My Baiti Jannati #Tips ~ Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Menerima Kunci Rumah Daripada Pemaju

11:20



Salam bloggers,
Hari nie farah nak berkongsi sedikit Tips tentang 'Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Menerima Kunci Rumah Daripada Pemaju'

Okey perkara yang perlu anda lakukan setelah menerima kunci rumah adalah:-
  1. Pergi ke rumah anda dan check sekiranya terdapat sebarang defect;
  2. Tapi sebelum itu, bawa juga bersama anda Sales & Purchased Agreement rumah anda sebagai rujukan bagi memastikan rumah anda dibina mengikut spesifikasi seperti yang terkandung di dalam S&P;
  3. Pastikan tempoh masa penyerahan kunci rumah anda juga adalah seperti yang terkandung di dalam S&P; - sekiranya pemaju gagal menyerahkan rumah anda dalam tempoh masa yang ditetapkan, anda boleh membuat tuntutan bayaran pampasan kelewatan iaitu sebanyak 2.5% daripada harga rumah anda;
  4. Periksa setiap ruang rumah anda jika terdapat sebarang defect seperti retakan pada dinding dan lantai, kebocoran pada saluran air atau bumbung serta lain-lain kecacatan yang anda rasa perlu untuk dilaporkan kepada pihak pemaju;
  5. Tandakan setiap defect yang dikenalpasti dengan menggunakan masking tape yang berwarna cerah.
  6. Kalau boleh ambil gambar semua defect yang ada;
  7. Catatkan semua defect pada borang aduan yang disediakan oleh pihak pemaju;
  8. Buat satu salinan untuk simpanan anda sebelum menyerahkan Borang Aduan Kerosakan tersebut kepada pihak pemaju;
  9. Sentiasa follow -up dengan pihak pemaju dari masa ke semasa tentang status aduan anda itu dan pastikan kerja-kerja pembaikan tidak delay daripada pihak mereka.


Antara defect yang dapat farah kesan sewaktu membuat pemeriksaan di rumah farah.. Bagi farah semuanya minor defect la.. tak la teruk sangat pun.. Janji kasi settle sudah la...=D


Kalau nak tahu samaada berlaku kebocoran atau tidak sila buka semua saluran air rumah anda.. dan biarkan seketika...Jika ada kesan seperti di dalam gambar ini maknanya anda perlulah laporkan segera kepada pihak pemaju. Macam rumah farah nie selepas farah buat macam tue memang ada kesan basah pada dinding, so memang sah la bocor! 

Sekiranya anda ingin mengesan kebocoran pada bumbung rumah anda pula sila periksa rumah anda semasa cuaca hujan.. Farah hari tue memang p check rumah masa cuaca hujan.. Alhamdulillah tak dak kebocoran pada bumbung rumah farah.. =D



Salah satu defect yang dikesan..Pintu belakang pun tak pasang! Bila buat report depa kata orang curi.. padahal setahu farah memang depa ter-missed nak pasang tue.. farah tahu la sebab farah kerap p tengok progress rumah semasa masih dalam pembinaan lagi..Tapi tak kisah la apa pun alasan depa janji buat bagi elok balik sudah la.. =D



Okey itulah sahaja antara tips yang dapat farah kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri..Next farah akan update pasal house renovation pulak yer.. Tunggu k.. mana tahu dengan perkongsian farah nanti dapat membantu memberikan idea untuk hampa yang tengah planning nak renovate rumah untuk raya nanti ka...So stay tuned!!! ^__^




You Might Also Like

38 comments

  1. Assalamualaikum kak farah. bestnya. nice tips kakak! rumah kak farah kat mana ni? bestnya rumah nak siap dahhh. sila renovate comel-comel ya. boleh datang jenguk nanti. in shaa Allah. semoga dipermudahkan urusanmu kak farah ~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah akak nie kak SP yang.. nnti akak buat house warming jemput datang yer.. =D

      Padam
  2. Wowweeee! congrates dear (^_^). Thanks for the tips, berguna untuk kenit andai dikurniakan rezeki memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.

    BalasPadam
  3. wah bestnye dh ada umah sndiri.huhu..mmg sgt membantu entry psl umh ni.

    BalasPadam
  4. xbeli umah kt pemaju..beli kt owner, kira umah 2nd la..

    BalasPadam
  5. defect ni haruslah di cek betul2 kan... investment besar ni

    BalasPadam
  6. bagus tips dari sis nie..sbb kami merancang dlm proses nak beli rumah :)

    BalasPadam
  7. bestnye dah ada rumah sendiri, rumah teres pulak tuh.. tk sabar ni nk tunggu kelulusan permohonan loan umah zura... hrp2 thn ni ada rezeki nak memiliki rumah sendiri...

    BalasPadam
  8. ingat nak cr rumah lelong..
    tp risau kita x tau dalam mcm na

    BalasPadam
  9. seronoknya.. mst tak sabar nak mendeco kan Farah.. ;)

    BalasPadam
  10. betul tu farah..kena check betul2..pengalaman saya dulu, pemaju kena re-tile kat bilik mandi sebab air bertakung kat satu kawasan sudut (rendah)

    BalasPadam
  11. wah, bergunalah maklumat farah ni
    saya pun tengah tunggu kunci rumah
    dekat mana boleh nampak tempoh masa penyerahan dalam S&P farah

    saya tengok rumah saya dah siap, tapi tak dapat apa-apa berita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya pemaju kena siapkan rumah kita dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kita sign S&P.. kalau lewat pada tue awak boleh claim la.. try tgk kat klausa terakhir dalam S&P.. =D

      Padam
  12. Wahhh...ni mesti senyum2 sampai telinga dah. Nanti boleh le pindah2 barang yang dibeli dulu tu. Alhamdulillah. Biasa la tu farah finishing tu sub-con yang buat jadi mesti tak perfect punya. Janji boleh komplain, depa baiki tanpa charge kat kita.

    BalasPadam
  13. Best lah nak masuk umah baru. Nak tambah lagi, sila spare duit untuk strata title nanti ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah farah tak perlu bayar strata title kak..sebab ada geran..setahu farah strata tittle nie hanya untuk rumah pangsapuri sahaja kan..

      Padam
  14. Terbaikkk....perkongsian farah nih Umi Qi leh copy buat rujukan nanti bila tiba masanya jumpa umah yg diidamkan...thanks farah...cantik umahhhhh

    BalasPadam
  15. Cantik rumah Farah..tips yang berguna!tahniah Farah sebab finally dah dapat nak duduk rumah sendiri..nanti dah pindah,update tau..

    BalasPadam
  16. alhamdulillah,masa dapat kunci dlu ,takde sangat masalah...but thanks tips ni...mesti lepas ni tak sabar nak men deco rumah kan..

    BalasPadam
  17. beznya dapat naik rumah baru....bez jugak la kena cuci basuh satu rumah...hehhehhe
    http://www.chatchantek.blogspot.com/

    BalasPadam
  18. bestnye ade umahhh..kite blm ade umah sendiri lg..anywy, tq for sharing farah..sgt2 berguna.. ;)))

    BalasPadam
  19. nice sharing... ramai antara kita lupa nak cek rumah lepas dapat kunci rumah... huhuh

    BalasPadam
  20. bagus perkongsian ni farah.. tentu berguna jika akak dah beli rumah sendiri nanti.. alhamdulillah dah siap rumah farah.. :D

    BalasPadam
  21. terbaiklah entri kak farah. family syuk pun dapat kunci terus sewa kat orang lain. tak tau ade masalah ke tidak. lps baca ni kena lebih berhati2 la. :)

    BalasPadam
  22. farah beli umah katna kat SP?
    farah, nak tanya lama xnmpak nani, nani sihat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farah beli kat Astana Park Home Siti.. Dekat jugak dengan area rumah lama farah.. Nani Alhamdulillah sihat.. tp besa la kdg tue okey kadang sakit..Nanti nani pun dok sekali ngn farah.. mai la umah farah bila free..=D

      Padam
  23. wakkkkk lawa rumah.nt kalo buat house warming jgn lupa ajak k.hehe

    BalasPadam
  24. tips yg sgt berguna kalau nk beli rumah nanti.. eh farah beli rumah kt sp ke ni?

    BalasPadam
  25. Wahh cantik n besarnya rumah.Dah renovate nt lg lah cantik kan :) jgn lupa share ye kak

    BalasPadam
  26. lawa umah akk.. :) good tips kak.. sekurang2nya dapat membantu.. :)

    BalasPadam
  27. cantik Astana park homes ni. nanti nak p jalan2 situ la. umah contoh ada lg tak?

    http://fafatintin.blogspot.com

    BalasPadam
  28. salam kak..
    nk tnya, grill akak tempah kat sapa? saya area sp jugak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai atin.. Grill tue termasuk dlm pakej renovation umh akak dh.. Tp akak tak suggest buat kat dia.. Tak kemas...ermmm... Try cari yg lain...

      Padam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||