SKINZ GIRLS DAY OUT WITH NURUL

14:46


Ohhhhh tidakkkk!!!!!! kalau dihitung tahun depan aku akan berganjak ke umur 30 tahun...(tak suka..tak suka..tak suka) :(( Kalau boleh aku nak sentiasa dok dalam kategori umur 20an jer...aku nak sentiasa rasa muda giteww.. Tapi aku harus berpijak di bumi yang nyata.. Tak ada kuasa di dalam dunia ini yang boleh menghalang umur kita dari bertambah setiap tahun.. Proses Ketuaan itu pasti! 

Apa yang boleh kita halang hanyalah proses penuaan sahaja..Kita kena la pandai maintain jika tak mahu orang nampak kita tua..Biar umur sahaja yang tua tetapi kulit wajah sentiasa muda dan berseri.. Itu yang penting! Sebab tue la dari sekarang aku harus membuat persediaan awal sebelum melangkah ke umur itu.. Aku harus memastikan walaupun aku sudah berumur 30 tahun tapi kulit wajah tetap maintain seperti seorang wanita yang berumur 20an...So produk yang aku teringin sekali nak try adalah produk daripada Skinz Infinite. Banyak review yang positif dan berpuas hati selepas menggunakan produk nie.. Resultnya boleh kita lihat hanya dalam tempoh 2 minggu sahaja dengan penggunaan secara konsisten... Wahh! itu dah cukup cepat kann untuk melihat hasilnya..tambahan lagi formula kombinasi semulajadi dan sains yang direka khas untuk kulit wanita Asia nie sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit yang sensatif macam aku..

Selain daripada review yang aku baca tentang kehebatan produk nie...yang membuat aku semakin yakin untuk mencuba produk nie adalah kerana ambassadornya iaitu Nurul Wahab Depp. Aku tengok Nurul kelihatan sangat cantik sekarang berbanding dulu.. Kulit muka dia semakin cerah dan berseri-seri.. Kalau nak compare skin tone aku dengan Nurul nie sama jer..hehehe...So bila tengok kulit muka dia sekarang bertambah cerah..semakin teruja la aku nak try produk nie..hehehe

Lagipun produk nie kita senang nak dapat dipasaran. Hampa boleh terjah kat Watsons & Guardian jer..Harga jangan risau sangat berpatutan.. Tak pun meh follow aku join contest yang dianjurkan oleh Skinz Infinite nie. Caranya mudah jer..just tulis sikit pasal 'Nurul & Skin Infinite' dan jawab beberapa soalan dan email kepada skinzgirlsdayout@gmail.com.....Hanya 6 orang pemenang bertuah sahaja yang berpeluang untuk beramah mesra dengan Nurul nanti..So jangan lepaskan peluang.. Mana tahu ada rezeki kita menang boleh jumpa kat sana nanti.. hehehe...Okey Good Luck for uolss and also for me...
580982_423084294396481_2057922661_n
SKINZ is having a SKINZ GIRLS DAY OUT and I will be there to share with you my beauty secrets. I will spend a girlie day out with you and talk about beauty and what we girls like to talk about.
 SKINZ GIRLS DAY OUT
Sat 30 March 2013
11 am
Gardens Lifestyle Store & Café
Lot 2.126 Sunway Pyramid Shopping Mall


Okey nie adalah antaranya soalan dan jawapan yang dijawab oleh aku:-
1- Nurul adalah duta kepada ? 

  • Skinz Infinite

2- Apakah rejim kecantikkan anda sekarang?

  • Mary Kay 

3- Mengapakah anda mahu luangkan masa seharian bersama Nurul?

  • 1st sebab aku nie adalah peminat setia Nurul.. 2nd kalau aku diberikan peluang untuk meluangkan masa seharian bersama Nurul of course la aku nak tahu apakah rahsia kecantikan dia.. Bukan apa aku dah mengikuti perkembangan Nurul dari awal pembabitan dia dalam industri seni..Masa tue tengok dia memang la dah cantik..tapi tak secantik seperti sekarang nie...Aku perasan dia memang semakin cantik..semakin glowing sejak dia jadi duta untuk produk Skinz Infinite nie.. Aku suka tengok kulit muka dia yang semakin berseri-seri tue..So selain dapat beramah mesra dengan Nurul, boleh la aku korek rahsia kecantikan dia..mana tahu lepas nie aku pun boleh dapat kulit secantik dia juga.. ;p
4- Nyatakan kenapakah anda mahu mencuba / menggunakan Skinz Infinite?
  • Next year umur aku akan mencecah 30 tahun..Orang kata kulit muka kita akan lebih cepat melalui proses penuaan pada umur 30an..So aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk aku beralih kepada set penjagaan muka yang boleh melawan proses penuaan pada kulit wajah iaitu Skinz Infinite..Aku tertarik untuk mencuba produk ini adalah kerana Skinz Infinite ini menggunakan 3 formula hebat iaitu Bio-StemCell Activator, Toco-Retin A dan Carnosin dimana ia akan bertindak untuk memperbaharui, meregenerasi dan memperkuatkan sistem kulit wajah kita dan seterusnya dapat menghalang proses penuaan daripada berlaku. Kehebatan ketiga-tiga formula ini adalah pelengkap ke arah kulit yang halus dan sihat. Umur bukan lagi penghalang untuk kekal cantik dan bebas penuaan jika aku menggunakan produk ini.


~ Thank You & Happy Reading ~



You Might Also Like

4 comments

  1. nurulwahabdeppMac 13, 2013

    I love what you wrote about me & Skinz Infinite! Tunggu ya keputusannya pada 23 March! All the best!

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaMac 13, 2013

    good luck akak..

    BalasPadam
  3. hi.. ini saya... we met at the skinz girls day out haritu... keep in touch..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||