Nissan Grand Livina VS Proton Persona Elegance

11:19


One day before raya cina..aku ke Tesco Extra nak shopping barang dapur sikit..then masa nak turun tue ada la ternampak  Nissan tengah buat roadshow...Selalunya kalau nak raya Cina nie mesti akan ada offer best punya kan.. so aku pun saja la pergi cuci mata..niat kat hati nak survey MPV Nissan Grand Livina tue...

Al maklum la... sejak ada Emir nie tertiba pulak rasa kereta Proton Persona aku tue dah sempitttt sangat *alasannn...agagaga...Mau tak nyerrr...Stroller dia pun dah cukup, penuh bonet!.. itu belum masuk lagi bakul susu and bag pack dia...barang2 kami lagi....Ermm bayangkan pulak kalau Mama and adik Mal aku pun ikut sekali...aku nie pulak memang jenis family type..kalau boleh semua nak angkut sekali...hehehe...so kalau aku upgrade MPV tak perlu lagi la guna  2 bijik kereta,. jimat la kos sikit kannnnnn...

So bila tengok Nissan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd yang buat roadshow harus la aku tak lepaskan peluang nak tengok kereta yang menjadi idaman aku nie... Sebelum aku beli Proton Persona dulu memang Grand Livina nie ada dalam shortlist aku..cuma masa tue bukan rejekiii aku nak beli lagi... setakat mampu beli Proton Persona Elegance tue jer..tapi Alhamdulillah la...Better than Perodua Viva kami sebelum tue..

Masa dok belek Grand Livina tue...datang ler sorang brother Salesman nie untuk assist kami.. so terjadi la sesi soal menyoal antara kami laki binik dengan brother tue..offer depa macam menarik jer... aku dah teruja dah.. tapi hubs aku masih cool lagi....aku nie dalam hati dok terkinja² dah...rasa macam nak booking terus jer malam tue!!!!!! Itu la perangai aku..tak menahan gelojohnya...hahaha

Then kami balik tanpa membuat sebarang booking pun.. sedih...sobs... terus tak dak mood...dok tengok tv hubs aku memulakan mukadimah dia...hehehe


My Sayang : Ayang berkenan ke Grand Livina tue? 

Aku : A'aHahhh...mesti la berkenan Sayang oiiii..
 tapi dah tak nak beli tak pe la.. 

My Sayang : Bukan tak nak beli.. Ayang buat la survey dulu.. okey ke kereta nie..kita nak pakai jangka masa panjang.. so jangan buat keputusan terburu²... Abang pun berkenan dah kereta tue.. So tugas ayang buat survey okey...???

Aku : Okey Sayang...sekarang jugak Ayang survey na...
*sengih sampai telinga ~ terus capai laptop aku...

Dalam banyak² review yang aku baca aku tertarik dengan  review yang ini...


* Mel, atas pemintaan ko aku senaraikan ciri2 keitimewaan MPV Nissan Grand Livina berdasarkan tajuk di atas (macam soalan STPM lah pulak)
Sebelum itu kita lihat dahulu anugerah2 yg pernah diperolehi semenjak diperkenalkan pada 2007

– “World Most Beautiful Automobile Award” di China pada tahun 2007
- “Best Small Compact MPV” di Indonesia Car of the Year 2007.
- ” Best Value For Money MPV” Asian Auto Industry Award 2008 

1. KOS SENGGARAAN.

Sangat murah dalam kategori MPV malah kereta sedan sekali pun. Dalam 6 bulan aku pakai belum ada masalah baiki kerosakan hanyalah servis berkala yg ditetapkan . Kos senggara berkala berdasarkan resit yg aku simpan 1k-> RM92, 5k-> RM89.90 ,10k->RM95, 15K->RM124.60

2. KEMAMPUAN ENJIN.
Dengan binaan keseluruhan enjin aluminium yang lebih ringan tetapi kukuh, berkuasa tetapi senyap, dilengkapi dengan sistem CVTC (Continuous Valve Timing Control) utk menjana kuasa tork yg seimbang dan lancar bagi semua kelajuan serta Teknologi “Drive-by-Wire” bagi tujuan mengoptimumkan kemasukan udara seterusnya menjadikan GL kereta MPV yg sangat efisien dalam penjanaan kuasa enjin dan penggunaan bahanapi . Kuasa Pecutan nya tidak jauh terjejas dengan muatan penuh 7 penumpang, masih boleh mendaki atau memotong dengan yakin dan selamat.

3. Perbezaan Antara Mpv yang lain.
Bab ni maleh nak jawap takut ada ujud sentimen penghinaan atau kutuk mengutuk bagi mereka yg sensitif, cuma satu jer beza…. nama lain-lain ha ha hah

4. Berbaloi atau x.
Memang berbaloi-baloi, sebab tak yah pening pikir minyak dan senggaraan. Isi minyak RM50 (ron97) boleh pakai pergi balik kerja 5 hari jarak dari Seri Putra Bangi ke KL (38km sehala). Road tax untuk cc 1.6 , berpa hengget ajer. Insuran ikut coverage value lah.

5. Market Value.
Kalau dilihat dari laman jualan kereta terpakai, utk model tahun 2008 masih boleh jual dalam RM80k.. kira ok lah tu.

6. Aksesori Upgrade Plak macam mane dari bayar tambahan 10k baik buat sendiri.
Ini berbeza2 mengikut kehendak promosi pusat jualan. Ada yg aku terbaca free gift siap dapat Body Kit nilai RM3k , Grill RM800, Vkool RM2.5k, Leather seat RM2.5k… masa aku beli dapat Body kitt ngan leather seat ajer. Pun dah kira okey. Yg terbaru siap dengan DVD LCD katanya. Nak mod lebih2, maka lebih lah duit nyer, sama macam kereta lain. Cuma ini keta MPV, takkan nak mod cincai2 atau ganas2 sangat. Biasanya kereta MPV orang akan amik konsep eksekutif lightmode. Bukan macam ekjos besor2 atau spoiler tinggi2 boleh letak pasu bunga punya.

7. LAIN-LAIN – 
Tambahan. Dari segi keselesaan pemanduan dan penumpang, GL menggunakan sistem advanced suspension with ripple control shock absorbers. Ini bermakna disamping Suspensi Depan McPherson dan Torsion beam-type utk suspensi belakang untuk menyerap hentakan dlm perjalanan terdapat juga sistem menyerap gegaran yg dipanggil Ripple control shock absorber spring serta Sub-frame dengan pelapik getah anti gegaran untuk memberi keselesaan dan mengatasi gangguan bunyi dan gegaran kepada kabin serta penumpang. Selain itu dgn tambahan teknologi EPS atau Stering Kuasa elektronik memberi rasa yg lebih lembut kepada kawalan Stering disamping membantu mengurangkan beban kepada enjin terhadap tugas kawalan pump hidrolik bagi Stering Kuasa Konvensional. Livina juga terkenal dengan kabin kalis bunyinyer, kerana setiap sudut penyambung dalam struktur bodynya dilengkapi dengan getah mounting yg berkualiti tinggi mula dari enjin mounting, sub-frame mounting, getah2 pintu, juga bahan kedap bunyi untuk material dalaman.

Kiranya hasil daripada semua review yang aku dok google kat internet...rata2 orang memberikan respond yang positive pasal kemampuan Grand Livina nie...So apa lagi esok jugak aku terus call salesman tue then bayar booking...Aku jugak add on leather seat..sebab aku tak nak fabrik, susah nak jaga.. tambahan lagi sekarang dah ada anak kecik... hehehe..Then lepas raya cina masuk loan..3 hari after that loan lulus!!! Alhamdulillah...Sekarang sabar menanti My New Baby... 

~ Nissan Grand Livina Brilliant White ~

Oh yaa...nie offer Nissan sempena CNY hari tue....
  • Booking Fee ~ RM500
  • Free Aerokit Impul worth RM3500
  • Full Tank Fuel 
  • Tinted Voucher ~ RM300
  • Broker Fee ~ RM300 (sebab aku yang rekomen kannnn)
  • Add On Leather Seat ~ RM2000

Jom layan sikit....sumber from website Nissan Malaysia..
Tapi aku harus la membayangkan color Brilliant White+Skirting+Black leather seat kannn...^__^













Again.. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki daripada Allah nie... Semoga kami sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki ...Aminnnn

You Might Also Like

1 comments

  1. livina memang best utk keluarga sederhana.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||