Jom Sahut Cabaran 21 hari Bersama Dove - School of Skindulgence

14:16


Salam bloggers,
Pada 25 Feb 2014 yang lepas, bertempat di The Apartment @ The Curve, farah telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran 'Dove- School of Skindulgence Campaign'. Seramai 50 orang bloggers telah terpilih untuk menyertai majlis pelancaran ini. A big thanks to The Butterfly Project kerana sudi menjemput farah yer...*kiss  ^__^ 


Kempen yang dilancarkan ini adalah bertujuan untuk mengajak para wanita memanjakan diri dengan cara yang lebih cepat dan mudah. Tiada lagi alasan ketiadaan masa untuk menjaga kecantikan selepas ini kerana ianya hanya boleh dilakukan dari rumah sahaja.




The gorgeous Emcee



Info- NutriumMoisture™: Terbukti Secara Klinikal Memberikan Hasil

Koleksi mandian badan Dove dengan NutriumMoisture™ terbukti secara klinikal untuk memberikan hasil. Keputusan daripada satu kajian klinikal yang dilakukan telah menunjukkan, bahawa apabila ia digunakan setiap hari :
  • Kulit badan yang lebih licin dan lembut
  • Pengurangan kekeringan kulit secara signifikan
  • Mengekalkan kecantikan kulit
  • Ton kulit yang lebih sekata


Majlis pada hari itu telah dirasmikan oleh Unilever (M) Holdings Sdn Bhd Brand Manager, Cik Siti Suhaila Abdul Hamid. 



Selesai majlis perasmian, semua peserta dibahagian kepada 3 group iaitu:-

Group A - Kitchen (Eat Right)
Group B - Bathroom (Dove Nourishes Better Than Milk)
Group C - Garden (Stay Active!)

Yeayy farah dalam Group A..macam tahu-tahu jer farah tak pandai masak kannnn!!! =D


Arghhh tak kisah la.. Cabaran harus disahut!!

Dalam Group A (Eat Right) kami diminta menyediakan 2 jenis hidangan iaitu Chicken Salad With Lemon Dressing dan Japanese Soba Noodle With Mushroom. Semua bahan-bahan telah tersedia, kami hanya perlu campurkan jer semua bahan-bahan itu menjadi satu hidangan yang berkhasiat..Memang mudah sangat kan.. pejam mata pun boleh buat tau...


Chef Farah in da house yawww!!


Tadaaaaaaa ini la hasil gaul sana gaul sini daripada Chef Farah Wahida pada hari tue.. Nampak sedap tak!! Oh jangan ditanya lagi, sudah tentu la ianya sedap sehingga menjilat jari beb!


Setelah selesai task masak-memasak tadi farah terus menyibukkan diri ke bahagian Group B (Bathroom Dove Nourishes Better Than Milk) pula. Farah nak try test tahap kelembapan kulit farah nie.. Nak la jugak tahu adakah benar mandian Dove NutriumMoisture™ ini lebih berkhasiat berbanding susu kannn..


Info - Satu penemuan terkini dalam kategori sabun mandian badan, hanya Mandian Badan Dove dikatakan mengandungi formula yang telah dipatenkan dengan teknologi NutriumMoisture™ – ia mengandungi rumusan yang kaya dengan pelembap dan nutrisi semulajadi untuk menambah nutrient kembali kepada kulit.

Info- Dalam satu ujian perbandingan dengan susu, didapati kulit yang dibersihkan dengan NutriumMoisture™ Dove baru menunjukkan aras kelembapan, penyerapan dan kelembutan yang lebih tinggi berbanding kulit yang dibersihkan dengan susu.


Ujian kelembapan ini dilakukan pada kedua-dua belah tangan farah. Tangan kanan diuji dengan menggunakan susu manakala tangan kiri diuji dengan menggunakan mandian Dove. Hasilnya ternyata Dove NutriumMoisture™ adalah lebih berkesan berbanding susu tadi.. Yeayy memang mandian Dove nie terbaik pun.. Farah kan dah pernah share sebelum nie pasal kebaikan mandian Dove ini kat entri INI!


Bersempena dengan pelancaran kempen ini juga, Dove mengajak anda untuk menyertai cabaran selama 21 hari bersama Dove School of Skindulgence. Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu memuat-naik gambar anda ke akaun Instagram anda selama 21 hari berturut-turut. Semua gambar yang dimuat-naik itu harus disertakan sekali hashtag #skindulgence #betterthanmilk #eatright #stayactive. Mudah bukan?


Farah dah pun join Dove-School of Skindulgence ini tadi. So cabaran farah akan bermula pada 08 Mac 2014 dan akan berakhir pada 28 Mac 2014 ini.. Caiyokk!!


Hadiah Utama yang ditawarkan memang sangat menarik tau iaitu Percutian selama 3H2M di KRABI menanti 10 orang pemenang!. Perghh rugi ooo kalau tak join!! 
Selain hadiah utama, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan berupa Dove Body Wash hamper bernilai RM100. So apa tunggu lagi..Jom sertai sekarang!..


Sebelum balik sempat bergambar dengan Azah Yazmin Yusof..Comel kan dia.. =D


Jom ramai-ramai kita sahut cabaran Dove- School of Skindulgence selama 21 Hari ini bersama-sama Farah!!! 
Mana tahu ada rezeki menang nanti boleh pergi bercuti sama-sama ke Krabi. =D






You Might Also Like

29 comments

  1. menarik mcm nak join nie :D..seronoknya kalau la dekat ehehe

    BalasPadam
  2. perghh! bestnyerrrrr :D. Chaiyok! Gempak habis hadiah dia!

    BalasPadam
  3. weee..beshnyeeee...hope dapat invitation gi event macam farah jugak :)

    BalasPadam
  4. wahhhh...makin gebusss laaa Farah nnt ;)

    BalasPadam
  5. Dia pi event! Bestkan dapat join event bagai...

    BalasPadam
  6. Best lah dpt join event mcm ni.

    BalasPadam
  7. utg la dpt jemputan ...

    BalasPadam
  8. wow...menarik ni Farah...good luck dear....

    BalasPadam
  9. best nya farah! rajin join sume benda.rara ni x sempat lah =(

    BalasPadam
  10. wah makin berseri seri lah ahkak lepas ni, penangan DOVE punya psl. ekeke

    BalasPadam
  11. Good job farah...bagus join aktiviti cm nih..yeahhhh cabaran dove bestt...nak tgk hasilnya nanti yeyyy go farah goo!

    BalasPadam
  12. ada aktivit memasak jugak? hehee... mesti best kan

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum kak farah. yeayy kak farah datang juga.. bestnyaaaa...

    BalasPadam
  14. best nye aktiviti yang dianjurkan.. gd luck kak Farah..

    BalasPadam
  15. wah macam best je! nak join mcm mana cabaran dove tu?

    BalasPadam
  16. best nya aktiviti ni kak farah :) kalao memang melancong ke krabi memang best gila :)

    BalasPadam
  17. wah.. menarik tu farah.. boleh masak lagi tu.. hadiahnya lumayan tu farah.. boleh pergi krabi lagi kalau menang nanti.. semoga berjaya farah.. :D

    BalasPadam
  18. bestnya farah! mcm2 aktiviti depa buat eh. gudluck :D

    BalasPadam
  19. Balasan
    1. Sorry tak sempat nak p menyelit kat group c hari tue..

      Padam
  20. seronok nye..blh jmp ramai org, berkenalan dgn kengkawan baru..good luck farah !!

    BalasPadam
  21. Jadi jg Farah mai KL join event Dove ni yer..
    apa2 pn all the best to you dearie.. =)

    BalasPadam
  22. Wahh good luck Farah..nampak happening sangat event ni sebab ada macam-macam aktiviti..Bestnya..Semoga dapat ke Krabi nanti..Amin..

    BalasPadam
  23. Best nya kak farah.Heheheh

    BalasPadam
  24. Bestnya farah..pergi jugak ke event tu ye...Good luck farah..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||