Jalan-Jalan Cari Makan ~ Dave's Deli Queensbay Mall Penang

08:22


Masuk nie dah kali ke-2 (baru 2 kali dah nak kecoh..orang lain dah beribu kali dah tak kecoh pung!)  aku p terjah Dave's Deli kat Queensbay Mall tue.. Serius aku nak bagi tau nie..tolong beri sepenuh perhatian yer kengkawan..hehehe...
Overr ko kan farah!!!
Tapi betul la aku just nak bagi tahu kat hampa yang aku berani gerenti kalau hampa dah try sekali makanan kat restoran nie (khusus untuk mereka yg tak pernah try lagi) pasti hampa akan datang lagi repeat makan lagi nanti..
kalau lebih parah lagi takut hampa jadi macam aku yang terbawak² sampai dalam mimpi mengidam nak makan benda alah nie..Hahh tudiaaa....aku punya nak bercerita bertapaaaaa
 sedapnya  makanan kat sini kan.. 
Ko memang overrrrrr farah!!!! ;p

Ok nie yang aku punya ~ Dave's Chicken Lasagna.. Super sedap! 
Selalunya kalau kita mengidam nak makan lasagna kita kena p terjah kat pizza jer kan..tapi if kita nak rasa taste selain daripada seafood boleh la cuba menu yang aku order nie...memang tak akan mengecewakan tekak hampa.. ;p

Kali nie My Sayang memilih menu
Dave's Chicken Grill pulak...

Dave's Grill Chicken nie not bad la..sedap jugak..
 tapi kalau nak compare dengan Dave's Original Chicken yang aku pernah try sebelum nie aku rasa yang original tue lebih sedap...;)

Minuman pilihan kami berdua pulak adalah 
Air Ribena Longan..Terbaik la!

Okey aku nie review for Dave's Deli yer..

^__^
dari 
aku kasik.....
5 for Dave's Deli Lasagna
3for Dave's Deli Chicken Grill
3.5 for Ribena Longan
Overall 4.5★ 

Lokasi Dave's Deli :-

Lower Ground Floor, 
Lot LG-51, Queensbay Mall, Penang
04-6432268
~ Sharing is Caring ~

Do Like & Comment ya! ;p






You Might Also Like

15 comments

  1. wow,nmpk sedap! nt leh try

    BalasPadam
  2. salam kenal dan singgah dik !
    wahhh sedap2 semuanya ..
    hurmmm ;)

    BalasPadam
  3. nyum..nyum..makanan tu memang kelhatan sedap...

    BalasPadam
  4. semua nampak sedap.. nak cuba jauh la pulak penang tu.. hihi..

    BalasPadam
  5. Eh mana tau nnti akak dtg jenjalan sini boleh singgah.. ;p @Mizz Aiza

    BalasPadam
  6. hurm..... bila lah nak sampai ke penang nieh,

    BalasPadam
  7. Memang nampak sedap sangat2..mesti kena terjah ni

    BalasPadam
  8. Adjust la tiem mai cuti2 kat sini.. Penang nie syurga makanan tau..;p @maszmadi

    BalasPadam
  9. Terjah jgn tak terjah yer..kalau nk ajak i join pun boleh..hehehe .. ;p @MiSs NoRmaLa NorFiqZ

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Adik dah p tidoq sok sekolah..satg kak bagi tau mama...nak?? ;p @muhammad ikmal

    BalasPadam
  12. hahahhaa.. zaman muda2 tanpa emir. nina baru nk up entry makan DD ni terjumpa entry akak !!

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||