Progress Perkembangan Emir 19Mth

10:27


Salam bloggers,
Dah lama farah tak update pasal citer si kecik sorang nie kan.. bukan tak nak update tapi susah betul nak snap gambar budak bertuah sorang nie.. tak reti nak dok diam.. nie pun puas dipaksa baru dapat..bila ada gambar nie baru la best nak bercerita yer dok???? hehehe - Emir & Abg Irfan.. tanpa bantuan Abg Irfan tak dapat la nak snap gambar Emir nie...=D


So far sekarang Emir dah nak masuk 19mth pada 27.01.2014 nie.. sekejap jer kan nak masuk 2 tahun dah.. huhuhu,, rindu nak bau baby baru lahir lagi.. Emir sekarang dah bau masam!! hehehe
Dan sepanjang 19mth nie progress perkembangan Emir sangat bagus.. dan tak susah pun nak jaga dia.. noty sikit2 tue biasa la kan.. 


Okey so far Emir sekarang dah pandai nak mengikut jer kalau kita nak p mana2.. kalau tak bawak mau pecah rumah dengar dia menangis.. nak tinggal kadang tue pun tak sampai hati jugak.. ada sekali tue dia nangis sebab nak ikut farah p kerja.. walaupun masa tue farah memang dah lambat tapi Emir pun pasal sanggup bawak jugak dia pusing seround-dua dulu.. tak sampai hati nak p kerja kalau dok terkenang Emir dok nangis macam tue.. =D



Emir jugak cepat faham apa yang kita suruh.. kalau kita suruh dia buat or ambik something cepat jer dia buatkan.. then kalau kita nak bawak dia keluar pulak dia akan salam semua orang yang ada dalam rumah dulu... lepas tue dia akan lambai2 tangan sambil melemparkan flying kiss.. hehehe.. *sweet.. lepas tue kalau dia terdengar Azan or orang baca ayat Al-Quran dia mesti akan angkat tangan letak kat mulut.. seolah2 dia turut berdoa jugak...hehehe.. suka!! semoga jadi anak yang soleh tau sayang! =D


Apa yang farah perasan lagi Emir sekarang pantang nampak makanan mesti nak makan.. walaupun baru saja cuci mulut tapi bila nampak orang makan mesti dia mai nganga nak makan lagik!! hohohoho.. dan dia sekarang nak makan sendiri tau tak mau suap2 lagi.. tapi faham2 la bila makan sendiri habis bersepah satu rumah dibuatnya..hehehe


.
Memang farah happy sangat dengan semua progress perkembangan Emir kecuali SATU!!! Emir masih tak nak bercakap... amat jarang sekali boleh dengar dia sebut patah2 perkataan walaupun yang simple seperti Mama or Papa.. yang dia banyak sebut 'Tueeee' & 'Nakkkkk'... itu saja la yang dia dok sebut.. kalau nak mintak susu pun dia akan bawak botol susu mai tunjuk depan muka kita.. kalau dia poo poo pulak dia akan mai tepuk pampers kat kita jugak... Normal kah macamni..???? Patutkah farah risau...next month rutin check up Emir.. harap2 tak dak masalah la... Please doakan Emir cepat bercakap na...  :(


You Might Also Like

25 comments

  1. anak akk no 3 tu pun lambat cakap.... pelan2 kene ajar, sabar...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak farah. emir comel! muka nampak dah hensemnya, machonya! semoga emir membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh. cepat2 la bercakap, sian mummy Emir.. nak ajak borak tu >_______<

    BalasPadam
  3. makin encem emir...semoga jadi anak yg soleh..aamiin

    BalasPadam
  4. moga emir sentiasa jadi kebanggaan mama dan papa yer.shomell budak dua ni...

    BalasPadam
  5. InshaAllah auntie doakan yg terbaik buat Emir na.. :))

    BalasPadam
  6. lama tak dengar cite pasal emir..rindu kat dak emir yang sangat well behaved ni..hehe..
    jangan risau farah..pencapaian anak2 kita memang tak sama..lisa pon tak banyak perkataan yang dia boleh cakap..sikit2 and ujung2 je..dah 22 bulan pon..hehe..INsha Allah anak kita membesar dengan sihat :)

    BalasPadam
  7. seronok baca perkembangan anak akak..makin bijak suda emir.tak apala nnti pandaila la tu berckp.biasanya kalau budak cpt jln akan lambat sikit nak pandai brckp..org2 tua bilangla :)

    BalasPadam
  8. seronok kan tengok perkembangan anak2..x sedar dorg dah besar... :D

    BalasPadam
  9. Farah kene bercakap selalu ngn emir.. Fiza pun takde pengalaman, tp itu yg org selalu ckp..

    BalasPadam
  10. Tak perlu risau lah farah. Normal tu. Nnt pandailah bercakap. Non stop sampai tak terlayan plak nanti ☺☺

    Emir sebaya qhalif. Pon x nak ibu dia suap. Nak makan sendiri.

    BalasPadam
  11. comel plak akak tgok dia buat muka macam tu..geram jer....

    BalasPadam
  12. in sha Allah farah..
    lain budak lain perkembangannya..
    nanti sampai masa dh nak becakap, die becakap je la..smpi kita pun xlarat nak melayan..hihi
    xpe..at least byk jugak perkembangan emir..jgn risau2..

    BalasPadam
  13. sentiasa doakan perkembangan anak kak farah . hehe. semoga cepat bercakap. :D

    BalasPadam
  14. semoga Amir cepat bercakap..! selalunya bawa dia bercakap sis,

    BalasPadam
  15. comel belaka...klik iklan di sini

    BalasPadam
  16. sekejap je dah nak masuk 2 tahun.. doakan yang terbaik untuk emir.. insya-Allah dia akan petah bercakap juga nanti..

    BalasPadam
  17. insyaAllah tak lama lagi tu bercakap lah dia.. akak banyak2 kan lah bercakap dgn dia even benda yang tak penting utk dia tahu. gosip2 sikit. hehehe :)

    BalasPadam
  18. comey emir.biasa kot..ank saya yg 18 bln ni pun x brapa pandai sebut. btl2 walaupun rajin becakap dlm bahasa dia.tp kita cakap..dia fhm.saya tengah fkr nk masukkan dia ke taska supaya bila becampor dgn bdk sebaya..pandai la dia cakap nanti

    BalasPadam
  19. Emirrrrr!
    Serius Umi Qi suka baca mama kamu tulis tau...especially ttg progress emir...emir u got new friends here too name Qaiser Ilman...just call in blog arena Qi...hehhe QI pun suka tadah tgn bila dgr azan berkumandang...leh geng kan :D

    BalasPadam
  20. Inshallah xlama lg nt cakaplah dia.Nanti tak terlayan kak farah heheh

    BalasPadam
  21. anak buah nana bulan depan 2 tahun.macam bahasa mandarin pun ada dia cakap,hihi....yg jelas papa,ma,abah(atok),nek(nenek),air,jajah(gajah),ikan,sik(nasi)....hihi

    BalasPadam
  22. dah besar la awak, tak mau adik ker?.. mama farah tolong jawab.. hhiihii

    BalasPadam
  23. hye emir yg comel.. besar nanti mesti hensem.. hee.. muka emir lebih ikot muka hubby farah eh? tp apapun memey comey..

    BalasPadam
  24. dah besar anak bujang akk yang comel ni.. akk jgn la risau.. emir masih ok lagi.. mak sy jga anak orang, umur thun ni 4tahun, kalau cakap ntah hape2 je..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||