Double Storey Terrace Vs Semi-D link Banglow

14:06


Assalamualaikum
Apakah yang menyebabkan aku menjual rumah lama aku?
Jawapannya adalah kerana rumah kat bawah nie la yang telah membuatkan aku tidur tak lena..malam² dok mimpi siang pun dok mimpi jugak.. :))

Ok macam mana aku boleh terjebak nak beli rumah nie pulak..Meh sini nak citer.. Pada mulanya ada la member ofis aku nie nak beli rumah.. Kebetulan masa tue pemaju rumah lama aku nie ada launch projek terbaru depa..So aku temankan la dia pergi tengok rumah contoh yang terletak di Astana Park Homes.. jarak rumah lama aku ke tapak projek nie tak jauh pun.. Jalan kaki saja dah boleh sampai...
Dekat tapak projek tue ada 3 jenis rumah contoh..Ada Single Storey Terrace, Double Storey Terrace dan Semi-D Link Banglow.. So lepas semua rumah contoh yang aku dan member aku terjah...aku ter-berkenan la pulak dengan rumah Double Storey Terrace TIJANA nie..Untuk plot rumah yang aku ambik nie keluasan tanah dia lebih 5' daripada dalam brochure...Keluasan tanahnya 22'x75' dan luas binaan adalah 22'x50'... Harga pulak masih berpatutan..

Kalau nak tahu harga rumah Double Storey Terrace aku tue sama jer dengan harga rumah Semi-D Link Banglow nie.. Bila sebut perkataan link banglow.... aku rasa Wahhhh hebat!! Banglow tuhhhh! Tapi tak tahu la kenapa rumah semi-D tue tak berjaya menambat hati aku...keluasan tanahnya memang besar gila!...40'x80' manakala luas binaan 29'x52'.. Kalau nak ikut berbaloi of coz la rumah semi-d tue kan...sebab ada tanah yg besar!.. boleh la buat landskap cantik2..harga dah la sama jer dengan double storey terrace tuh....So sememangnya rumah semi-d adalah lebih berbaloi!

Biasa la orang kata rambut sama hitam tapi hati lain².. Walaupun ikut pada harga yang sama aku sepatutnya go for rumah semi-d tue..tapi tidak! aku memilih untuk membeli rumah double storey terrace...Aku ada sebab musabab aku tersendiri yang mana citarasa aku nie turut disokong oleh husband... Itulah yang paling penting kan..nanti nak duduk dalam rumah tue adalah kami laki-binik..so pendapat orang tak penting dalam keputusan yang kami berdua ambik...

Tapi of coz la sebelum membuat keputusan muktamad tue aku dan lakik aku duduk berbincang dan berfikir semasak-masaknya yang rumah yg mana terbaik untuk kami.. Al-Maklum la..nanti kita bukan terikat dengan loan rumah nie untuk setahun dua jer...tapi 30 tahun okeyyyyyy... Setelah dibuat pertimbangan dengan akal yang waras...kami berdua tak ragu² lagik dengan pilihan kami setelah mengambil kira.....
  • 1st Reason
    • Aku memilih rumah double storey nie sebab aku nakkan lebih banyak ruang dalam rumah! Means ruangnya tidak terhad..tak dak la semua berkumpul dalam satu ruang...
  • vs semi-D
    • Rumah memang besar tapi semua ruang berkumpul di ruang bawah jer.. Kalau tengok pada rumah contoh nie ruangnya lebih kurang sama dengan rumah single storey lama aku tue.. beza cuma keluasan jer..
  • 2nd Reason
    • Aku bukan jenis orang yang gemar bercucuk tanam or minat pada landskap.. Balik kerja jer terus terperap dalam rumah.. kalau cuti pulak memang tak lekat di rumah.. So kalau la aku ambik rumah yang ada laman sapa nak tolong jagakan untuk aku kennnnnnnn
  • vs semi-D
    • Orang kata kalau ada rumah semi-D kena ada landskap yang cantik..kalau tak buat semak mata tengok lalang tumbuh sama tinggi dengan bumbung...lagikk sakit kepala tengok.. ketenangan yang dicari kesemakan yang tumbuh subur!
  • 3rd Reason
    • Kalau rumah double storey nie privacy tue lebih sikit.. Katakan la ada kenduri-kendara or ada tetamu datang ke rumah..kita ada 2 ruang yang kita boleh guna.. kalau rasa nak bergosip dengan kawan² kat ruang bawah.. hambat jer anak² pergi main kat ruang atas.. so mommy² depa boleh bergelak ketawa tanpa didengari oleh anak².. Mana tahu kan mommy nie bercerita bab tutttttt ke..... hehehe
  • vs semi-D
    • Kalau rumah nie jangan cakap la...bergosip kat ruang tamu tapi sampai ke dapur boleh dengar.. Anak² pulak takkan nak hambat main kat luar pulak.. Mommy² asyik bergosip..sedar² anak dah terjun longkang.. hahaha
  • 4th Reason
    • Every Weekend tue nak keluar exercise dekat taman punya la malas.. Ada la kot sekali dua tengah ada mood rajin nak berjogging.. tapi most of our weekend memang terperap or terus keluar jenjalan jer.. So kalau aku beli rumah double storey nie secara tak langsung aku boleh bersenam okey... setiap hari or setiap masa aku akan naik turun tangga.. Bukan ke ada kempen naik tangga ke Pejabat.. hahaha.. sekarang tak payah nak berkempen² dah.. 
  • vs semi-D
    • Aku dah la malas nak berkebun.. So sejarah kemalasan nak exercise tue akan berulang macam aku dok rumah lama aku la..hampehhhh!
  • 5th Reason
    • Rumah aku nie nanti ada balcony yang sangat besar! keluasana dia siap boleh buat tambahan sebuah bilik lagi...waima depan rumah aku tue tak ada pemandangan tasik pun.. tapi balcony nie boleh dijadikan ruang kami laki- bini berchit-chating..Aku verannngan nak buat ala² mini garden kat ruang balcony aku tue nanti...Sambil minum kopi sambil bagi makan ikan...hahaha
  • vs semi-D
    • Kalau rumah semi-D nie berchit-chating tak boleh nak daring² sangat dengan laki kita... kang tak pasal jiran² meloya pulak tengok.. then konon² nak hidup udara segar tapi last² terhirup asap enjin kereta...wakakaka
  • 6th Reason
    • Lokasi rumah aku nie lebih dekat berbanding dengan tapak rumah semi-D tue yang terletak sedikit jauh ke dalam.. Kiranya kalau u all masuk ke Astana Park Homes nie, 1st akan jumpa rumah aku dulu.. Then masuk ke dalam sikit baru la tapak rumah semi-D tue.. Rumah aku jugak lebih dekat dengan kemudahan seperti kedai² dan jugak sekolah.. Jarak nak ke sekolah and kedai tue jalan kaki pun dah boleh sampai.. Nanti mudah ler Emir boleh jalan kaki jer pergi sekolah..
  • vs semi-D
    • Rumah memang cun habis!! Tapi kalau terlampau ke dalam pun tak guna jugak kan.. Katakan lah kita just nak beli bawang jer...tapi kita terpaksa bersusah payah naik kereta or motor untuk keluar ke kedai runcit..buang masa jer kan...Sekolah pulak dah tentu² kena bagi Emir naik bas or van.. so tak dapat la nak berjimat...hehehe
  • 7th Reason
    • Rumah aku nie ada 1 ruang bacaan kat tingkat atas.. Aku suka konsep macamni.. bukan apa idak ler nanti Emir study sambil mata tengok tv pulak kan.. 
  • vs semi-D
    • Kalau kat rumah semi-D kita kena lah jadikan salah satu bilik yang ada sebagai bilik bacaan...sayang la kan ruang bilik kita dah terkurang satu... lagipun buat bilik study dalam bilik aku rasa macam kurengg sesuai sikit la.. 

Okey...So far itu la sedikit sebanyak yang membantu aku dalam membuat keputusan semasa membeli rumah nie.. Actually ada banyak lagi.. tapi malas nak list up kat sini.. Hampa pikir² sendiri la yer...niat aku just nak bantu bagi info based on opinion aku jer...tak dak niat aku nak burukkan rumah semi-d..semua rumah ada kelebihan masing²..

Lagi picture yang aku ambik dalam rumah contoh Tijana tue....

Ruang tamu yang serba moden.. Ada modal nanti boleh la buat decoration macam nie jugak... 

Ruang Dining dan Dry Kitchen 

Di sebalik cermin nie sebenarnya ada ruang stor tau.. kalau tengok pada rumah standard... stor nie ada pintu..tapi yang nie dah renovated...Nice!.. Stor nie terletak kat bawah tangga.. 

Dry Kicthen.. Actually kalau rumah standard... ruang nie adalah ruang Dining.. mybe nanti aku tak nak kot buat macam nie.. aku nak ada ruang untuk dining.. aku tak suka letak meja makan satu ruang dengan living hall.. tak best!

Wet & Dry kitchen..Ok la tak besar sangat..sesuai la untuk orang yang tak berapa rajin nak masak macam aku...;p

Family Room di tingkat atas 

Master Bedroom.. Dalam bilik utama nie ada satu ruang utk wardrobe pakaian.. betul² dekat dengan bilik air.. Nanti lepas mandi terus boleh salin baju kat situ.. So dapat la aku jimat ruang bilik aku nie tak payah letak wordrobe pakaian lagi... 

Bilik No.2 yang bakal menjadi bilik Emir...;p 

Bilik ke-3... 

Joining Bathroom untuk bilik no.2 & 3 

Ini ler ruang bacaan yang aku maksudkan tue.. kat sini pun boleh buat bilik untuk solat.. nanti aku nak deco macam nie jer la.. Simple & Nice.. 

Bilik 4 (tingkat bawah) 

Habis dah!! dapat sebuah rumah macam nie pun dan bersyukur sangat bagi aku... InsyaAllah tahun nie siap la rumah aku nie.. Nanti aku buat house warming jemput mai na.....;p


~ Happp Reading & Thank You ~

Love, 
Farah


You Might Also Like

6 comments

  1. hai jiran...kite pon beli tijana jugak!!!!!


    BalasPadam
  2. umh akk mne 1? sy pn beli tijana gk plot 110d... tgu kunci lum dpt... berjiran lh kite nnti.. excited sgt2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak raw ke-2.. dh duduk pn..hehehe.. meh la jalan umah..=D

      Padam
  3. Thanks kongsikan cerita u, menarik dan memberikan idea.Jemput datang singgah blog saya untuk dapatkan info terkini kecantikan dan kesihatan juga penawar perokok tegar. :)

    http://dorajimi.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Umah no brp?? Sy beli yg no. 48d.. umah tepi.. row ke 4.. bjiran la kita yer.. meby dlm bulan 2/2015 ni dpt kunci..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal.. I row ke-2.. rumah no 2..=D

      Padam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||