DariDapurMerahFarah | Roti Gulung Sosej Bercheese Melelehhh

08:07


Salam bloggers,
Rasanya ini lah kali pertama farah share pasal bab masak2 nie kat blog kann...sebelum nie farah rasa segan sikit nak share dengan hampa bab masak-memasak nie sebab yer la farah nie bukan terror memasak sangat punnn.. just masak yang simple2 tue tahu la..

Tapi entah mimpi apa pulak yang mai hari nie tertiba jer farah rasa macam nak share dengan hampa... tapi bukan la nak share menu yang gempak sangat pun...just a simple menu for breakfast yang farah masak untuk kami anak-beranak baru2 nie..

Menunya adalah Roti Gulung Sosej Bercheese... Ermm senang jer pun nak buat kann...orang lain mesti dah master dah masak menu camgini...hehehe

Bahan2nya:-
  1. 5 keping roti Gardenia
  2. 5 ketul sosej
  3. 5 slices cheese 
  4. Breadcrumbs (serbuk roti)
  5. 2 biji telur dan garam

Cara2 nak buat:-

Mula2 sekali kita rebuskan sosej2 tadi beberapa minit dan kemudian ditoskan..

Buang bahagian tepi roti dan dileperkan seperti di dalam gambar..


Seterusnya letakkan  slices cheese di atas roti tadi.. *kalau nak letak cheese separuh pun boleh.. ikut pada taste masing2 la yer.. macam farah lebih suka cheese yang banyakkkk...so farah letak sekeping terus.. baru la melelehhh kan...

Kemudian celupkan roti2 tersebut ke dalam telur yang telah siap dipukul..

Selepas itu golekkan pula di atas breadcrumbs untuk menambahkan lagi keranggupannya..

Setelah itu, goreng roti2 itu di dalam minyak yang betul2 panas sehingga warna menjadi keemasan..

Dan tadaaaaa dah siap untuk dihidangkan!!! Mudah dan cepat disediakan.. =D


Nyumm..Nyumm..Nyumm...Sedap tak mama masak nie Emir??? hehehe - Selamat mencuba!!






You Might Also Like

26 comments

  1. emir cakap sedap!heee..kakak nak sikit boleh emir :-)

    BalasPadam
  2. wahhh! sedap ni farah, kenit harus cuba untuk anak2, diaorg suka makan sosej ni :D. Thanks for sharing dear :)

    BalasPadam
  3. wah..mesti emir suka mama dia masak...

    BalasPadam
  4. okay, sedap...sally nak cuba jugak la nnt :D

    BalasPadam
  5. sunggu sedap..nak try la nanti farah..terliur pulak pepagi ni

    BalasPadam
  6. Sedap. Dah lama tak buat sosej cheese nih.

    BalasPadam
  7. meleleh liur da ni...hhaaa

    BalasPadam
  8. terliur akak tengok.. sedapnya.. emir pun nampak suka makan..

    BalasPadam
  9. sedapnya..lya nak cubala mcm tu :D

    BalasPadam
  10. alhamdulillah..moga jadi anka yg soleh..aamiin

    BalasPadam
  11. cam sedap je...dh masuk tengah hari nie..huhu

    BalasPadam
  12. Fuh nampak sedap..leh try ni wat utk anak2..

    BalasPadam
  13. nanti zura nak buat la utk anak2..blm pernah buat lg...blh la ganti mknn lain sbb anak2 liat nk mkn nasi skrg..

    BalasPadam
  14. Wah!! macam best je. ok roti gardenia ada, sosej ada, orait yang serbuk roti xder so try buat for menu buka puasa today. Tq sharing. love it.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum kak Farah, wahh senang rupanya. terliur tengok cheese pastu hotdog tu. fuhhh Emir pun berselera jadinya ~~~

    BalasPadam
  16. Pergghhh nasib idah tak makan sosej... kalau tak mau terjebak gak nie.. :D

    BalasPadam
  17. adeh lapar tengok cheese leleh =)

    BalasPadam
  18. Wah nak kene buat ni.Cantiklah periuk kak fara.Beli mana ?

    BalasPadam
  19. mmg berkhasiat untuk emir.. >_<

    BalasPadam
  20. Amboiii makan sakan mama dia masak eh... Akak selalu gulung gitu je letak tepung bagi lekat tak celup telur dah dan tak buang pun tepi roti dasar pemalas kan...ehehehee...

    BalasPadam
  21. sedapnya kak.. tp mak sy kalau buat tak letak cheese pun dlm nya..hehe

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||