Throwback 2013 #Thailand (Last Part ~Krabi)

08:47


Salam bloggers,
Okey nie last part kisah percutian Farah ke Thailand tahun lepas.. Insyaallah lepas settle entri nie farah akan share pulak kisah percutian ke Bali baru-baru nie..

Farah harap hampa semua tak jemu bila singgah kat  sini farah asyik dok bercerita pasal kisah jenjalan jer.. bukan apa farah harap apa yang farah share nie sedikit sebanyak dapat membantu memberikan info kepada mereka yang mungkin sedang merancang untuk bercuti ke sini nanti..=D


Okey la back to the story...Lebih kurang 2jam perjalanan kami akhirnya selamat sampai di Krabi dan tempat pertama yang kami singgah adalah di Gems Gallery.. 


Sampai sini layan ikan2 dalam aquarium besar nie dulu sementara menanti trains ...


Dah macam kat dalam Underwater World pulak kan Sayang.. 


Sebelum masuk harus tangkap gambar banyak2 dulu kat luar.. 


Nie la ex-bos farah.. rindu pulak kat dia..kih..kih..kih.. 
Setakat nie sahaja kita dibenarkan untuk mengambil gambar.. apabila kita dah menaiki train nanti kita tidak dibenarkan untuk mengambil gambar lagi..

For your info kat dalam tue kita akan dibawa melihat proses dimana mereka menjumpai batu permata sehingga ke proses terhasilnya hiasan daripada batu2 permata tersebut.. sangat menarik dan cantik kat dalam tue.. 


Turun jer dari train kita kena melalui sini dulu sebelum keluar.. so boleh la cuci mata sambil tengok liplap-liplap kilauan batu permata kat sini.. semua cantik2.. tapi nak beli memang tak mampu ler.. ribu-riban jugak harga dia.. 


Okey seterusnya kami dibawa untuk makan tengahari di Panyee Village..nak ke sana kita kena naik bot..transport nak ke sana tak termasuk dalam pakej tour kami so kami kena add on RM50 seorang termasuk makan tengahari di sana.. 


See, Emir asyik membuta jer.. memang good boy kan.. senang hati Papa & Mama nanti boleh bawa jenjalan selalu.. =)


Pemandangan yang cantik dapat dilihat semasa dalam perjalanan ke Panyee Village..


Ini la rupanya bot yang kami naik tue..kalau rasa takut better jangan naik.. memang kusss semangat setiap kali bot kami dilambung dek ombak.. 


Seriously cantik giler kat sini.. tapi sayang kami dapat tengok dari jauh jer sebab bot kami tak lalu kat bawah tue.. jeloss kot kami tengok bot lain dok lalu kat bawah tue...


Dari jauh dah boleh nampak Panyee Village nie..


Cantikkkkkkk weyhhhhhh!!!! 


Hah tudiaaaaaaa hampa boleh baca dak tulisan siam tue..tulisan kemain panjang tapi maksudnya pendek jer iaitu Panyee Village la.. 


Sebelum naik kita posing dulu naaaaaaaa....


For your info makanan yang dihidangkan kat sini semuanya halal okey..so sila la makan tanpa rasa was-was.. 


Sememangnya makanan yang disajikan tersangattttt la sedap!!! lauk pauk yang banyak memang membuka selera kami yang dah kelaparan masa tue...memang puas hati makan kat sini..


Selesai makan kami jenjalan cuci mata kat kedai2 jualan yang ada kat sini..rambang mata dibuatnya.. macam2 adaaaaaaa.....


Sementara dok tunggu yang lain.. marilah bergambar lagiiii... 


Wajib singgah sini tau kalau hampa ke Krabi....Next kami meneruskan perjalanan ke James Bond Island pula..


Yeayyyyyy sampai dah.. punya la rameiiiiii orang kat sini.. 


Nie la James Bond Island... tudiaaaaaaa hero dengan anak dia.. hahaha


Memang cantik sangat tempat nie tau..


Bergambar bersama kawan2 pulak.. 


Ingat lagi masa nie..memang kecoh betul..masing-masing teruja nak ambil gambar berlatar-belakangkan batu besar kat belakang tue..riuh-rendah dengan suara kami jer..lucu bila ingat balik..mengalahkan budak2 dah kami semua.. =D

Lepas dah puas menikmati keindahan alam di James Bond Island kami bertolak ke hotel untuk berehat..


Sebelah malamnya selepas Maghrib kami dibawa untuk makan BBQ Steamboat buffet yang famous kat Krabi...jangan risau makanan kat sini halal jugak yer...


Antara items yang diambil oleh kami malam tue.. for your info konsep makanan kat sini adalah buffet..so kita boleh ambik seberapa banyak yang kita nak makan.. 


tapi make sure semua yang kita ambil tue kita boleh dihabiskan.. sebab kalau kita tak dapat habiskan kita akan dikenakan extra caj nanti.. so better ambil tue berpada2 la..jangan tamak nanti rugi.. 


Perut dah kenyang so marilah bersantai sambil jalan-jalan ambil angin malam di Krabi.. 


Kat sini pun lebih kurang sama jer macam kat Phuket.. cumanya kedai2 kat sini tak la sebesar dan sepanjang deretan kedai di Phuket.. 


Pilih jer lebih tapi beli idok punnnnnng!!.


Esoknya dah ready nak balik.. 


Sebelum balik harus bergambar dulu.. Sorry farah tak nak review banyak pasal hotel yang kami stay nie cuma farah memang tak recommend langsung hampa stay kat sini..hotel dia low class sikit dan tak best.. dengan bathtub ada cacing.. ishhhhh meloya tekak bila ingat balik.. kalau la masa tue tak pikir datang dengan group memang farah check out awal2 lagi.. hampeh!! 

Overall farah memang puas hati sangat dengan trip selama 3H2M bercuti ke Thailand nie kecuali hotel di Krabi! - Harga pakej percutian kami ke sini adalah RM470/org sahaja.. Pakej termasuk transport, tour, hotel, makan, dan insurans.. kami hanya perlu bawa duit poket jer untuk shopping..Sangat berbaloi kannn..InsyaAllah ada rezeki pasti akan ke sini lagi.. tunggu Emir besar sikit baru boleh snorkeling sama2 kat Phi Phi Island nanti... Fin! =D



You Might Also Like

26 comments

  1. seronok baca percutian sis kesana..menarik tringin juga nak kesana

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak farah. bestnya! rindu nak jejalan kat Krabi... hehehe. rindu nak shopping, dan makan-makan kat Krabi. heeee lawanya gambar-gambar. murah lah kak pakej tu... ~~~

    BalasPadam
  3. wah..banyak syok la g bercuti..:)

    BalasPadam
  4. Tak pernah gi krabi, dpt baca n3 krabi pon jadilah. Sambil baca sambil membayangkan diri kat krabi. Blh gitew...haha...

    BalasPadam
  5. wah seronok ke thailand
    tak pernah pergi lagi
    tapi memang berbaloi pakej dia ye

    BalasPadam
  6. Krabi ni akak memang teringin nak pergi tapi husband akak kalau cerita bab Thailand ni dia memang fikir banyakkkk kali...sobss...

    BalasPadam
  7. syurga dunia...in shaa allah akan kesana ..terasa teruja bila tgk gambar2 farah ni...

    BalasPadam
  8. Wahhh bestnya krabi. Tasha sempat gi phuket je.Tp time tu pon xbrpa sihat so xdpt nak shoot tmpat2 yg cntik huhwaaa

    BalasPadam
  9. Batu permata! Wow Cantiknya krabi

    BalasPadam
  10. Salam tuan tanah... =)
    Salam ukhwah Farah, nak minta tolong... nak nama hotel tu supaya dapat avoid to stay there =) this is my email address : rz1109@gmail.com thanks for your help.
    Nice story...love it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dear... jap ek nnti farah dapatkan nama hotel tue drp travel agent.. farah dah lupa la.. lagi2 tak suka hotel tue lagi la tak boleh nak ingat..hehehe

      Padam
  11. tak pernah sampai krabi lagi.. sll tgk review orang mcm best je
    lagi2 tgk gambar2 dari review farah ni lagi lah membuak2 hati nak paksa Nizam pergi hehehe
    Nice scenery tgk Farah husband mcm tgh hanimun pulak.. skali tgk emir pun ada hehehe

    BalasPadam
  12. weee. best nya kak.. part makanan tu memang setuju lah kalao makanan thai memang heaven gila ^_^

    BalasPadam
  13. wah..emir memang baby lagi time ni kan..
    gambar farah semua cantek2..:)
    ni mesti cuci tau simpan dalam album wat kenangan :)

    BalasPadam
  14. Ntah bila la akak nak bawak family akak ke sini plak kan...

    BalasPadam
  15. wah.. bestnya.. masanan thailand mesti sedap.. batu kat tengah laut tu memang cantik..

    BalasPadam
  16. korang gi james bond island tp tk mandi kt sana yerk..rugi nyer...

    BalasPadam
  17. Cantiknya Krabi ni.. Kena lebih gigih biuat sales nih.. Kumpul bonus boleh gi jalan2 makan angin.. =)

    BalasPadam
  18. serius mmg seronok sgt baca pengalaman melancong farah kat Krabi nie.. emir boleh tido yer time naik boat.. mmg good boy betui..

    BalasPadam
  19. Suka tengok pemandangan cantik di krabi nie...
    Tapi idah tak berapa suka sangat laut dan pantai... :D panass... dan menghitamkan... hehehehe...
    Apa pun insyaallah nak juga sampai ke situ... :)

    BalasPadam
  20. cantiknya krabi..! emir kecik2 dah dpt pegi krabi.. syoklah.. owh mcm tu pulak eh.. mkn kena habiskan.. mmg kena berpada-pada la eh nk amek mknn tu..hhuhuhu...

    BalasPadam
  21. waaaaaa..bestnyaaa.. menarik tempatnya kan.. dgn mknannya lagi..
    meriah sungguh..

    BalasPadam
  22. aiii bestnye tengok orang berjalan, kalo sendiri yang berjalan lai best, rindu betul nak ke krabi...Pulau Panyee=pulau panji, penempatan orang melayu, tapi bahasa thai translate jadi panyee

    Jemput Keblog Saye

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||