Majlis APC 2012

00:39


Tarikh 18.04.2013 (Khamis) adalah hari yang paling bersejarah bagi kerjaya aku sebagai seorang penjawat awam..Really I'm still in shocked...aku tak sangka secepat nie rezeki aku nak dapat APC...walaupun sebenarnya aku nie boleh dikatakan baru setahun jagung jer berkhidmat dengan gomen...Aku report duty kat gomen 19.10.2008...means dalam tempoh 4 tahun kerja aku dah dapat APC.. Alhamdulillah...

Aku bukan nak bangga diri tau..aku just nak share apa yang aku rasa jer kat blog aku nie..Siapa tak happy wehhh...Anugerah Perkhidmatan Cemerlang @ APC nie  adalah anugerah yang sangat² diimpikan oleh semua penjawat awam..ada tue yang dah berkhidmat 10 tahun pun belum tentu nak dapat APC tau...so aku bersyukur sebab aku bernasib baik dapat bos yang sangat menghargai aku sebagai PA dia dan calonkan aku untuk menerima APC tahun nie..

Actually kalau nak ikut bos aku tue dari tahun 2009 lagi dia dah nak calonkan aku untuk menerima APC nie...tapi memandangkan dia tak nak kecilkan hati seorang senior kat ofis aku makanya dia dulukan dulu akak tue..aku serius tak kisah pun siapa bos aku nak calonkan utk menerima anugerah nie..lagipun aku sedar siapa la aku nak demand lebih² sedangkan aku baru sangat masuk kerja.. masih banyak lagi yang perlu aku belajar...

At last, tahun nie rezeki berpihak kepada aku..Bos panggil aku masuk bilik dia dan bagi tahu aku yang dia nak calonkan nama aku sebagai salah seorang penerima APC untuk tahun 2012..Aku terkujattt juga masa tue.. tapi aku cover beb.. Aku cuma tersenyum dan ucap terima kasih kat dia.. dalam hati memang la happy sangat...walaupun dalam masa yg sama aku sebenarnya risau jugak apa pandangan office mates aku yang lebih senior nanti..aku tahu mesti akan ada cakap² kat belakang aku.. tapi nak buat macamna..bukannya aku yang dok p merayu kat bos suruh calonkan aku untuk dapat APC..aku gerenti mesti akan ada orang cakap aku nie mesti dok aircondkan bos sebab tue aku dapat APC...

Tapi tak kisah la beb...aku tak nak pening kepala pikir apa orang nak kata kat aku...kalau tak puas hati hampa p tanya sendiri kat bos na.. Apa yang pasti aku dapat APC nie bukan sebab aku nie aircond²kan bos...sorry itu bukan aku! Bos aku jer yang tahu kualiti kerja aku macam mana.. dia tahu aku pernah bersengkang mata 1-2pagi semata-mata untuk siapkan tugasan yang dia bagi kat aku..pernah cuti weekend pun aku datang jugak ke ofis untuk settlekan kerja aku...aku memang komited dengan kerja aku okey...Arahan daripada bos aku memang laju jer aku buat..tak bertangguh²...tapi kalau arahan daripada orang lain sorry aku memang liat sikit nak buat...hehehe..bukan apa as a PA aku menerima arahan direct daripada bos aku jer kan...kan..kan

Okey la memandangkan impian aku nak dapat APC nie dah tercapai...aku berjanji dengan diri sendiri untuk meningkatkan lagi prestasi kerja aku...aku tak nak la dapat mentang² dah dapat APC nak buat kerja cincai pulak kan.. hehehe.. 

Meh layan picture kat Majlis APC aku yang berlangsung kat PICC, Putrajaya...;p

Sebelum majlis mula harus breakfast dulu..jumpa office mate lama aku.. dia sekarang kat PTK Kuantan.. Congrats fiza...
Ang pun cemerlang jugak no...;p

Actually picture nie aku copy dari The Kasih punya  blog..rupanya dia pun PA jugak..hehehe..tak sangka jumpa dia kat majlis nie..aku perasan dia masa breakfast..kami makan sebelah² jer...cuma aku segan nak tegur sebab dia...maklum la dia blogger yang hebat...aku nie sapa la kan...;p

Actually pihak urusetia tertukar nombor untuk group bergambar dengan nombor table makan aku.. jenuh pening aku masa sesi bergambar....mengelabah aku sebab group sesi bergambar tak dak pun sampai nombor 25  nie..
last² p tanya urusetia rupanya depa tersilap tulis...;(

Feeling macam retisz la sat bila posing kat red carpet nie...;p

Persembahan oleh kelab koir kementerian aku..
Not bad la..aku terhibur jugak...;p

Pak Menteri memberi sepatah dua kata...;p

Yeayyy selesai sudah sesi catwalk ambik sijil tadi...
fuhh lega...hilang dah ketaq² lutut aku...;p

Picture ambik sijil atas stage dengan Pak Menteri kena tunggu kementerian aku pos dulu...
Buat masa nie layan jer la picture syok sendiri tuan tanah yer..;p
Dari kiri ~ Tuan Tanah ~ Kak Azlida ~ Fieza..
psst ~Fieza incident dalam toilet aku tak boleh nak lupa la wehhhhhh.. sorry dear aku tak sengaja! ;p
Tak habis² lagi tuan tanah dok berphotog gedikssss..macam dia sorang jer la yang cemerlang kannnnn..;p

Sijil Penghargaan + Sijil Simpanan Premium RM1000
Again aku bersyukur sangat dengan rezeki yang dikurniakan..
Thanks Allah..
Thanks Bos..
Sebelum makan berphotog gediksssss lagikkkkkk!
Muka ada senyummm...sebab tak sabar mau makan.. ;p


1st menu sebagai pembuka selera...sedap!


Fuhh terliur tak tengok...
semua sedap wehhhhh...
sehingga menjilat sudu aku dibuatnya..;p


aku makan nasi sikit jer..
yang penting lauk-pauk tue kena banyak! ;p


Patut ler sedap sangat...
from EDEN wehhh. :p


My Dessert..

Thanks hampa dah menghiburkan aku..
sorry picture blur sebab tangkap kalut²...;p

Okey semua orang dah kenyang...
 so bergambar kenangan ramai²...
Ada jodoh kita jumpa lagi..;p


~ Happy Reading & Thank You ~





You Might Also Like

4 comments

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||