Kesabaran Aku Ada Tahapnya!!! Tapi Bila Dah Meletop Maka Inilah Jadinya!!!!

01:23


Salam bloggers,
Hari nie farah ada satu pengumuman penting yang farah nak share dengan hampa semua.. hal nie tak perlu lagi kot farah pendamkan lagi.. sebab kesabaran farah pun ada limitnya jugak.. so bila dah lama dah bersabar tapi hal nie tak jugak settle2...so satu langkah yg lebih besar harus diambil demi kebaikan bersama..cukuplah dah setahun farah biarkan jer dan ikut rentak orang itu dengan harapan hatinya akan terbuka utk selesaikan semua yang telah dilakukan olehnya terhadap farah...

Kalau nak tahu hal ini jugak telah menjadi kes polis.. tapi malangnya tiada tindakan diambil oleh pihak berwajib untuk membolehkan farah mempertahankan hak farah.. jadi cuba hampa bagi tau kat mana lagi perlu farah mencari keadilan????

Semasa farah buat laporan polis.. IO yang handle kes farah memberitahu yang farah perlu merujuk kes ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna.. tapi bagaimana boleh farah merujuk kes ini disana sebab pihak tribunal pengguna hanya boleh cover kes yg tuntutannya dibawah RM25k sahaja..sedangkan kerugian yang farah alami lebih daripada jumlah tersebut.. Okey fine!.. tribunal dah tak boleh nak membantu dah..

Lepas tue IO tue suggest pulak farah ambik khidmat lawyer utk fight kes ini.. tapi bila difikirkan balik duit yg dah rugi tue pun belum tentu boleh nak dapat nak tambah kos kerugian lagi ke untuk bayar lawyer..Tahu2 jer la lawyer fee nie bukannya murah kan... memang betul kalau kes yg kita fight tue menang semua kos adalah tanggungan orang itu.. tapi dalam keadaan sekarang mana nak cekau duit dah nak dulukan semua lawyer fee tue.. mereka2 yang terlibat jugak tidak bersetuju untuk mengeluarkan duit lagi... farah faham.. yer la sapa nak bertambah rugikan.... SO PERSOALANNYA SEKARANG PIHAK MANA LAGI YG DAPAT MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH FARAH NIE????

Adakah zaman sekarang nie orang yg melakukan jenayah senang2 jer boleh terlepas macam tue sahaja.. sedangkan orang yg ditipu pulak terpaksa menanggung kerugian dan menelan sahaja segala tomahan orang yang sedikit sebanyak telah menjejaskan nama baik kita...DIMANAKAH KEADILAN ITU????

Kalau hampa nak tahu tentang apa yg farah bebelkan nie jangan lupa ikuti berita di ASTRO AWANI, TV ALHIJRAH & TV9 pada malam ini!!!!(7.5.2014) InsyaAllah selepas keluar kes farah nie kat TV... farah akan berkongsi pulak dengan hampa apa yg sebenarnya telah berlaku.. dan apa yg bakal farah kongsikan itu nanti adalah supaya apa yg telah berlaku kat farah tidak berlaku kat hampa pulak.. So nanti jangan lupa tengok 3 saluran yg farah bagi tahu tue okey... Bye!

UPDATED!
AKAN DISIARKAN PADA HARI INI (08.05.2014)










You Might Also Like

31 comments

  1. Macam besar je kes farah ni.moga allah permudahkan urusan farah insyallah..

    BalasPadam
  2. Uiks...siap msuk tv..psl ape yee? Mlm ni ke mlm td? Huhu...ciannya awk..lbh 25k perghh..

    BalasPadam
  3. apapun, fight sampai memang dan hak kita yang dicabuli itu dapat digantirugi!!.. all the best farah.. jangan putus asa!

    BalasPadam
  4. Ya Allah....farah...hug u babe!
    SubhanaAllah....meremang Umi Qi baca entry farah kali ini...ttg hak pembelaan...betul tu...sekarang org buat jenayah kita yg kena tggung plak risiko utk settle kan masalah ini...bukan sikit...sure beriban gak...ya Allah moga dipermudahkan ye....Umi Qi x dpt tonton tv lg buat masa ni...byk urusan di opis huwaaaaaaa....hrp sgt dpt lihat channel TONTON nanti...

    BalasPadam
  5. masalah besar tu sis..satu kerugian yg besar

    BalasPadam
  6. Allahurobbi apa yang terjadi dear? InsyaAllah kenit tengok malam nanti di tv.

    BalasPadam
  7. lahaiii..nape ni farah..siannye..kes berat jgk ni spi masuk tv..sabar ye farah..
    mintak2 la dapat tgk tv..sbb mb ktorg nk kuar mlm ni..siannye..sabar ye farah..sakit ati jgk klu dah spi ribu riban..duettt tuuu..

    BalasPadam
  8. ye la kan tahap kesabaran ada tahapnya

    BalasPadam
  9. Kak..apapun sabaq byk2 ya..semoga dipermudahkan

    BalasPadam
  10. be strong farah !hug

    BalasPadam
  11. awat sis,,,siap masuk tv lagi ne....

    BalasPadam
  12. Doa orang teraniaya itu malbul Farah...jangan berhenti berdoa moga akan ada penyelesaian terbaik atau mungkin akan ada rezeki yang lebih baik.

    Akak doakan agar semuanya akan selesai segera dan Faranh akan mendapat keadilan sewajarnya.

    BalasPadam
  13. kes berat ni Farah.. kalau dah melibatkan semua pihak for sure u kena defend diri u untuk dapatkan hak u balik..
    I'll always support u dear..

    BalasPadam
  14. serius bunyinya farah... akk doa supaya dipermudahkan urusan dan berakhir dgn baik

    BalasPadam
  15. semoga dipermudahkan segala urusan ye Farah....

    BalasPadam
  16. ape kes nye ni...siap keluar tv lagi nie...sure isu besar...

    ape2 pun moga semua dipermudahkan yeak dear....

    BalasPadam
  17. sabaq banyak2 na kak farah.. xsabaq pulak nak tau benda apa mcm kronik sangat . harap di permudah kan la ya kak

    BalasPadam
  18. Besar kes ni..akak mendoakan agar farah sentiasa dilindungi dan akan mendapat hak yang sepatutnya..Aminnn

    BalasPadam
  19. oga allah permudahkan urusan farah insyallah.

    Salam singgah & Salam perkenalan =)

    BalasPadam
  20. kes ape ni??try jumpa jabatan bantuan guaman..cerita problem... fee cuma RM 2 sahaja.. kalau area putrajaya ni dekat presnit 3...depan masjid sultan mizan tu

    BalasPadam
  21. semoga farrah tabah melaluinya serta ada pihak yg sudi membantu . semoga dipermudahkan urusannya ...

    BalasPadam
  22. Haih..tak sabar nak tau kesnya..so akan tunggu kat depan TV malam karang..nanti Farah cerita dengan lebih details k..Thank uu..

    BalasPadam
  23. as salam kak. allah maha mengetahui. sbaar dan sabar. kak baca MAGHFI QALBI GHAIRULLAH. insyaallah ok kak tenang je :)

    BalasPadam
  24. Macam kes besar jer nih. Harap2 tak terlepas tgk berita malam ni. Nak tau gak kisahnya.

    BalasPadam
  25. awat ni farah? serius bunyi nyer tu
    cer cite, TV tak sempat tebngok pula semalam

    anyway saya ada tag kamu dalam liebster award
    nak bagitahu malam tadi tak sempat...hehe
    liebster award

    BalasPadam
  26. mmg besar kes kak Farah nie.. berani kerana benar..

    BalasPadam
  27. Sally tak perasan berita smlm kak sbb sibuk sangat dengan assignment...sally harap cepat selesai kak...mmg byk kerugian yg akak kena tanggung tu...

    BalasPadam
  28. Nih dh jd kes besar kalo smp msuk tv

    BalasPadam
  29. ni betul2 kes berat ni smp masuk tv segala...semoga dipermudahkan segala urusan dan farah mendapat pembelaan

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||