Last Part ~ Percutian ke Cameron Highlands

08:00


Salam bloggers, 
Kat entri sebelum nie i ada bagi tahu yang ada 2 entri lagi untuk story percutian i kat Cameron Highlands hari tue kan..tapi hari nie i rasa i nak gabungkan jer la 2 entri tue sekaligus...Cepat sikit habis kan.. Bukan apa sejak Bos baru i dah lapor diri nie masa nak berblogging i jadi sangat terhad...huhuhu - Eh dah la tak payah nak dok melalut sangat pasal bos baru i tue..Meh la kita sambung citer pasal percutian terkejut i hari tue...=D


Hotel Pop Ash menjadi pilihan kami untuk bermalam..Hotel nie terletak di Tanah Rata..For ur info, kadar harga bilik kat sini adalah RM130 untuk semalam. Contact No. Tel : 05-4911666


Kami bersetuju  bermalam kat sini setelah berpuas hati melihat keadaan biliknya yang simple dan bersih.. Rasanya hotel nie baru di-upgrade kot..semua masih di dalam keadaan baru lagi..  

Selesai hal bilik kami semua turun semula untuk jenjalan kat Pasar Malam.. Terdapat bermacam2 barangan yang dijual kat sini.. I ada la jugak membeli sikit2 hari tue..Harga barangan yang dijual kat sini boleh tahan mahal jugak la.. so hampa kena la pandai2 bargain yer..

Kami sedikit kecewa kerana tak dapat menikmati steamboat malam tue sebab kedai steamboat yang i pernah makan dulu dah tutup...sobs..kalau tak mesti best kan cuaca sejuk2 ber-steamboat.. So m
alam tue kami semua alas perut dengan Nasi Ayam Percik yang dibeli di Pasar Malam jer...Harga sebungkus RM5..Okey la not bad juga rasanya..

Esoknya lepas check out kami singgah pulak kat Pasar Pagi yang terletak berhampiran dengan Hotel Equatorial nie.. Kalau hampa rasa nak beli sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar boleh la terjah sini..Semuanya memang fresh dan terbaik dari ladang..

Suasana kat Pasar Pagi yang masih lengang lagi masa nie.. Kami sengaja check out awal semata2 untuk ke sini.. Senang sikit nak membeli kalau orang masih tak ramai kan.. tak dak la kena bersesak2 sangat nanti..


Perghhh....Strawberry yang terbaik dari ladang beb.. Harganya jugak sangat berbaloi2.. I  beli 3 kotak besar nie dapat free lagi 2 kotak kecik dengan harga RM25 jer.. Murah giler weyhhhh!!! Mana nak dapat harga macam tue kan.. 

Tuan Tanah yang tengah khusyuk memilih sayuran untuk dibawa pulang....Harga untuk 3 bungkus RM10 sahaja okeyyy..boleh campur2 sayur yang kita nak...

Breakfast kami pagi tue..hehehe
Secucuk seringgit jer.. =D

Masa ondway turun kami singgah sat kat sini...

Harga tiket masuk RM 5/seorang jer tau..

Subhanallah cantik sangat pemandangan kat dalam nie.. Sesekali terasa seperti berada kat obersea pulak kekdahnya...hahaha - jauh verangann tue...

OMG i tak boleh nak berhenti bergambar kat sini la sebab tempat nie memang Super Cantik!!!! 
  
Pemandangan dari atas.. Cantik bukan... =D

Jangan tanya i nama bunga nie okey....sebab i tak tahu....hehehe.. Kat sini kalau hampa nak self-pick bunga tue pun boleh tau..Harga sekuntum bunga adalah RM 2.. Hahh petik la banyak mana hampa nak petik.. 

Self-pick Strawberry pun boleh yer.. Harga RM10 untuk 100gm.. Huhuhu - Mahal jugak kan.. tapi kalau hampa nak rasa pengalaman memetik strawberry dengan tangan sendiri apa salahnya kan.. 

Seronok melayan Emir masa nie.. teruja betul dia.. asyik menjerit jer dia..Bahagia tengok dua wajah kesayangan i sentiasa tersenyum macam nie selalu...

Kami semua sangat happy berada kat sini.. Rasa macam nak lepak jer kat atas nie sampai petang..kalau boleh tue nak jer stay sehari lagi.. tapi apa nak buat esok masing2 dah kena kerja.. huhuhu

My Cinta Hati

I ter-bekenan dan terus ter-beli 4pcs Bunga Lavender yang cantik dan memikat hati i nie..Apabila hati dah terpaut maka dengan minda yang separa sedar telah mengeluarkan wang sebanyak RM20 hanya untuk membayar 4pcs Bunga Lavender nie jer..huhuhu..tapi daku sedikit pun tak rasa menyesal sebab ianya sangat cantik dan ceq suka!!!! =D

Akhirnya tamat sudah story percutian terkejut kami selama 2H 1M di Cameron Highlands.. Overall memang best sangat dapat spent time dengan My Dear,Emir and kengkawan i kat sini..InsyaAllah kalau ada rezeki lebih pasti akan ke sini lagi..Fin!









You Might Also Like

28 comments

  1. haaaa mmg lah kalau dah ke CH mst nak kena membeli kan farah.. walaupun benda yg kecik2 hehe... tak sah kalau tak membeli :D
    btw haritu zaza tak sempat singgah ke lavender park tu.. nmpk dr luar kemain cantik lg warna bunga2 kt dlm tu.
    psstt Emir mst happy noh hehe :)

    BalasPadam
  2. lamanya tak g cameron..:)

    BalasPadam
  3. seronoknya..saya haritu tak sempat petik strawberry..so beli je yg dh siap paket

    BalasPadam
  4. Cameron ni seronok jenjalan time bukan cuti sekolah or cuti perayaan. Dulu saya pernah naik cameron time cuti Tahun baru Cina, jalan jammed teruk gila. Sampai lenguh-lenguh kaki kawal brek dan clutch sebab bawak kereta manual.

    Haha

    BalasPadam
  5. gambart semua mmg cantek kak. terang je..

    lama da nanie x g bercuti.

    oh rindunye nak cuti2 Malaysia.

    BalasPadam
  6. best nyer kak . teringat asam laksa yang di beli kat pasar malam masa pegi dulu. sedap betoi

    BalasPadam
  7. eka ngan bakal somi ingat, pas kahwin, nak wat short honeymoon pi cameron. Tapi musim hujan, banjir kilat ni, tak jadi nak ke sana. uhuuu...

    BalasPadam
  8. akak je yang tak pernah sampai sana.. paling akak teruja tengok strawbery tu, tak sabar pula nak pergi..

    BalasPadam
  9. lama dah kenit tak jejak Cameron. Last jejak tahun 2004. Sekarang....dah hanpir 10 tahun woooo! hehehehe. Rindu nak jejak lagi...

    BalasPadam
  10. subhanallah..indahnya alam ciptaan ILAHI..teringin sangat nak bercuti ke sana..sangat teringin..oneday.. :)

    BalasPadam
  11. best nye.. teringin nk g cameron :D

    BalasPadam
  12. seronokkan shopping kat CH..hihii..dah lama x gi sana..terfikir2 jugak nie nak bawak adikk nani jenjalan kat CH =)

    BalasPadam
  13. Lama tak pergi Cameron..! dulu masa pegi kami tinggal di banglo milik sykt.. bayar Rm50 jer semalam.. :) pagi pegi pasar beli sayur murah2 dan segar pastu masak.. makan.. ayam & ikan dah siap bawak dari kl.. huhuhu.. best nyerr sejukkkk!!

    BalasPadam
  14. seronoknya farah..teringin gak nak pi cameron tahun depan...

    BalasPadam
  15. mesti harum sgt bau lavender tu kan...

    BalasPadam
  16. Akak dah lama tak pi Cameron tak berani nak drive naik atas tu...ahahaa...

    BalasPadam
  17. fiza bercadang nk ke cameron mggu nie.. >_<

    BalasPadam
  18. happy holiday and happy family

    BalasPadam
  19. waahhh.. kak farah pung pergi cameron highland.. hehehe... parents Fiza baru balik dari sane.. cuaca x menetu je kan

    BalasPadam
  20. wahh tengok gambar je pon dah rasa tempat yang semua Farah pergi semuanya bez2..haih..bila lah kami nk p cameron ni..rasanya last skali p 10 tahun lepas kot..huhhuhu

    BalasPadam
  21. strawberry mkn dngan coklat sedappp!

    BalasPadam
  22. waaahh.. bestnya kalian, berjalan sakan...

    BalasPadam
  23. bestnya laahaii ke CH, jaa baru sekali pergi sana, itu pun dah lama dah. 4 tahun dulu... ngee!

    BalasPadam
  24. da lama tak ke cameron:) seronok emir ye dpt jalan2,heee

    BalasPadam
  25. wah bez la kak
    jenjalan bersama hb n anak yg comel, bahagianyeeeeee
    isi 3 tabung sini

    BalasPadam
  26. Ramai duk cerita pasal Cameron Lavender ni.. Teruja gak nih nak gi.. Hehe..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    BalasPadam
  27. bestnye.. gmbr2 smua cantik2 tau farah.. ok la tu hotel harga 130 1 mlm.. yg pntg selesa kan..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||