Tips Menukar Susu Baby ~ From Enfalac A+ ke Enfagrow A+

14:00


Salam bloggers,
Entri sebelum INI farah ada kongsikan tentang kisah Emir sembelit selepas bertukar kepada Susu Enfagrow A+ kan.. and kat entri tue jugak farah ada bagi tahu yang farah akan pastikan usus Emir boleh menerima perubahan bertukar kepada susu tersebut..So agak2 hampa adakah farah berjaya atau terpaksa beralih ke susu formula yang lain??..Ermm kalau nak tahu silalah baca sampai habis dulu yer..Info yang farah nak kongsikan ini adalah berdasarkan kaedah yang farah cuba sendiri.. 

(Throwback dari entri yang lepas tentang kaedah yang farah cuba)

"So what I did.....
I kurangkan sukatan susu Emir..
Before nie I bancuh 7oz susu for Emir..
Tapi sekarang I try 6oz dengan 4 scoops susu jer..
Saja I lebihkan air untuk Emir..
Tengok la perkembangannya macamne nanti..
I harap sangat okey la.."


Kebiasaannya dari apa yang farah tahu ramai ibu-ibu yang cepat gelabah apabila bayi mereka mengalami sembelit setelah bertukar susu. Sama jugak macam farah sebelum nie.. Bila Emir bertukar susu daripada Enfalac A+ kepada Enfagrow A+ farah pun gelabah jugak bila tengok poo poo Emir asyik keras kejung jer.. sampaikan setiap kali Emir nak poo poo mesti dia akan datang peluk farah.. mungkin cara tersebut bagi Emir dapat mengurangkan sedikit rasa sakit yang dia alami..dan setiap kali Emir datang untuk minta dipeluk, hati farah pasti akan tersentuh..tak sanggup rasanya nak tengok Emir dalam keadaan macam tue.. tahu jer la sembelit nie sakitnya macammana kan...farah terpaksa kuatkan semangat la setiap kali tengok Emir merengek kesakitan masa tue..

Setiap kali Emir merengek kesakitan mula la farah terpikir nak bertukar kepada susu formula yang lain, tapi entah la memang berat sangat hati nak tukar susu lain..mungkin kerana farah tetap nak berikan susu yang terbaik nie untuk Emir kot..lagipun susu Enfagrow A+ nie ramai orang kata sangat bagus untuk perkembangan mental dan fizikal anak...so of coz la farah tetap jugak nak berikan susu nie kat Emir.. Yer la Emir hanya BF sampai umur sebulan sahaja...so terpaksa la farah gantikan susu formula yang sebaik khasiat susu ibu jugak untuk Emir..tak kisah la walaupun harganya sedikit mahal berbanding jenama susu formula yang lain..

Pada mulanya teknik yang farah cuba nie iaitu dengan mengurangkan sukatan susu Emir selama 1 minggu masih tidak menampakkan hasil yang positif...Emir tetap jugak sembelit.. farah jadi pelik kenapa pulak jadi macam tue apabila bertukar kepada step 3..padahal masa Emir minum Enfalac A+ sebelum nie okey jer.. Kalau betul Emir tak sesuai dengan susu keluaran MeadJohnson nie mesti masa minum Enfalac A+ lagi Emir dah kena sembelit..So farah nekad meneruskan kaedah yang sama untuk tempoh masa 1 minggu lagi...

Masuk jer minggu ke-2 tue farah tengok poo poo Emir semakin lembut..tiada lagi poo poo yang keras kejung seperti sebelum nie.. dan semakin hari semakin mencair.. Syukur Alhamdulillah akhirnya kaedah yang farah gunakan nie berjaya jugak!!! Rupanya apabila kita bertukar susu kepada langkah seterusnya ia mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk serasi dengan usus baby kita.. Nasib baik la farah tak cepat gelabah bertukar kepada susu formula yang lain kan..

So kesimpulannya adalah sekiranya anak kita kena sembelit jangan terus bertukar kepada susu formula yang lain dulu.. dan jangan cuba kaedah yang macam yang farah buat nie untuk tempoh masa 2-3 hari sahaja...beri masa lebih kurang 2 minggu untuk melihat tindakbalasnya yer..Tapi...tapiii..tapiiii sekiranya kaedah yang farah gunakan nie tidak berjaya jugak dalam tempoh tersebut silalah rujuk baby hampa kepada Doktor Pakar dan mintak khidmat nasihat daripada mereka pulak okey...InsyaAllah semua masalah pasti ada jalan penyelesaiannya...Selamat Mencuba! =D

Okey la sekarang meh layan Baby Enfagrowwwwwwww nie sattttttttt!!





Okey Baiiii!!! @__@






You Might Also Like

37 comments

  1. mak oiii...banyaknya borong....si kembar x leh minum sebarang susu...mesti kena minum S26..mahal nak mati plak tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga bagi ank mnum susu s26 dri lahir sampai skarang..tp ble dah besar sikit nie die slalu sembelit..x tau nk wat cmne..sukatan dah kurang pun mcm tu jgak..

      Padam
  2. betul tu kak.. kena cairkan sikit susu tu.. air lebihkan.. alhamdulillah.. berjaya juga emir dgn susu baru tu..

    kak, emir nampak kurus sikit eh?

    BalasPadam
  3. kena cuba2 jgk.. cri mana yg paling serasi. sy guna susu dutch bby je..
    sofar tak ada problems jgk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. as salam..nk tnye ni..bby u mnum dutch bby ea... bby sy mnum gak..tp npe kerap poo poo ea smpi 7 kali sehari...poo poo dia x keras..x cair..mohon pendapat plz :(

      Padam
  4. mak ai farah..byknye bli susu..huhu..danish pun dulu mnm susu ni..tp skang dh tukar..die nyusu kuat gile skang..tak termampu dh..dh la harga enfagrow ni dh naik..tp susu ni mmg terbaik la..me bole nampak perkembangan danish..farah dh daftar enfamama?cpt2 daftar kumpul point..me baru nk redeem point..member club nk expired dah..

    BalasPadam
  5. wahhh banyaknya sis borong susu enfagrow utk emir :)

    BalasPadam
  6. wah banyaknya stok susu beli, harga boleh tahan tu =)
    saya dulu penah kerja dgn salah satu syarikat tenusu yang
    agak well known tapi bukan meadjohson

    cara lain selain dari kurangkan sukatan adalah dgn bagi banyak air kosong
    ibubapa juga digalakkan memberi buah-buahan

    memang biasanya 2 minggu tapi kalau kita buat ikut
    jadual penukaran susu, biasanya tak akan ada masalah
    nak tukar susu pun ada step walau dari brand yang sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohyeke?takboleh terus tukar mcm tu je? Anak sy minum biolac bila kerap sembelit & selera makan kurang sy tukar S26 terus.

      Padam
  7. kenit pun hadapi masalah yang sama ngan kakak dulu dear. Memang dia akan meneran sunguh2 time nak berak sampai nangis2 pun ada! Lepas tu, tukar susu lain alhamdulillah beransur elok dia.

    BalasPadam
  8. Ash masih setia dengan ANMUM... *_^

    BalasPadam
  9. wpun anak2 Zaza dah besar tapi info ni sgt membantu.. at least boleh lah kutip knowledge dari review farah ni.. :)

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum kak farah. alhamdullilah. thanks bagi tips berguna ni... in shaa Allah, senang nak refer kemudian hari. hehee banyaknya borong susu Emir ~~~

    BalasPadam
  11. risau betul bila anak2 kena 'eksperimen' ni..tp dgn kaedah yg betul xde masalah :) Betul2 nk jd duta susu ke tu..hehe

    BalasPadam
  12. amboi sakan borong susu ya emir... zura pun dulu takut2 gk time nk tukar brand susu...mula2 kitorang beli yg pek kecik je...bila dh ok, next time baru beli yang pek besar...

    BalasPadam
  13. Hai kak fara.Kesiannya emir sembelit.Kita yg besar sembelit pon sakit ni kan budak kecik kan. Tasha masa 1st 2weeks bagi Similac jugak kt baby.Tapi xserasi lh.At last doc suggest kan dumex je,heheh klu boleh nk bg susu yg baik utk otak tp xserasi.Terpaksalah.myb 6buln nt baru tukar susu yg better sikit :)

    BalasPadam
  14. kemain byk tu .. stok brapa bulan agaknya..?

    BalasPadam
  15. wah.. banyak stok susu tu farah.. terima kasih di atas perkongsian pengalaman ini farah..

    BalasPadam
  16. style la rambut emir.. hehehe. suka2. susah juga eh kalau tukar susu baby ni

    BalasPadam
  17. TQ bagi tips ni.. tengah plan nak tukar susu anak gak sebab anak skrg sllu sembelit... :)

    BalasPadam
  18. amboih.. borong susu.. hihi..

    http://doubledeeya.blogspot.com/2014/09/susu-untuk-baby-baru-lahir.html

    BalasPadam
  19. Mase pkai enfalac dlu kurangkn sukatan jugak ke? Sy tgh mncari susu yg sesuai utk baby sbb dy sembelit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa anak minum enfalac..Alhamdulillah okey tak ada masalah sembelit..dan tak perlu kurangkan sukatan.. cuma masa beralih ke step seterusnya baru jadi.. so kalau awk nk try bagi anak minum susu nie jugak.. cuba la kaedah mcm yg sama seperti yg saya share nie..=D

      Padam
    2. Ooo.ok.sy cuba utk dua minggu n tgk mcm mne.risau jgk sbb baby mcm sakit nk meneran dgn susu sebelum ni walaupun sy da kurangkn sukatan. Kali ni cuba enfalac pula.mudah-mudahan sesuai la..time ksh ye.

      Padam
  20. nk tny penah rasa x susu enfagrow ni.? manis sedap x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah rasa..dan selalu rasa.. hehehe.. susu dia manis..tapi tak la manis sangat..sedap jer..=D

      Padam
  21. My Ds pn have the same problem when he consumed step 3 so we changed to novalac DHA. Yes its true enfagrow step 3 is good but when u compare the product of novalac from france, it contains more DHA omega 3&6 until our babies readh to 5 yrs old. While step 4 the DHA will be lesser and lesser.. Juz my 2 cents..

    BalasPadam
  22. Thnx for sharing information ni sis.anak sy skrg dh msk 8bln, minum susu enfalac A.R..t masa nak stahun, sy plan nk tkr g enfagrow.risau bby xdpt trma, n saya nk try keadah yg sis guna ni kelak.

    BalasPadam
  23. Saya bagi susu badan untuk anak saya nak start formula milk . Sebab nak pegi kerja..i dah cuba duch baby. Anak saya langsung tak minun. Tukar kepada s26. Anak saya minum sikit2.tapi dah tau itu bukan susu ibu...dan terus taknak minum. Ada cadangan tak ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. teruskan bagi..lama2 baby akan minum.. jangan putus asa k..;)

      Padam
  24. anak sis msh mnum enfagrow A + ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai dear..tak minum dh.. dah besar ni i bg dia ducth lady jer..:)

      Padam
  25. kak nk tnya.. mase tukar enfagrow emir umur brape ye?

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||