Si Tanggang Moden..

20:02


Salam bloggers...
Hari nie I nak berkongsi kisah sebenar yang masih terjadi dalam masyarakat kita.. walaupun kita sekarang sedang menuju ke arah negara maju tapi masih ada lagi segelintir manusia yang tak berperikemanusiaan dan tak berperasaan.i terpanggil untuk berkongsi satu kisah nie sebab i rasa sangat marah dan sedih kerana masih ada lagi orang yang luarannya manusia tapi dalamannya tak ubah seperti seekor binatang.. maaf if bahasa i nie agak kasar or keterlaluan.. tapi perkataan itu adalah selayaknya untuk mereka yang digelar Si Tanggang!

Al-kisahnya macam nie.. biasanya bila time gaji I akan ke satu restoran nasi kandar nie yg terletak dekat dengan Maybank utk breakfast..*jgn terkujutt yer..makan nasi kandaq awal2 pagi adalah perkara normal kt Penang..hahaha
biasa la gaji dah masyuk kan.. so nafsu makan pun besar la..okey sambung balik...
sampai kat restoran tue terus order lauk-pauk yang menjadi idaman perut i...ditambah pulak dengan kuah kasi banjir sikit..perghh memang terangkat habis la..muahahaha

Then masa menuju ke meja makan mata I terpandang kat sorang nenek tua yg tengah duduk sorang2..ditangan dia I nampak ada duit kertas warna biru yg terlipat dua.. mata I masih lagi memandang dia.. sampai dia perasan la..terus dia senyum kat I..I pun senyum balik kt dia...dan dalam masa yang sama jugak datang seorang pelayan restoran yg lebih mesra I panggil dia uncle meletakkan segelas air milo ais kt nenek tue.. Then after that i tak tahu kenapa I masih lagi memikirkan pasal nenek tue.. terdetik kat hati I...'Eh tak kan nenek nie minum air jer kot..tak makan ke dia.'.. lepas tue terus I teringat yg kat tangan nenek tue ada duit kertas warna biru jer.. or senang cakap duit seringgit.. Ya Allah hati I terus rasa tak senang.. nak telan makanan depan mata pun dh tak boleh.. then terus I panggil uncle restoran tue.. I bisik kat dia suruh ambik order nenek tue.. nanti akan I bayar..and uncle tue terus pergi kepada nenek tue dan menyuarakan apa yg I bagi tahu..Yang membuatkan I bertambah sayu lagi bila nenek tue menolak dengan alasan dia dh makan dah..eh pernah ke orang nak tolak rezeki org nak belanja walaupun dh makan kan..huhuhu

Lepas tue terus nenek tue bangun mengangkat gelas minuman dia dan duduk semeja dengan kami.. *I p makan dengan kawan I..
Nenek tue memulakan perbualannya dengan memberitahu yang dia dah makan nasi lemak awal pagi tadi.. dia berterima kasih kt I sebab sudi nak belanja dia makan.tapi perbualan kami tak berhenti sampai kat situ..nenek tue bercerita lagi.. masa nie la bermulanya kisah luahan perasaan dia..
Nenek tue bagi tahu yg dia tinggal sorang2 kt Penang.. suami dia dah meninggal.. dia ada seorang anak lelaki..
Tapiiiiiiiiiii dah 4 tahun tak balik jenguk dia.. Raya baru nie pun tak balik!
*panggggg macam jantung i kena sambaq elektrik.. mula la i rasa sebak..
Dia bercerita lagi..katanya anak dia kerja kat bank.. *wah kemain kan kerja hebat jugak..means berpelajaran la orangnya..tak gitu??

Tambahnya lagi..Last anak lelaki dia blk bagi tahu yg dia nak kawin dgn seorang pompuan nie..pompuan tue orang perak katanya..nenek nie pn izin la dan kahwinkan anaknya tanpa membantah..
Tapi tak sangka lepas kawin dengan pompuan tue rupanya pompuan tue cuma nak hidup dengan anak lelaki dia jer dan tak mahu menjaga nenek tue..yang teruknya anak tue punya la sayang bini tak bertempat sanggup ikut jer permintaan si isteri..Ya Allah dah lupa ke dia yg sebagai anak lelaki tunggal dia wajib menjaga maknya..tambahan lagi mak hidup seorang diri...
Nenek tue terus meluahkan perasaannya.. katanya dia hidup sekarang ambik upah sapu sampah dan hidup menumpang kt rumah orang.. dia jugak pernah ke Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi pusat jagaan tersebut penuh.. aduhhh kesiannya.. dah la hidup dia susah..p ke tempat yg diharap dapat menjaga dia penuh la pulak..
*Banyak jugak nenek tue dok bercerita dgn kami..tp i highlightkan apa yg penting jer la yer na..

Nenek tue jugak siap berpesan lagi kat kami.. katanya jangan sesekali buat kat ibubapa macam apa yg anak dia dah buat kt dia.. ditinggalkan tanpa duit dan tempat tinggal..dia jugak berpesan sayangilah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.. baru berkat hidup kita..
Bertambah sayu lagi bila dia bagi tahu yang dia tak putus berdoa kat Allah mintak anaknya sentiasa bahagia walau kat mana pun dia berada...

Subhanallah...
Besarnya hati seorang ibu tue kan.. walaupun anak dia dah lupakan dia tapi tak dak sekelumit pun perasaan marah@dendam dalam hatinya..
Walaupun sebenarnya anak dia tue tak layak menerima doa ibunya..
Kadang I terpikir macam mana la seorang anak tergamak membiarkan ibunya hidup seorang diri macam tue..
Kalau yer pun tak nak duduk serumah dengan si ibu..susah sangat ke nak sediakan makan pakai yang secukupnya buat si ibu.. kalau dah rasa susah sangat tak nak menjaga dia hantar je dia kat pusat jagaan orang tua.. atleast kat sana ada jugak orang yg boleh menjaga ibunya dengan baik..
Serius I betul2 rasa sedih bila teringat wajah nenek tue.. sepatutnya bila dah dihujung2 umur mcm tue masa dia dihabiskan dengan bermain bersama cucu2.. tapi ini tidak...dia dibiarkan untuk hidup tanpa keluarga disisi..
 
Mudah2an apa yg I kongsi nie menjadi iktibar kepada kita semua.. sedih tau dengar kisah nenek tue.. jangan la sesekali kita lupakan ibu sendiri hanya kerana CINTA!

*Sebelum nenek tue beredar I nak tapaukan nasi untuk makan tengahari dia pun dia tak nak..tak tergamak i nk biar nenek tue pergi dengan hanya minum segelas air.. terus i ngan kawan i hulurkan sedikit wang buat belanja nenek tue..dia tak mintak tau..sbb dia bukan peminta sedekah..lepas tue tahu apa yang dia buat..
Dia tadah tangan depan kami dan mendoakan kebahagiaan kami..*tears





You Might Also Like

14 comments

  1. cik akak pun over sensitif nie dik farah...nak nitis aik mata nie.....
    Mudahan kita dilindungi dari perkara cam tu ...amin

    BalasPadam
  2. hmmm..realiti..terus chot ingt mak kt kg..huhuh..sedihnya..harap jd iktibar buat kita semua..

    BalasPadam
  3. erm... itulah hakikatnya dunia sekarang... tak tahu nak komen apa, tapi tergamak kah kita membiarkan mak kita sebegitu, sedangkan masa kita kecil, kita menangis, emak lah orang pertama datang memeluk kita, meyuapkan kita nasi... ya allah...... sangat sedih..

    BalasPadam
  4. Alahai....sedih pulak baca...ada jugak anak cam tue...ingatkan dalam drama jer huhuhu

    BalasPadam
  5. serius sedih i baca. ya Allah. i ni dahla kalau tgk org susah sikit mulala tak senang duduk. kesiannya nenek tu u. semoga anak dia insaf la sebelum mak dia dah takde :'(

    BalasPadam
  6. sedihnya akak baca kisah ni.. semoga anak nenek tu insaflah sebelum terlambat.. doa seorang ibu tu cepat je Allah makbulkan.. takkan senang hidup dia.. :(

    BalasPadam
  7. Sebak dada baca kisah ni.. Ada lagi ye orang yang sanggup lupakan mak bapak sampai langsung tak jenguk.. Makan, pakai pun tak dijaga.. Selalu tengok dalam drama jer kisah2 macam ni, tak sangka betul2 wujud dalam dunia realiti..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    BalasPadam
  8. syurga seorang anak dibawah telapak kaki ibu..

    BalasPadam
  9. ok.. akk sedang menangis sekarang nih..

    BalasPadam
  10. mng tersentuh hati zara baca ni..selagi seorg ibu hidup di dunia ini doanya tetap bersama kita..tpi jika mereka tiada didunia ni..adakah kesejahteraan kita di jamin..semoga kita sebagai anak jangan sesekali melupakan owg yg bertarung nyawa melahirkn kita..penat lelah mereka membesar kita..sayangilah mereka dunia dan akhirat..='(..zara mmng emo skit klu bab2 ibu dan ayah ni..hmm

    BalasPadam
  11. alahai, trus teringat kt mak kt kg...smp ati anak dia, dh la tk tanya kabar, duit belanje pn tk bg.. celaka kau !!!!!!

    BalasPadam
  12. sedihnyee.. deqla pun cpt kesian tgk org susah tau dear.. mula la nak nanges.. alhamdulillah, nenek tu bertemu dgn farah tmpt dia meluahkan isi hati dia.. agaknya dia rindu sgt kat anak dia.. ya Allah, cuba bygkan kalo kite di tmpt dia.. apapun wallahualam.. hanya Dia maha mengetahui..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||