DariDapurMerahFarah | Resepi Roti Canai Segera Sedap

14:26


Salam bloggers,
Hari nie farah cuti..Yeayyy!.. so bila dah cuti rajin la sikit nak memasak kat rumah..Turun bawah buka fridge tengok ada sebungkus lagi roti canai segera.. kalau nak tahu stok roti canai segera nie memang stok wajib ada dalam fridge farah...sebab ianya cepat dah mudah untuk disediakan.. tambah2 time malas nak keluar beli breakfast macam hari nie la.. hehehe

Cara2 nak masak roti canai segera nie pun senang jer.. 


  1. Mula2 panaskan frying pan. kalau boleh guna frying pan yg jenis leper okey.. 
  2. Then sapukan sedikit planta atas permukaan frying pan..
  3. Last sekali goreng roti canai segera tadi pada kedua2 permukaan sehingga keperangan..kemudian siap untuk dihidangkan.. mudah jer kan.. 

Farah makan roti canai nie cicah dengan susu jer tadi..memang sedap!! Selain makan dengan susu... roti canai segera nie jugak sedap dimakan dengan curry atau sardin...nanti la kalau farah terlebih rajin farah share pulak makan dengan sardin or curry k.. Happy Monday!!! Bye..






You Might Also Like

31 comments

  1. sedap kalau makan panas@ kan..

    BalasPadam
  2. ni kalau tak reti lagi tak tahu lah... siap farah buat tuto haa.. hihih

    BalasPadam
  3. tebal jugak roti canai tu ye dear :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak Farah, wallah sedap tu roti canai. heee sheila suka cari kuih muih tradisional skrg ni. heee ~~~

    BalasPadam
  5. ehhh rajinnya sis memasak yer..selamat bercuti

    BalasPadam
  6. saya suka cecah dengan sambal tumis jek.. mak pulak suka cecah dengan gula..

    BalasPadam
  7. roti canai segera gini. eka selalu cicah susu gak hehehe,
    kekadang buat sambal sardin hehe

    BalasPadam
  8. roti canai segera pun sodappp..kalau ada kari lagi best

    BalasPadam
  9. Mommy farah....sep!....mmg roti canai frozen wajib ada dlm peti ais...sbb walid Qi suka sgt....Umi Qi pun suka mamam cicah gula jerk...perghhh sedap kan farah...cantik lah pan u...

    BalasPadam
  10. roti canai segera ni memang boleh tahan farah... Farah ada cerita pasal Abang Emir kat sini... hik hik hik...

    http://www.bubblynotes.com/2014/04/he-loves-everything-in-yellow-fe.html

    BalasPadam
  11. wah..sdapnya farah..:)

    #hadiah dah sampai..thanks farah..:)

    BalasPadam
  12. sedapnya roti canai segera...suka jugak beli... :)

    BalasPadam
  13. cuti...ok..akak jeles....

    BalasPadam
  14. roti canai memang sedap..suka cecah kari ayam..

    BalasPadam
  15. mudah, cepat dan senang.. hehe

    BalasPadam
  16. Jangan makan nie hari2 farahh... :D selain dari high cholestrol dia juga memBULATkan kita dengan cepat... hehehe... salam petang... :D

    BalasPadam
  17. Senang je ada stok roti canai segera.xyah susah2 nak kuar kan heheh

    BalasPadam
  18. sedap, mkn dgn susu paling sedap :)

    BalasPadam
  19. ops!!! ter isntant pulak ek?hehehhe

    BalasPadam
  20. sepp sket farah..same la..suke jgk roti paratha ni!!

    BalasPadam
  21. Mcm sedap jer roti canai segera tu ☺

    BalasPadam
  22. beli brand KAWAN sedap. memang terasa keroti canaiannya...

    BalasPadam
  23. skrg suka roti prata..
    rasa cm lg rangup.

    BalasPadam
  24. saya tiap kali cuba masak roti canai segera mesti tak jadi :( terpaksa beli je huhuhu

    BalasPadam
  25. saya tak pernah beli yang segera ni walau
    memang terperasan kewujudan dia
    nampak gebulah kan, menyelerakanlah pula

    BalasPadam
  26. Nampak sedap aje kan...huhuhu

    BalasPadam
  27. Bestnya cuti. Klw akk pulak suka roti paratha tu. Cicah ngan sardin sedapppp

    BalasPadam
  28. Farah you know what???
    masa I gi family gathering dgn family Nizam haritu kan diorang ada buat bbq..
    on that time my SIL bawak roti canai instant ni.. kitorang pun apa lagi.. bakaq lah roti canai tu.. sedap hoiiiii hahahah... tak cayer cer cuba ;P

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||