Sabah 2013 #Day 1 ~ Kundasang War Memorial Park ~ Kinabalu Pine Resort

10:00


Salam bloggers,
Sebelum berakhirnya tahun 2013 nie lebih baik la i cepat2 update cerita percutian i kat Sabah pada bulan Julai yang lalu..dah 5 bulan kot balik dari Sabah tapi baru sekarang nak update..muahahaha..malu kot kat Mommy Gojes Zaza yang baru je balik dari Sabah tapi boleh terus update cerita dia... maaf ler Zaza tak dapat bagi u info lebih awal sebelum u pergi bercuti kat Sabah.. bukan tak nak update lebih awal.. tapi disebabkan gambar terlalu banyak buat i rasa nak muntah hijau tengok gambar2 kat sana.. maklum ler i bukan photographer yang profesional yang sekali capture jer gambar terus menjadi.. i terpaksa snap berkali2 untuk memuaskan diri sendiri walaupun i rasa gambar yang diambil tue tetap tak hebat mana pun..

Letih tau i perah otak yang hampir tepu dah nie nak ingat balik semua moments dekat sana.. harap2 i tak lupa la..bukan apa i harap apa yang akan i kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberikan info kepada mereka2 yang merancang untuk pergi bercuti di Sabah nanti...Dah la tak nak cakap banyak lagi..meh layan gambar2 yang super banyak nie... nie baru hari pertama okey.. tungguuuuuu masih ada banyak lagi entri2 yang bakal menyusul nanti yer.. jangan hampa pun muntah hijau jugak nak baca....hahaha


Okey i sampai kat airport Sabah tepat jam 1.10ptg.. cuaca pada masa tue amat baik sekali... kalau nak tahu percutian ke Sabah nie bukan kami 3 beranak jer yang pergi tapi Mama dan adik ikmal i pun ikut sekali.. I berjaya grab tiket AA dengan harga yang sangat murah.. RM170 return dari Penang - Sabah...=D
Thanks to AA kerana dia la i sampai ke Sabah untuk kali kedua!

Untuk kereta sewa pulak memang i dah booking awal lagi.. Mula tue i ingat nak sewa kereta kecik jer.. tapi memandangkan i bawa stroller Emir yg besar gedabak tue..so terpaksa la i sewa kereta yang lebih besar sikit.. i memilih kereta jenis Toyota Vios sebagai transport kami selama 3H2M dengan kadar RM120/sehari..Selepas selesai urusan kereta sewa...kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang pertama iaitu di Kundasang...


Lebih kurang 3 jam setengah jugak kami menempuh kabus tebal disebabkan hujan lebat yang turun dengan tiba2... Memang cuak jugak la masa tue sebab kabus terlalu tebal sehingga husband i terpaksa memandu dengan kelajuan 40km sejam sahaja...tapi Alhamdulillah walaupun terpaksa menempuh kabus yang tebal akhirnya kami selamat sampai di Kundasang War Memorial Park!


Nasib baik masa sampai sini hujan dah berhenti.. kalau tak mau frust menonggeng derr.. kami memang tak terus ke hotel dulu untuk check in sebab takut tak sempat pulak nak singgah sini kerana kami difahamkan yang tempat nie dibuka sehingga jam 6 petang sahaja...


Suasana kat sini cantik sangat... pandang kanan hijau..pandang kiri hijau.. sejuk jer mata memandang.. lupa nak snap gambar suasana kat dalam nie.. dia ada sebuah padang yang berkeluasan sederhana besar dah menghijau jer..memandangkan gambar tak dak hampa imagine jer la yer.. *sorry... kelip2 mata..=D


Dekat atas nie ada jual souvenir.. tapi i tak beli pun.. just tengok2 jer.. harga boleh tahan mahal jugak..i plan nak shopping souvenir kat filipino market nanti..sebab pasti harganya lebih murah..

Kalau hampa rajin nak baca sejarah tentang tempat nie boleh la baca semua information yang dilekatkan kat belakang tue.. i nie malas nie nak membaca.. so ambik gambar jer la..


Emir punya la teruja kat atas nie sampai jenuh kami berdua dok main aci ligan dengan dia.. Emir tak mahu berdukung langsung.. kalau dukung dia nangis nak mintak turun.. Emir suka kot dapat berlari kat atas nie.. tempat luas la katakan..tapi kena hati2 jugak la takut dia terjun ke bawah pulak.


Hah nampak tak??...tinggi tak?? nie la pemandangan dari atas... nampak cantik jer.. nampak hijau jer.. rasa damai jer..rasa tenang jer.. =D


Tengah best layan Emir kat atas tue nampak gaya macam hujan nak turun...so cepat2 kami turun dari sana dan terus ke hotel..Ohh ya.. tiket masuk sini RM2 jer seorang..=D


Jarak dari Kundasang War Memorial ke Kinabalu Pine Resort hanya 1km jer..hotel nie memang i dah tempah awal2 lagi..tapi i sedikit kecewa kerana bilik yang i harapkan dapat melihat view Gunung Kinabalu dengan lebih cantik tak available la pulak...huhuhu...


Walaupun begitu, bilik yang i dapat nie tetap tidak menghampakan.. sebab I tetap jugak boleh menatap view Gunung Kinabalu ! hehehe...For your info, kadar harga bilik semalam kat sini adalah RM195 inclusive Breakfast & Dinner for 2 persons.. okey la tue kan..mana nak dapat harga camgitu kat semenanjung!!..hehehe


Overall condition bilik yang i dapat sangat memuaskan la..Kebersihan bilik & bathroom memang tip top..cuma satu jer yang i tak berkenan iaitu kat interior design bilik nie jer.. sebab nampak outdated sikit..hehehe...pendapat i kalau depa boleh upgrade sikit interior designnya mesti marvelous!!



Tiba la waktu untuk kami makan malam.. lapar sangat sebab last makan masa kat atas flight jer tadi..kalau lagi lambat makan nie confirm hypo!! hahaha


Antara menu yang dihidangkan kepada kami.. rasa dia okey la.. boleh tahan jugak.. dah lapar kan.. makan jer la.. =D


Muka sorang2 kembali ceria setelah perut sudah kenyang..so bila dah kenyang of coz la mata pun mengantuk jadinya kan.. so kami balik ke bilik untuk tidur.. kami kena tidur awal sebab esoknya banyak tempat yang kami nak terjah.. nak tahu tempat apa yang kami terjah tunggu next entry yer..Okey Baiiiiii!!!!! =D






You Might Also Like

19 comments

  1. Asik baca cerita org gi kundasang sabah... Buat hati iadi teringin nak ke sana... Tapi katanya belanja oe sabah mahal yea ke?

    BalasPadam
  2. perghh! dah sampai dah kundasang ye. Kenit baru sampai kandang baru hahahaha. Nice view dear, bilala boleh kenit jejak kaki ke sana plak. Menabung INTI for you dear :)

    BalasPadam
  3. pernah ke sabah bebrapa thun dlu..:)

    BalasPadam
  4. bestnya farah... :) tempat pun cantik sangat

    BalasPadam
  5. betul2 membayangkan padang dgn suasana yg menghijau ... heheheee

    BalasPadam
  6. akak bestnyaaaaa, bila lah nak sampai ke sana. ada angan2 tp xtau bila, heeee :)

    BalasPadam
  7. thx Farah mensi nama I kat entry Sabah u.. terharu I hehe..

    Ehhh I tgk cantik je gambar2 tu.. kira profasional lah tu Farah :)

    nway I tak sempat pergi ke Kundasang War Memorial tu.. 3D2N I kat sana memang tak cukup masa.. InshaAllah kalau ada rejeki lebih I nak repeat lagi ke Sabah nak singgah ke tempat2 yang I tak sempat singgah..

    Im waiting for your nxt entry hehe

    BalasPadam
  8. Nampak nau akak dh lama x singgah sini..x tau pun fara pi Sabah...ni dh balik ke blom ni...jeles...ingat tahun depan nak pi la..nak survey tiket murah dulu..

    BalasPadam
  9. Wahh tak sabar nak tunggu nest entry sebab Kundasang ni antara tempat yang aida teringin sangat nak pergi..Sewa kereta tu nanti-nanti boleh minta contact no tak..senang sikit..heheee

    BalasPadam
  10. x hebak farah kata? smua pic cantik2.. hebak la ni dear.. syok sgt tgk..

    BalasPadam
  11. selesa btui tpt penginapan..

    BalasPadam
  12. aku pon sebulan baru nk habis entry sabah aku.hahahaha

    BalasPadam
  13. nampak selesa bilik penginapan tu farah.. tapi betul la ia kelihatan outdated..

    BalasPadam
  14. aritu kitorg lepak setgh jam je kt war memorial tuh..cm tk cantik jer tmpt tuh...

    BalasPadam
  15. Dah lama tak balik Sabah.. Kundasang memang best! ^_~
    http://miezashaklee.blogspot.com

    BalasPadam
  16. ya Allah.. terjatuh hati tgk keindahan dia...

    BalasPadam
  17. Bole kasi contact no kereta sewa tu x? Terima kasih

    BalasPadam
  18. Bole kasi contact no kereta sewa tu x? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur Raihan Zakaria..maaf farah dah cuba cari dalam contact tapi tak de la.. huhuhu.. so sorry dear..

      Padam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||