Throwback ~ Surprise Birthday For My Dear @ Jimbaran Bali 2013

08:17


Salam bloggers,
Lama betul i tak update blog kan.. semenjak..2 menjak..3 menjak nie I busy sangat.. busy dengan hal kerja di pejabat.. busy dengan hal business..busy dengan hal nak renovate rumah baru.. busy nak uruskan hal family...busy nak buat survey next vacation..pendek kata memang busy la!!!  sampaikan nak curi2 time untuk update blog dan blogwalking pun I tak sempat.. banyak betul halangannya..baru i tahu rupanya bukan mudah untuk menjadi seorang blogger nie.. tapi disebabkan i dah jatuh cinta terhadap dunia blogging nie so i tekad untuk kembali ke landasan yang sebenar...wah kemain semangat membara lagi kan..hehehe..

Okey tak payah la nak melalut panjang2 sangat yer... meh kita kembali kepada tajuk sebenar entri ini..hahaha..i nak throwback kisah percutian di Bali awal tahun hari tue. Actually i baru ter-perasan yang story pasal percutian kat Bali hari tue belum complete ceritanya..ada part yang tertinggal untuk dikongsi..part yang i tertinggal adalah part kemuncak pulak tue.... adoii la macam mana la boleh tercicir kan..huhuhu..why I kata ia adalah part kemuncak.. sebab tujuan i p bercuti ke Bali tue pun adalah semata-mata untuk celebrate birthday husband i..so bagaimana mungkin part tersebut tidak diabadikan dalam blog kesayangan I nie kan..hehehe...Sebelum tue kalau ada yang sudi nak baca kisah percutian i di Bali boleh la terjah SINI yer.. =D

Okey bagi yang dah khatam meh kita sambung lagi..-Selepas selesai menonton persembahan kechak dance dan menikmati keindahan sunset di Uluwatu kami terus menuju ke destinasi seterusnya iaitu di Jimbaran..Kalau pergi ke Bali tempat ini wajib dikunjungi okey.. tarikan utama tempat ini adalah restoran2 di sini menyediakan makanan laut yang fresh dan kita dapat menikmatinya sambil mendengar deruan ombak yang memukul ke pantai..sekaligus mencetus satu suasana yang cukup tenang dan romantis gitew... sebab itulah Jimbaran ini menjadi lokasi pilihan i untuk membuat kejutan buat husband tersayang.. 

Actually kejutan ini tak akan berjaya tanpa kerjasama daripada travel agent i.. memang dari Malaysia lagi kami telah sepakat membuat rancangan bagaimana nak buat surprise untuk husband I dan Alhamdulillah semua rancangan kami berjalan lancar seperti yang dirancang..=D

Masa nie kami baru sampai dan tengah tunggu makanan yg diorder..husband memang tak syak apa2 pun la.. dia cuma ingat kami singgah sini just untuk makan malam jer.. 

Ini sahaja yang mampu kami order malam tue.. hahaha.. cukup la kan utk melapik perut.. lagipun harga makanan kt sini boleh tahan mencekik darah jugak la.. set yang I order nie pun dah 80 hengget okey..

So lepas habis makan.. Pak Made datang ke meja kami seperti yang dirancang..Konon2 Pak Made nak ambil gambar kami berdua la.. padahal ada jer tripod.. tapi tak pe husband memang tak syak apa2 pun.. yang sebenarnya tugas Pak Made adalah untuk merakam detik2  kejutan yang  bakal berlaku..then datang pula sekumpulan pemuzik yang dok susun semua alatan muzik mereka betul2 kat depan meja kami.. husband masih jugak tak syak apa2.. sebab memang pemuzik tue akan singgah dari meja ke meja untuk menghiburkan pelanggan.. sedang husband asyik dok fokus kat pemuzik2 tue yang telah bersiap sedia nak menghiburkan kami.. datang seorang pelayan Restoran dari arah belakang husband dengan membawa sebijik kek!!!! dan serentak lagu Happy Birthday dinyanyikan dan diiringi oleh bunyian alat muzik mereka..Yeayyy !!! "Happy Birthday Sayang!" mimik muka husband i memang terkejut giler masa tue..hehehe..pandai dak I buat surprise.. hehehe...


i rasa happy sangat dapat buat husband i happy.. dia tak putus2 cakap yang dia terharu dengan kejutan yang i buat nie..I balas jawab balik.. "Yer la selalunya abg jer yang dok bagi apa yang ayg nak.. kali nie turn abg pulak lah" Wah touching gitew kan..
Husband i juga diminta request lagu untuk dinyanyikan oleh mereka nie.. dia terkedu tak tahu nak pilih lagu apa.. last2 pilih lagu indon jugak.. lagu apa tah i pun dah terlupa.. itu la lama sangat tak update kan.. hehehe
Eh sapa yang celebrate birthday nie... muahahahaha.. tak kisah la.. janji dapat makan kek kan.. For ur info kek itu jugak dibeli oleh Pak Made yer.. memang terbaik la servis yang diberikan. Esoknya kami jalan2 sekejap kat area Pantai Kuta dan kemudian kembali ke Malaysia dengan menaiki penerbangan pada sebelah malamnya...Overall Bali memang tersangat best.. Insyaallah ada rezeki kami pasti kembali ke sini lagi.. FIN..=D


 




You Might Also Like

23 comments

  1. welcome back dear! missing you so much la hehe.

    BalasPadam
  2. lahhh ptt lah lama x nmpk dia.nk masuk rumah baru rupanya~ tahniah~ lahhh best nya bila surprise menjadik kan~ kita yg baca ni pun senyum2 je.hehe

    BalasPadam
  3. Wahhhh bestlah... mt happy giler husband Farah.. bertambah erat lah kasih sayang uolls kann.. :))

    BalasPadam
  4. sweetnya. mesti senyum melebar husband kak kan

    BalasPadam
  5. wah so sweet sis..sekali sekala nak juga buat suami suprise kan hihi

    BalasPadam
  6. wah ptt da lame xnmpk akak,btol2 bz..romantik nyeee dgn hub akak ;) so sweet mcm gule2 kapas

    BalasPadam
  7. moning drop here early moning:)

    BalasPadam
  8. romantiknya u ollsssss... hihiih

    BalasPadam
  9. so sweet...semoga berkekalan till jannah...aamiin

    BalasPadam
  10. sweet nya.. kalau akak jadi hubby farah mesti rasa terharu juga tau..

    BalasPadam
  11. dok tunggu entry terbaru dari farah..at last....wow...romantiknya...

    BalasPadam
  12. bes nya kak. makanan tu nmpak sedap wlopon cekik darah :)

    BalasPadam
  13. Bali memang best kan sis.. idah pun teringin nak pegi lagi... rasa macam byk tempat yg tak singgah lagi...

    Makan kat Jimbaran tu makanan dia kurang sedap kan... idah pernah makan kat situ.. makan ketam dan udang bakar dia kering...

    BalasPadam
  14. bali mmg best klau nk feeling romantic. btw akak mmg sweet taw.

    smoga bbhgia ye..

    p/s maaf lama x singgah n komen..

    BalasPadam
  15. besnta dpat p Bali..romntiknya nampak korang dua ne

    BalasPadam
  16. auwww... so sweet laa... romantis gitu... wahh farah nk pindah gak eh.. bila tu??

    BalasPadam
  17. Sweet dan sgt romntik la akk farah :)

    BalasPadam
  18. Owh sangat terharu. Akk pulak rs nak nangis. Hu hu hu. Hbirthday buat husben farah.

    BalasPadam
  19. As Salam, selamat berhujung minggu..

    BalasPadam
  20. Bali mmg awesome! hehehe...lagi-lagi kalau g honeymoon :)

    BalasPadam
  21. Wow! Romantik gitu.. Mieza yang baca ni pun join touching sekali.. Hehe.. =)
    http://miezashaklee.blogspot.com

    BalasPadam
  22. waaaaaa... bestnya suprise tu menjadi.. saya yang baca pula rasa macam ter'suprise'..haha

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||