I am Mrs.Secretary

11:22


♥ Salam perkenalan ♥

Poyoo kan..baru nak bagi salam perkenalan! Rasanya blog nie tak dak mukadimah lagi dari aku yer dok?? Sepatutnya mukadimah tue kena ada masa awal² aku create blog betul tak?? Tapi tak pe la masih belum terlambat lagi kot rasanya untuk aku share sekarang nie..
Dengan lafaz Bismillah......

Pertama sekali bersyukur aku ke hadrat Allah S.W.T kerana membuka pintu hati aku untuk menulis kat blog ini walaupun sebenarnya aku nie bukannya pandai pun nak menulis.. aku bukan sehebat blogger² yg lain..tapi cukup la sekadar untuk kepuasan dan tatapan kepada diri aku sendiri jer..Buat hampa yang tervisit ke blog picisan aku nie terima kasih aku ucapkan.. Silalah support aku yg masih 'baybeee' dalam dunia blogging..if hampa bermurah hati meh la berkongsi dengan aku tips untuk memantapkan lagi blog aku nie..

Actually nama blog aku nie dah bertukar banyak kali dah..like what i said before..aku masih baby lagi di dalam blogging world..so masih tercari² identiti yang sesuai dengan jiwa aku...Tak perlu kot rasanya aku list down kat sini semua nama yg aku dah kasik sebelum ini untuk blog ini ..cukup la sekadar mengenali blog ini dengan nama ♥Mrs.Secretary♥ jer .. title blog nie adalah bersempena dengan kerjaya aku sebagai seorang Secretary..yup title tue memang kena sangat dengan jiwa aku!!!!

For your info..kat blog nie aku akan berkongsi tentang perjalanan kisah suka duka yang berlaku dalam life aku..aku akan share dengan semua apa saja yang aku rasa best untuk dikongsi.. 'Sharing is Caring' betul tak?? hehehe apa jer yang yang aku share nanti adalah untuk ingatan aku supaya aku tak terlupa semua precious moment yang berlaku dalam life aku.. aku jugak kaki melancong! so aku akan share kat sini semua percutian² aku yang lepas (kalau berkesempatan la) sebelum kehadiran si kecik Emir tue.. tak kisah la cerita basi yang aku hidangkan pun.. 
aku tetap nak share jugak kat blog nie..semuanya adalah kerana aku nak Emir tahu kisah papa & mama dia nie sangat suka berhoneymadu sebelum hadirnya dia dalam hidup kami..hehehe..
aku jugak nak Emir tahu suka duka mama & papa dia nie dalam membesarkan dia..dan semoga apabila Emir besar nanti tak dak la dia lupa jasa kami berdua nie..hehehe
We love you so much Muhammad Emir Daniyal! :p

Ehh hampa nak tahu dak mcmne la aku boleh tertiba jer nak ada blog nie????Meh aku nak story sikit na... 
Actually blog aku nie aku create dari tahun 2011 lagi.. Tapi tak tahu la kenapa time tue aku tak berapa nak ada mood nak menjadi seorang penulis blog a.k.a blogger.. Padahal masa tue la semua orang dok start meroyanz kat dalam blog masing² dah.. sedangkan aku pada waktu tue lebih senang meroyanz kat wall facebook aku jer.. Aku bukan la seorang yang buta IT sebenarnya yerr..Tanya la media sosial mana yang aku tak dak..semua aku ada beb..facebook of coz la kann.. Selain tue twitter? pun ada okeyy.. Tapi aktifnya idokk..sama ler macam blog nie..aku create tapi biarkan jer blog aku nie bersawang tanpa sebarang entry pun.. 

Promo bukan main kann..aktifnya tak jugak..hehehe...
Okey² back to the story..macamna aku boleh terjebak nak menulis di blog?? Ceritanya begini..kalau ada yang dah baca blog picisan aku dari awal.. (ada ker org yg sudi nak baca? Perasan jer) pasti sudah tahu yang aku akhirnya dikurniakan seorang baby boy - Emir ler sapa lagik!!! di usia perkahwinan aku mencecah 10 tahun..and my 1st meroyanz entry adalah mengenai Majlis Berendoi Emir..Masa itu ler terbukanya pintu hati aku nak menulis di blog.. Aku nak share semua perasaan aku ketika merasai nikmat menjadi seorang ibu..tertiba jer terpikir why not aku buat blog nie dan jadikan ianya sebagai dairy aku.. Bengong tak aku nie..masa tue aku baru terpikir nak simpan every precious moment yang berlaku dalam life aku kat blog..sedangkan sebelum wujudnya Emir life aku bersama My Sayang pun dah cukup indah dan aku patut blog about it masa tue..Banyak tau love story aku & My Sayang yang boleh aku kongsikan...cewahhh..banyak la sangat yer..tapi betul la..aku tak tipuuu..aku patut blogkan our story macam mana kuatnya ikatan kami sehingga dapat bertahan sehingga sekarang nie..sobss..nyesal pun ada..hehehe

Actually walaupun sebelum nie aku tak aktif menulis di blog tapi aku suka baca blog orang tau.. tapi masa tue aku adalah seorang silent reader jer....hehehe..sampai la satu hari tue aku terblogwalking kat satu blog nie. ala blogger yang femes tue.. akak Neena yang gojes tapi gonjeng! hahaha.. itu la trademark blog dia..serius beb lepas baca blog dia yang super-duper best tue terus membuat aku lagi bertambah bersemangat untuk ada blog sendiri..Blog I'M Yours adalah blog pertama yang aku follow okey..hehehe..maka saat itu terpecah la sudah tradisi silent reader aku selama nie.:))... so a big thanks jugak to akak Neena yang gojes..kerana dia la aku rasa nak ada blog sendiri...:p

Ermmm...rasanya cukup dulu la setakat nie.. dah panjang lebar dah aku dok merepek nie...kita stop dulu sesi mukadimah untuk blog aku nie kat sini.. nanti2 aku share merapu lagi na..punya la panjang kan padahal entry mukadimah jer pung!!.

Biasa la blogger baru la katakan...and maybe lepas nie aku kena buat perancangan masa yang khusus untuk meroyanz kat blog aku nie..baru la aku tak tercicir dan tak ada hidangan story basi kan.. InsyaAllah.. aku akan cuba bagi yang terbaik untuk blog aku nie..aku pun nak jadi blogger sehebat hampa semua..Again..Please Support Me yer! ;))

~ Happy Reading & Thank You ~




You Might Also Like

7 comments

  1. Salam perkenalannnnn hehehehe macam lah br semalam kita kenal kan sedangkan dah lama hehehehehehe :)

    psttt suka dgn header tu

    BalasPadam
  2. TQ MD.. header budak baru belajar macam tue jer la..hehehe

    BalasPadam
  3. singgah sini... <3 salam perkenalan
    nice blog! :)

    BalasPadam
  4. Hi@ADILLAsingah2 la selalu yer..salam perkenalan jugak! :p

    BalasPadam
  5. wah!!!baru tau...hehehe...apepon all the best yek!!!!!

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||