Tips Penjagaan Jam Tangan

08:56


Lately nie aku suka sangat beli jam tangan.. Kalau My Hubby tanya apa aku nak...sure aku kata nak Jam Tangan!.. So far tak banyak mana pun koleksi jam tangan aku.. tapi boleh la kalau sesekali nak tukar² pakai ikut kesesuaian kannnn..

So hari nie aku nak share tips lagi..Kali nie tips macam  mana kita nak menjaga jam tangan kita untuk kekal lama...Tips nie aku dapat hasil daripada googlelan aku kat internet..nak bagi kredit pun lupa dah blog mana..sorry la yer.. Aku rasa tips nie sangat bagus untuk dikongsi.. So aku nak share kat sini jugak...bukan apa sayang la kan kalau kita dah beli jam tangan yang mahal² tapi last² rosak sebab kita tak tahu cara yang betul nak jaga..lagipun harga nak beli jam nie pulak bukannya murah..lain la hampa memang banyak duit dan tak kisah pasal harga..tapi bagi aku yang tak berapa nak jenuhhh duit nie wajib la kena jaga elok²....

Nie la antara Tips yang aku nak kongsi:-
  • Elakkan meletakkan jam tangan anda di tempat yang sangat panas atau sejuk. Kepanasan yang melampau akan memendekkan umur bateri. Kesejukan melampau pula boleh menyebabkan spring di dalam jam tangan mekanikal cepat rosak. 
  • Elakkan pendedahan kepada bahan pelarut, bahan kimia dan gas dimana ia boleh menyebabkan kerosakan dan warna semakin pudar dan kurang menyerlah. 
  • Elakkan jam tangan dari terjatuh atau menerima impak hentakkan yang kuat. 
  • Memakai jam tangan yang sesuai mengikut jenis pekerjaan anda. Jika anda bekerja di kawasan pembinaan atau tempat-tempat pekerjaan yang lasak maka anda memerlukan jam tangan yang tahan lasak. 
  • Jauhkan jam tangan anda dari tenaga elektrik atau magnet seperti tv dan radio. 
  • Tanggalkan jam tangan anda ketika mandi atau membasuh. 
  • Air masin seperti air laut mungkin akan menyebabkan hakisan ke atas jam tangan anda. 
  • Jangan letakkan jam tangan ke dalam beg tangan kerana habuk dan debu halus akan masuk ke dalam jam tangan. Bahan kosmetik dan minyak wangi di dalam beg tangan juga akan menyebabkan hakisan dan pengoksidaan kepada jam tangan. 
  • Juga elakkan menyimpan jam tangan di dalam laci bersama-sama dengan alat kosmetik dan minyak wangi. 
  • Hantar kepada pakar jika terdapat kerosakan pada jam tangan anda. 
  • Bersihkan jam tangan anda secara profesional.

Seperti biasa gambar sebagai penambah perisa... aku share jugak kat sini antara koleksi jam tangan kesayangan aku....Semua nie My Hubby yang kasik..Sapa lagi yang nak kasikk kan kalau bukan laki aku??? Ehh tapi kalau ada yang bermurah hati nak hadiahkan aku jam tangan jugak boleh jerrr.. aku tadahkan pergelangan tangan aku kat hampa na..hehehe..;p


Nie koleksi yang terbaru aku..;p


Jam Titus nie My Hubby hadiahkan sempena Birthday aku.. 

Jam Seiko nie sempena Anniversary yg ke-9..


Dari kiri no.3..Jam Fosil sempena Birthday aku jugak..aku suka sebab design dia macam bangle..


Ada 4 jer pungg...tapi tetap jugak nak share kat sini..hehehe..jangan marah yer bukan niat aku nak menunjuk-nunjuk kat sini..just nak share jer...mana tahu boleh bagi idea kat hampa yang buntu tak tahu nak kasi apa kat orang yang tersayang..so boleh la hampa hadiahkan depa jam tangan.. Kalau nak tahu pemberian hadiah  jam tangan nie besar maknanya yer.. Jika pasangan hampa kasi hadiah nie itu bermakna mereka sangat menghargai setiap detik bersama hampa... So bagi aku jam tangan adalah hadiah yang terbaik untuk membuktikan kasih sayang hampa..;p


*Nota kaki:- Tak sabar nak tambah koleksi lagi...;p


~ Happy Reading & Thank You ~






You Might Also Like

5 comments

  1. Tanpa NamaApril 06, 2013

    perkongsian yang berguna ...utk info pada semua...silalah berkunjung ke fanpage FB sy dan dptkan pelbagai design jam y mnarik dgn harga y sgt2 berpatutan.. di https://www.facebook.com/styleboutiqueonlineshop

    BalasPadam
  2. Ok InsyaAllah..nnti bg diskaun byk sikit ye..hehehe @Tanpa Nama

    BalasPadam
  3. Thank you so much.Tips yang berguna

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||