Throwback 2013 # Thailand (Part II ~ Phuket)

10:31


Salam blogger,
Sambung balik citer semalam.. kami sampai kat Phuket lebih kurang jam 7.00 pagi waktu sana.. sampai2 jer bas stop kejap utk tukar kawan2 farah naik kenderaan lain yang akan membawa mereka ke Phi Phi Island untuk snorkeling..disebabkan farah bawak Emir so tak boleh la nak buat Island Hopping... so bagi yang tak join island hopping nie kami akan dibawa untuk City Tour kat area Phuket..^__^

Emir masih ngantok lagi masa nie..

Subhanallah.. cantik sangat laut dia.. membiru jer.. 

Amboi main cak2 pulak anak dengan bapak nie yer..

Yeayy kami bertiga dah sampai kat sini..

Tapi sorry dah lupa la nama tempat nie... setahun dok peram punya citer kan...tapi seriously memang cantik sangat pemandangan kat sini..

kat area bawah tempat nie ada dijual baju bajan.. tapi farah tak beli pun..just tengok2 jer... 

Selepas itu kami dibawa pulak ke Akoya Pearl..Tempat yang menjual pelbagai jenis mutiara..


See, Emir tido jer kerja dia..

Yeayy Emir dah bangun!! 

Tengok macam mana mutiara nie diproses..

koleksi cincin mutiara.. cantik2 kan..

Beraneka jenis barang perhiasan yang diperbuat daripada mutiara.. 

Settle mencuci mata kat Akoya Pearl terus ke hotel untuk merehatkan diri.. Nama hotel kami adalah Hotel IBIS PHUKET.. hotel nie sangat cantik.. ruang bilik agak kecil tapi cukup memuaskan hati farah.. yang penting design dia modern! 


Sunset @ Patong Beach, Phuket!!

Dinner Time.. kami dibawa makan di Hotel Royal Paradise Hotel & Spa Patong.. makan buffet style..  


Makan2 dengan kengkawan ofis..

Perut dah kenyang tibalah masa untuk menikmati suasana malam kat Phuket! 

kat sini terkenal dengan aktiviti kelab malam ler apa lagi kannn.. 

Memang happening betul.. bunyi dentuman music depa boleh didengari kat sepanjang jalan..

padan ler ramai orang suka datang nak enjoy sini kann..

hah nak tengok Muay Thai..siap promosi atas jalan lagi depa nie..

yang nie suasana dekat Patong Beach.. havoc..memang havoc...

Kedai2 Spa Massage memang bersepah la kat sini.. tapi urutan Thai nie keras sikit.. tak macam kat Bali.. farah lebih suka urutan Bali.. 

Bolatttttt lagi mata Emir tak mengantuk yer. padahal dekat kul 11.00 mlm dah nie.. =D

Naik tut2 pusing2 sekitar Patong.. nak jalan kaki dah tak larat..

Singgah Hard Rock Shop beli baju buat koleksi..lepas penat pusing2 terus balik ke hotel untuk tido.. memang lena tak sedar diri!! 

Esoknya sebelum check out jenjalan sekitar Hotel IBIS nie.. ada swimming pool tapi tak sempat nak terjun..ikut tour group nie rushing sikit..huhuhu

My Sayang pun nak jugakkkkkk..

Sesi bergosip sementara tunggu semua orang.. Ada member citer dia lepak kat luar sampai pukul 2pagi.. tahu apa yang dia kata.. time tue semua penari dah bogel tak dak seurat benang pun kat badan dah!! aduhaiiiii sempat lagi depa cuci mata noooo...


Okey babai Phuket!!! Next kami bertolak ke KRABI pulak.. nanti farah sambung lagi na... Bye!!


You Might Also Like

28 comments

  1. ok ai is jeles, ni yang buat nak up entry throwback thailand 2012 ni... 2 kali pergi... satu jalan2 satu honeymoon...hik hik hik...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak farah. perghhh havoc sehh phuket waktu malam kannn. hehe cepat sambung Krabi.. hihi. Kak Farah dah pergi Bandung ke? Sheila dengar sana banyak jual baju baby murah-murah Y_______Y

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam sheila...akak tak pegi bandung la yang.. esok akak g Bali.. tp yes kat bandung mmg banyak baju2 baby.. biasanya jual kt factory outlet..

      Padam
  3. salam. wahhh bestnya di phuket!

    BalasPadam
  4. nampak muka emir tu berkerut...comel..haha

    BalasPadam
  5. seronoknya perjalanan sis ya kecna..memang cntikla pemandangan laut tu

    BalasPadam
  6. bestnya bercuti2 malaysia :)

    BalasPadam
  7. seronoknya Farah jalan2 ;)

    BalasPadam
  8. best nya farah! jeles! hehehe

    BalasPadam
  9. Apa sahaja tempat kat Thailand tu semua memang santekkkk

    BalasPadam
  10. Gambar sangat awesome!best tengok Farah selalu bercuti jauh-jauh..seronok lagi bile dapat pergi ramai-ramai kan..nanti kalau ke Phuket,boleh tanya Farah lagi..

    BalasPadam
  11. nightlife di phuket memang menakutkan kan..huuuuu~ tapi seronok kan farah jalan cuci mata kat negara orang :)

    BalasPadam
  12. syoknye phuket..happening giler..tp bahaya la kalau pegi bwk hsbnd..hahaha

    BalasPadam
  13. x prnah sampai sana lagi.. :(

    BalasPadam
  14. Wahh bestnye kak.Ingt lg first time gi phuket dlm mabuk2 sbb pregnant :) huhuh xpuas

    BalasPadam
  15. Sebut kisah penari berbogel, teringat pula masa sy pergi China dulu. Diorang promote 'tiger show' lelaki dan perempuan secara terbuka di jalanan. Rasa mcm kejutan budaya pula sbb di Malaysia kan tidak 'open' mcm tu. Tapi tu lah org ckp, jauh perjalanan luas permandangan kan sis.. ^^

    BalasPadam
  16. alahaiii Emir tecik je lagi time ni.. skrg ni dah pandai berlari kannn hehehe
    Zaza tak pernah sampau phuket lagi.. Nizam dah pernah pergi.. bila dia bercerita pasal pi phuket rasa nak cekik je leher dia sbb jeles.. la ni tgk Farah up cerita kat sini, Zaza rasa nak cekik farah pulak.. hahahhahahaa (joking) =)

    BalasPadam
  17. ya allah cantik sgt view gmbr korg bertiga tuh...

    BalasPadam
  18. Wooow! Happening sungguh Phuket ni ye? Patutla ramai org suka p bercuti ke sinun..

    BalasPadam
  19. hushhh bestnya jalan2..kalau dpt pergi mmg teruja habisss! :D

    BalasPadam
  20. akak paling suka mutiara tu farah..

    BalasPadam
  21. cantiknya pulau tu farah... berjalan sakan farah ni.. untung la hubby bawakkan.. :)

    BalasPadam
  22. cantiknya laut kt sana.. teringin nk pi phi2 island tu. :)

    BalasPadam
  23. wow.. bestnya kak..kita jalan2 kat malaysia pun tak habih lagi..haha
    meriahnya kak kat sana.. :)

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||