Throwback ~ Penang Toy Museum Heritage Garden

08:30


Salam bloggers,
Hari nie farah nak share satu tempat menarik yang farah dah p terjah baru2 nie iaitu di Penang Toy Museum Heritage Garden yang terletak di kawasan Teluk Bahang, Pulau Pinang..Tempat nie memang sangat sesuai untuk aktiviti riadah bersama2 family dihujung minggu.. lagipun tiket masuk sini pun tak la mahal sangat hanya RM15/adult dan RM10/children sahaja.. 

Sebelum tue harap maaf jika kualiti gambar yang farah share nie kurang memuaskan sebab farah capture guna kamera handphone jer hari tue...semuanya gara2 farah sekali lagi terlupa nak masukkan memory kad dalam kamera..frust giler!!!huhuhu.. - Tips untuk diri sendiri yang pelupa nie.. make sure sebelum keluar rumah check dulu slot memory kad dalam kamera anda tue yer!!!

Okey la tak nak bebel panjang2..Lets checkadut apa yang ada kat dalam Toy Museum nie okeyyyyyy....

Semua patung2 yang ada kat sini saiznya lebih besar dari kita tau.. Ada yang membuatkan kita rasa geram jer dengan kecomelannya dan ada jugak yang buat kita gerun nak tengok..huhuhu

Salah satunya adalah patung Hulk nie la..cer hampa bayangkan dengan mimik muka dia yang ganas tue plus saiz  badan dia yang besar.. boleh mengigau malam dibuatnya...huhuhu 

Bukan hanya patung2 besar jer yang ada kat sini..yang saiz kecik2 pun ada yer..cute jer tengok... 


Bukan anak2 jer teruja nak bergambar dengan patung2 giant nie... yang udahhh kertu2 nie pun sama naik jugak!! Yer la zaman kita kecik2 dulu mana la nak ada patung2 besar gedabak camgini kan...so bila dah ada nie mana boleh lepaskan peluang..hehehe


Layankan jer la gelagat Emir yang takut nak bergambar dengan patung2 besar nie..hehehe

Tapi kalau dengan patung2 saiz kecik steady pulak dia bergambar kann...

Adik Wan farah yang teruja terlebih2..hahaha

Emir and Irfan bersama koleksi patung Superman.. =D

Irfan memang minat sangat tengok citer Spiderman..so bila dah jumpa real depan mata sampai berkali2 dia mintak farah ambik gambar dia dengan patung Spiderman nie hah! 


Antara koleksi patung2 yang ada dalam museum nie.. actually banyak tau patung2 yang menarik yang ada dalam Toy Museum nie...cuma farah jer hilang mood nak ambik gambar banyak2...semuanya gara2 terlupa nak bawak memory kad kamera farah tue la.. 




So kita layankan jer la orang yang tak hilang mood nak bergambar nie okeyyyyyy...kalau nak ikutkan gambar yang paling banyak dalam album adalah gambar anak sedara farah nie haaa... setiap patung yang ada kat dalam Toy Museum nie mesti dia akan mintak Mama Farah dia nie ambikkan gambar...hehehe...


Overall bagi farah Toy Museum nie memang sangat best dan sangat sesuai untuk hang out bersama family dihujung minggu.. 

Cuma satu jer yang tak best pasal tempat nie iaitu tandasnya tidak disediakan paip..Please la kalau yer pun mereka selesa dengan cara tidak membasuh tutttttttt dengan menggunakan air bersih jangan la anggap kita pun sama boleh ikut cara depa jugak.. geli kot kalau keluar tandas tak basuh guna air..kalau air kecik boleh tahan lagi la..tapi buatnya nak melepas hajat besar masa tue...hahhhhh tak sesuaiiiiiiii la kot!!! tak tahu la kot hampa boleh.. tapi kalau farah memang idok ler!!!! So tips buat hampa better settle-kan hajat dulu sebelum datang ke sini k.... =D





You Might Also Like

25 comments

  1. pernah dengar kat penang ada tempat ni.. last year pi penang tak sempat singgah pun..
    Danish & Khairine mesti suka tmpt ni...
    tgk muka Emir mcm takut pun ada, mcm suka pun ada hehehe
    Bab tandas tu mmg lah sepatutnya disediakan paip skali.. mana selesa tak cuci hoiii.. lagi2 org islam.. huhu

    BalasPadam
  2. seronoknya sis..macam2 versi kartun ada ekk.entah bila agaknya dpt ke cna nie :)..haah la kalau kalau bab2 tandas tak ada paip ni memnag susah sesangat

    BalasPadam
  3. besar gabak patung dia! ni kalau tunjuk kat Mira mau lari ke belakang ni hahaha :D

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak farah. bestnya! tak pernah sampai sini lagi. muahahha. kak farah, patung2 ni ada yang dijual tak? hehe

    BalasPadam
  5. yang lain semua seronok..yang bab tandas tu yg tak best

    BalasPadam
  6. Best jgk toy museum ni..
    kalau gi penang bole la singgah..
    tq sharing farrah..

    BalasPadam
  7. kak farah mcm best la..tb da lame nk usha g situ..kak farah da g x kt war museum tuh?

    BalasPadam
  8. amboi! sikecik tu...botol susu tak bolih tinggal..

    BalasPadam
  9. wah..bila lah gamaknya blh smpai sana...hehe

    BalasPadam
  10. Bestnya. Tak pernah gi penang lagi.

    BalasPadam
  11. Memang syok tempat nie... idah dah pernah lawat dah kat Toy Muzeum nie..!

    BalasPadam
  12. kalau bawa balik satu patung tu...hahaha

    BalasPadam
  13. wah beshnyeee...jauh la plak kt penang

    BalasPadam
  14. Wahh kene masukkan dlm list klu g holiday nt..cm seronok je

    BalasPadam
  15. hamboi kak farah , syuk dah terjah 4 blog semua ada patung hulk hijau. huh

    BalasPadam
  16. banyak tpt menarik kat penang yg saya x tau rupanya ... heheheee

    BalasPadam
  17. amboiiii.. jalan sakan ye.. btw lamanya tak singgah blog kak farah..

    BalasPadam
  18. SO kalau nak pergi sini kena membuang siap-siap dulu kan..kalau tak,memang haru...hehe..nanti kalau sampai Penang kena terjah lah Museum ni..mesti Aqil teruja..tengok Gambar2 Farah pon rasa teruja..hehee

    BalasPadam
  19. Wah! Tau kat hubby nih kompem dia ajak pi sini.. Nanti boleh try usha.. Hehehehehe..

    BalasPadam
  20. mesti seram je masuk ke muzium ni waktu malam.. hehe..

    BalasPadam
  21. mcm best jer..tp patung2 besar gerun la plak tgk...hihi

    BalasPadam
  22. sy klau tmpat patung2 ni kurang sikit.. tp klau ada dunia pooh ke, nak juga pergi..haha

    BalasPadam
  23. Tanpa NamaMac 16, 2014

    Akak g toy museum tu bile ye??taun nie Ke??sbb skrg sye kt pineng...akk bls kt email sye ye nurulnabilahyusof@gmail.com..sye nk tau hrge ticket.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||