Majlis Perpisahan Kak Siti Solehah

14:20



Majlis Perpisahan sempena pertukaran kak Siti Solehah 
yang ditukarkan ke Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional..
Kak Siti last day 22.05.2013..
Sunyi la ofis lepas nie...sobs..;(

Sepatah dua ucapan perpisahan daripada Kak Siti..
Ucapan yang sangat bermakna...
Namun dipertengahan ucapannya Kak Siti tak dapat lagi menahan perasaannya 

dan akhirnya menitis jua air mata beliau..
Suasana sedih & suram mula menyelubungi ofis..
Aku pun dah hampir nak menitis air mata jugak..
bergenang dah dalam kelopak mata tapi ku tahan jua...
aku tak nak nangis
²...
takut nanti akan membuatkan Kak Siti bertambah sedih...
walaupun pada hakikatnya kehilangan seorang sahabat di ofis bukan la sesuatu yang mengembirakan..
lepas nie tak ada lagi teman gelak ketawa dan berkongsi rahsia dengan aku..;(

Hadiah sumbangan Kelab jabatan aku khas buat Kak Siti..
Dari kiri : Kak Siti, Pn. Marina, Pn. Julianna & Mr. Hoe..
psst ~Mr. Hoe tue la bos aku.. ;)


Kawan² ofis yang sentiasa mengamatkan suasana.. 
Kadang² tue rasa macam kat Pasar Malam pun ada..
Riuh Rendah ofis dibuatnya..
Harap² lepas nie tak dak lagi la yang ditukarkan @ bertukar .;)



Nasi Ayam Abg Zul Tanjung Tokong memang marvelous...
besaq
² oooo ayam dia..

Nyum..Nyum..Nyumm

Nasi Ayam memang favorite aku tau..
kenyang sampai ke malam dibuatnya..
hampa tengok la saiz ayam tue macam mana..
maunya tak kenyang!
Harga satu kepala just RM6 utk satu set termasuk air oren..
Murah dak??? 

Orang yang bertanggungjawab untuk pergi membeli hadiah kat Kak Siti 
of coz la aku dan jugak seorang lagi member aku Ana..
Aku tahu Kak Siti suka color oren...
So after puas mencari handbag yang sesuai dengan Kak Siti 

akhirnya aku terpandang sebuah beg Carlo Rino yang gojes berwarna oren..
haahh apalagi terus grab la handbag tue...
yang shawl tue pulak pilihan Ana..cantik kan..
Kami harap kak Siti suka la pilihan kami tue yer.. ;)


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa...
Hilang di mata tapi di hati jangan lupa...
InsyaAllah nasihat Kak Siti kat Farah supaya Farah sentiasa menjaga solat tue 
akan farah ingat sampai bila²..
Thanks Kak Siti sudi mengambil berat pasal Farah..
(aku nie suka solat di akhir waktu..huhuhu..
so memang Kak Siti la yang selalu tegur & nasihat aku)

Apapun Farah doakan semoga kak Siti akan lebih success lagi kat ofis baru nanti dan diharap hubungan persahabatan kita nie akan berkekalan sampai bila²... 
walaupun ofis kita dah lain² tapi Farah harap kita akan sentiasa saling berhubung yer kak..
Take Care tau Kak Siti..


Sedikit update terbaru :- 

Disaat entri nie ditulis aku mendapat berita sedih daripada Kak Siti.. 
Ayahanda Kak Siti baru sahaja meninggal dunia 
kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya tadi.. 
Ya Allah besarnya dugaan untuk Kak Siti.. 
Be strong yer Kak Siti.. 
Farah doakan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.. 
Marilah kita sama² sedekahkan Al-Fatihah..
Takziah untuk Kak Siti sekeluarga.. 







You Might Also Like

12 comments

  1. AKAK!!! u look so nice in blue.. :) xmo dah kaler pink2 tu... :P

    BalasPadam
  2. AKAK!!! u look so nice in blue.. :) xmo dah kaler pink2 tu... :P

    BalasPadam
  3. Ye ke..hehehe..Thank you Adilla.. tapi tak tahu la dah terbeli 4 pasang dah color pink.. nak buat cmne tue..hehehe ;p @ADILLA

    BalasPadam
  4. stiap pertemuan kan pasti ada perpisahan :))

    BalasPadam
  5. Betul tue..tp harap walaupun dh jauh nie tali persahabatan akan sentiasa terjalin..biarpun jauh dimata tp harus sentiasa dekat dihati..:p@AiSyA LiEzA

    BalasPadam
  6. sedih juga bila berpisah dengan orang yang dah rapat dengan kita.. takziah di atas pemergian ayah kak siti.. al-fatihah untuknya..

    BalasPadam
  7. sedap tgk nasi ayam tu :)

    BalasPadam
  8. ini memang perkara yang kita terpaksa hadap kalau kerja kerajaan kan. i 6 tahun kerja last year baru 1st time tukar jabatan. sedih jugak mula-mula tapi lama-lama boleh adapt dh huhu

    al fatihah untuk arwah ayah kak siti

    BalasPadam
  9. Yup btl tue.i sblm nie kt kl..tapi nasib baik sekejap jer i dh dpt tukar blk Penang..now kt Penang nk msk 4thn dh..skrg dok mtk tukar nk blk SP pulak..hehehe..:p @cha

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||