Sepetang di Kellie's Castle

08:00


Salam bloggers,
After check-out dari Hotel Lost World Of Tambun kami menuju ke Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah. 1st time tau i datang sini.. namanya jer bapak orang Perak..tapi Negeri Perak tak habis pusing pun lagi sebenarnya yopp..huhuhu


Sejarah

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan LisbonPortugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.


My Dear & Emir di ruang tamu istana tersebut yang telah telah diubahsuai..nampak sangat klasik okeyyy..

Di sinilah yang dikatakan roh William Kellie Smith kelihatan berlegar2 di waktu malam terutamanya sepanjang koridor, bagi menjaga rumah agamnya ini..sebab tue la jugak kot ianya dinamakan Balkoni Serambi Berhantu..Sahih ke atau rekaan semata i pun tak pasti..i pun baca jer apa yang tertulis kat board tue.. =D

Nie pulak ruang rahsia di Bilik tidur utama William Kellie Smith.. Actually banyak ruang rahsia dalam istana nie yang dibina..Boleh dikatakan setiap bilik pasti ada ruang bilik rahsia..tiba2 teringat cerita 
'The Conjuring'....Serammm beb! 

Suasana dari pandangan hadapan istana yang dilihat dari pandangan atas istana ini...Indah bukan?? =D

Yang nie pulak suasana belakang istana.. tak silap i taman istana la kot..tapi memang luas dan cantik.. =D
Masih lagi kat ruang atas istana...=D

Bukan senang kami semua dapat bergambar bersama macam nie tau.. Thanks la kat brother cina yang sudi tolong ambik gambar kami nie.. nampak tak kesopanan dan kesusilaan i kat gambar nie...i siap bersimpuh lagi tue..hehehe


Antara ragam kejakunan kami yang baru pertama kali singgah ke sini.. Memang terdapat banyak ruang kat istana nie..tak silap i istana nie dirancang untuk menampung 14 buah bilik di mana di setiap bilik tersebut mempunyai sebuah bilik rahsia yang membawa ke terowong rahsia bawah tanah..hah itu baru bilik jer tau...belum lagi ruang2 yang lain.. Fuhhh berpeluh tiak jugak la berjalan kat dalam istana nie.. tapi dalam masa yang sama seram pun ada.. kalau i la..memang tak sanggup kot nak dok rumah besar sampai macam nie..memang dasar penakut kan.. huhuhu

Apa yang i boleh katakan kat sini adalah ianya satu pengalaman yang sangat menarik bagi kami semua yang pertama kali singgah kat sini..Serius kami semua sangat teruja dan gigih membaca setiap story yang tercatat di notice board istana ini.. Nak mengkaji lebih mendalam la kononnya..hahaha..- Syukur Alhamdulillah sepanjang kami kat sini tak ada gangguan atau perkara aneh yg berlaku...tak tahu la pulak kot2 hantu tue yang takut tengok kami..hehehe..lawak je k.. ish mintak selisih malaikat 44..tak mo aih kami tengok benda pelik2 nie..=D

Next ~ Perbualan yang membawa kami ke destinasi seterusnya..

Abg Zul : Edy jom kita naik pekena teh tarik nak?? tak jauh dah nie...lebih kurang sejam lagi boleh sampai sana dah...

Edy : Eh boleh jer Abd Zul.. Tapi tido sana ka balik??

Abg Zul : Kita naik dulu.. tengok keadaan macam mana nanti..

Edy & Azreen : Okey kami on jer..

*Para2 isteri follow jer..hehehe. =D


Makanya terjadi la percutian yang tak dirancang pun..Kemanakah destinasi kami semua.. tunggu next entri na...hehehe



*Updated: 
Opening Hours : 9.00am – 6.00pm

Admission Fee :
* RM 6 
* FREE (child aged six and below)







You Might Also Like

30 comments

  1. wahh dh ada ruang tamu tuuu.,ehhHHE

    BalasPadam
  2. Tertarik untuk pegi jugak... nk tanya, brape harga tiket nak masuk situ? Ke FOC je? huhu

    BalasPadam
  3. jeles bila tgk org mai tmpt ni especially dgn gambar2 cantik mcm farah.. haritu masa pi ipoh ingat nk singgah sini.. end up husband ajak pi cameron plak.. huwaaaa frust giler..
    InshaAllah nxt time nak pi jugak.. nak paksa Nizam mai sini hehe

    BalasPadam
  4. saya dah pergi sekitar 3 tahun yang lepas.elok pergi time cuaca redup

    BalasPadam
  5. Akak tiap2 bulan lalu kat sini balik ke Bota Kiri tapi tak pernahnya tersinggah...suami akak malas nak layan.

    BalasPadam
  6. Macam best je jelajah ke Istana tu.. Kalau berpeluang ke Perak, nak pergi juga lah..Nice sharing..

    BalasPadam
  7. akak pernah lalu di situ dan bergambar di depan saja.. tak pernah pula masuk ke dalamnya.. seram kalau lalu pada waktu malam..

    BalasPadam
  8. best juga kn kak farah..rm6 je pn...kak farah nk tny akak pki lg x mary kay?so far ok x cleanser die?

    BalasPadam
  9. bes nyer tempat ni kak.. ^_^ rasa nya time kak pegi tu hantu nya xda sebab selalu kalo ada budak kecik yg nmpak dulu. tgk emir relax ja tu mkna nya xda la kot ^_^ teringin gak nak menjejakkan kaki kat kat sana ^_^

    BalasPadam
  10. Cantik2 view kat KC ni yer. Tak pernah sampai sana lagi.

    BalasPadam
  11. cantiknya pemandangan kat situ kan farah.

    BalasPadam
  12. hubby penah cakap nak singgah kellie's castle ni..tapi tak sempat lagi menyinggah..hehe..Insha Allah nanti pi utara leh singgah..

    BalasPadam
  13. haritu ada kenduri dekat2 dengan sini...tapi tak dapat singgah sebab bawak orang dan masing2 dah penat...insya Allah, satu hari nanti sampai la...

    BalasPadam
  14. teringin nak pegi istana tu..

    BalasPadam
  15. kenit tak pernah lagi jejak kaki kat situ huhu

    BalasPadam
  16. Lama dah tak singgah castle nih. Nama ja duduk ipoh. Huhuhu...best jugak kadang2 lawat tmpt2 sejarah mcm nih.

    BalasPadam
  17. Ok, thanks info, nanti ada masa nak g melawat gak

    BalasPadam
  18. akk. sbgai org yg duk perak. eka tak penah lagi masuk dalam castle ni. Hehehehe. Lalu aje.

    Cuma dengar2 yg kat sini keras. ada blogger pegi sana, anak dia jumpa ngan anak perempuan kellies. Rambut kerinting n pakai gaun putih.

    meremang eka baca masa tu. takuttt

    tapi tringin nak gi. kalu dekat dah lama wat photoshoot wedding kt sini.

    BalasPadam
  19. kak. gi cameron ea? hehehehe

    sebab ada keyword, naik. hehehehe

    BalasPadam
  20. Orang kata tempat ni memang menarik, pemandanganya dan peninggalan sejarahnya...tapi yang tak sedapnya tempat ni juga dikatakan seram jugak..

    BalasPadam
  21. Cantik sgt tempat nih dear....OMG!...Belum pernah pi Tambun...if ke sana pasti nak singgah...cantik sungguh gambarnya...tertarik!

    BalasPadam
  22. masa belum kawen dulu ada la pi..sejak ada anak tak pi dah..berupah rupa dah gamaknya..

    BalasPadam
  23. cantik la seni bina building dia kak
    harga pun berpatutan rm6 je...mmg berbaloi, blh bawak sefamily jenjln sini
    yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)

    BalasPadam
  24. Tak pernah lagi sampai kat sini.. selalu dengar nama jer tapi tak pernah tau apa yg ada kat situ.. :D
    Insyaallah kalau ada rezeki one day akan sampai jugak ke sini :D

    BalasPadam
  25. tempat bersejarah tu kak farah :D
    lagipun berhantu :D

    BalasPadam
  26. berbaloi jugak harga masoknye.. bangunan pun cantik..

    BalasPadam
  27. x singgah pun kat sini ari tu...x sempat...

    BalasPadam
  28. gambar semua nya happening dan cantik!colorful..tapi aida takut sikit datang sini kalau siang pon..terasa ada sesuatu..huhuhu

    BalasPadam
  29. buat wedding photoshoot mmg cantik sgt kan kt sini........

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||