Tips Membeli Rumah Idaman

00:47


Bersambung dari entry sebelum nie pasal rumah yang aku beli...Hari nie aku nak share sedikit tips untuk sesiapa yang nak sedang bercadang nak membeli rumah idaman..:p


Okey meh baca sini....
  • 1st tanya pada diri sendiri 'Apakah yg aku mampu???' Sila ukur baju di badan sendiri yer...jangan ikut rasa nanti binasa..huhuhu...dah memang lumrah semua orang mesti nakkan sebuah rumah yang besar dan selesa.. tapi kena ingat kita jangan fikir untuk short-term sahaja..loan rumah nie panjang tempoh pinjamannya...sila buat perancangan agar tak menyusahkan diri di kemudian hari...
  • Buat bajet bagi menentukan harga rumah yang kita mampu  nak beli...Secara amnya bayaran bulanan rumah haruslah tidak melebihi 1/3 daripada gaji bulanan kita... Sebagai contoh:- Gaji bulanan RM3k.. So komitmen bulanan tidak boleh melebihi daripada RM1000..(nie untuk pekerja swasta) - Manakala bagi kakitangan kerajaan macam aku nie.. pendapatan tidak boleh melebihi 60% daripada gaji kita...hehehe..sedikit bertuah la kan...
  • Check sumber kewangan kita - Make sure kita ada sekurang-kurangnya 10% - 20% untuk bayaran muka nanti bagi pembeli yang membeli rumah melalui pinjaman bank.. Tapi jangan risau anda boleh membuat pengeluaran wang KWSP (jumlah pengeluaran yang boleh dikeluarkan tidak boleh melebihi yang ada dalam akaun 2) bagi bayaran tersebut - Lain pulak bagi yang membeli rumah menggunakan loan kerajaan...anda bernasib baik kerana tak perlu pening kepala memikirkan tentang bayaran muka kerana pinjaman perumahan kerajaan adalah 100% loan..Macam aku! rumah aku siap dulu baru la start bayaran bulanannya...Alhamdulillah...
  • Stanby antara 3% -5% untuk fi guaman..-Biasanya fi yang dikenakan adalah sekitar 3k ke atas bergantung kepada harga rumah...Aku dulu utk rumah pertama kena bayar dalam 3k jugak la..tapi selaluya kalau pertama kali beli rumah....kita akan dapat diskaun untuk fi guaman nie.. try check dengan panel guaman yang hampa berurusan nanti yer.. Macam situasi aku pulak untuk rumah baru aku tue...kos guaman  yang aku kena settle adalah lebih kurang 5k lebih..sebabnya aku dah tak layak untuk mendapat diskaun bagi pembelian harta kedua...Unless kalau masa tue rumah pertama aku dah terjual dulu then baru aku boleh dapat diskaun balik after declare rumah baru aku sebagai harta pertama....so sedikit kerugian kat situ..sobss...
  • Pilih lokasi yang strategik - Okey yg nie penting tau sebelum nak membeli rumah idaman kita tue...kita kena tengok dulu lokasinya..Pastikan semua kemudahan seperti sekolah, pasar basah, masjid dan  lain² kemudahan adalah berhampiran.. Tak guna kalau dapat membeli rumah dengan harga yang murah tapi segala kemudahan tiada... Dan yang paling penting sekali pastikan kawasan rumah yang kita nak beli tue bebas daripada banjir..
  • Selidik latar belakang pemaju - Pastikan pemaju mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan dan juga mempunyai permit sah pengiklanan & jualan yang dikeluarkan oleh penguatkuasa tempatan.. Ini bagi memastikan anda tidak menangung kerugian sekiranya projek terbengkalai.. So make sure betul² pemaju anda mempunyai rekod yang baik...
  • Status tanah - Kalau boleh belilah rumah yang status tanahnya adalah hak milik kekal..means tapak rumah kita tue kekal milik kita untuk selama-lamanya tanpa boleh dihalau oleh sesiapa..hehehe...

Ermmm itu jer la kot tips yang dapat aku kongsikan buat masa nie..kot² nanti aku yang terrr missed out aku list balik yer..So selamat menjadi pembeli yang bijak dalam membeli rumah idaman masing²..Oh yaaa...kot² ada yang nak share pengalaman beli rumah meh share dgn aku na....


Sekeping dua gambar penambah perisa..hehehe

Progress rumah aku 3 bulan yang lepas...Alhamdulillah dah jadik rupa rumah.. means tak terbengkalai la yer dokkkk..;p

Progress terbaru 2 minggu lepas..

Dah cat dah pun rumah aku nie...
Yeayyy dekat nak siap dah la;p


~ Sharing is Caring Thank You ~


You Might Also Like

2 comments

  1. Salam ya tuan tanah..T.Kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  2. Yang mau pakai KPR silahkan cek disini Kalkulator KPR online

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||