 1 ekor
~Kerang Bakar 2 pinggan
~Sotong goreng tepung 4 ekor
~Tom Yam Campur
~ Telur Bungkus
~ Teh O Ais 1 jug

*Sayur ~sorry tak ada..sebab semua malas nak makan sayur.. apa daaa.....
Alhamdulillah semua makanan tue dapat dihabiskan oleh kami bertiga.. risau jugak tengok lauk banyak tapi yang nak melantak 3 orang jer...mujur kami semua memang tengah lapar tahap gaban..makanya habislah licin semua tanpa pembaziran.. hahaha...Masakan depa memang menepati citarasa kami bertiga..sengkak perut aku wehhhh...

Nak tahu tak harga makan malam seperti yang aku order tue hanya RM83.00 jer.. Murah tak???... bagi aku murah sangat!!! sebab aku pernah makan ikan bakar kat Penang dulu hidangan untuk 2 orang jer sampai RM70.00... cekik darah betul.. so harga kat sini memang sangat berpatutan okey.. nanti ada rezeki nak datang lagi..=)

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||