Majlis Kesyukuran & Birthday Emir Yang Ke-2

12:58


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

Hari nie dah masuk hari ke-3 kita berpuasa kan..bagi farah so far so good..Syukur Alhamdulillah masih berpeluang menyambut Ramadhan kali nie.. dan harap Ramadhan tahun nie akan lebih baik dari sebelumnya..Aminnn...

Okey la sebenarnya hari nie nak story pasal majlis kesyukuran dan sambutan hari lahir Emir pada hari Sabtu yang lepas iaitu sehari sebelum Ramadhan..tak perlu kot nak buat mukadimah panjang2..apa kata kita teruskan jer la dengan sesi mencuci mata dengan layan semua gambar2 kat bawah nie...hehehe..biasa la bulan posa kan.. tak larat nak taip panjang2...hahaha

Sehari sebelum majlis of coz la kena make sure rumah bersih kan...sampai kul 3.30pagi kot baru settle kemas rumah..huhuhu..

Canopy pun dah siap pasang sehari sebelum majlis jugak.. farah pilih Arabian Canopy dengan tema color purple.. Actually color tema untuk majlis nie dah jadi cacamarba dah sebenarnya..dah tak follow color tema FIFA lagi dah..huhuhu.. itu la orang kata kita merancang tapi Allah yg tentukan.. alaaaaaa farah tak kisah pun janji cantik sudah lerrrr... =D

Untuk makanan pulak farah tempah Nasi Susu..Ayam Goreng Berempah.. Daging Masak Hitam.. Jelatah..Pisang dan Air Oren..Alhamdulillah semua puji sedap.. =D

Masih menggunakan khidmat group berdah yang sama masa Emir berendoi dulu jugak.. tapi kali nie ustazah2 baca doa khas untuk masuk rumah dan doa selamat sempena Birthday Emir.. 

Macam biasa.. kalau tak bergambar tak sah la kan...heeee

Thanks sedara2 yang sudi membantu kat dapur merah i yer.. sambil buat kerja sambil kami pot pet..pot pet.. sesekali dapat berkumpul macam nie mesti la ada macam2 story nak gebang kan..

Souvenir khas untuk group berdah.. 

Dah selesai bacaan doa terus ke upacara potong kek.. kek Emir masih mengikut tema lagi..cantik tak kek Emir??? hehehe.. mesti la cantik...rasa pun sedap tau..kek nie farah tempah kat ex-PSH ofis.. thanks yer ain..memang puas hati sangat.. =D

Candy Buffet Emir pun farah deco ala kadar jer..tak sempat la nak p beli props..huhuhu

Emir...Papa & Mama sayang Emir deep2 tau...Papa & Mama sentiasa mendoakan Emir supaya membesar menjadi seorang anak yang soleh & membanggakan Papa & Mama.. 

Oh ya ada yang tanya..katanya tema FIFA World Cup...tapi kenapa outfit kami tak ikut tema.. okey meh sini nak bagi tahu yer.. majlis nie kannnn farah buat sekali dengan majlis kesyukuran.. kannnn panggil group berdah baca doa.. tak kannnnnn laaaaaaa nak ber-jersi bagai pulak kot... hehehe.. tak sesuai la...nanti terkejut ustazah2 tue kalau tengok kami pakai macam orang nak p main bola pulak..hahaha 

so untuk menghormati majlis tue kita kena lagi pilih outfit yang sesuai sikit kan.. =D

walaupun tak pakai jersi.. tapi coklat2 masih lagi mengikut tema FIFA World Cup yer...hehehe

Masa nie Emir dah naik angin dah sebab farah tak nak kasi dia pegang pisau potong kek tue..merajuk sampai kek pun tak nak makan.. hehehe..

Sorry la Emir kalau Mama tak ambik pisau tue rasanya hancussss kot kek tue dikerjakan oleh Emir..hehehe...noty tau anak mama sorang nie..=D

Sebelum ustazah2 nie balik..farah mintak birthday boy yg bagi souvenir.. ambik berkat la orang kata.. hehehe

Sempat lagi tue depa dok meniaga kain2 dari Vietnam...lawa2 tau..

Masa nie majlis dah tamat dah.. tengok la Birthday Boy pun dah hilang baju dah...tinggal pampers jer.....hahaha

Syukur Alhamdulillah majlis hari tue berjalan dengan lancar... terima kasih banyak2 buat saudara-mara, sahabat-handai..dan jiran tetangga yang sudi datang untuk memeriahkan lagi majlis farah tue..InsyaAllah ada rezeki lagi raya nie kita buat BBQ pulak na...Bye.






You Might Also Like

28 comments

  1. Syukur alhamdulilah...meriah sungguh majlis birthday emir dan majlis kesyukuran...mama farah ni sangat rajin...pandai dia deco rumah baru nampak sangat cantik dan kemas...suka tau tengok car porch besar sonok nak buat jamuan sendiri puas hati

    BalasPadam
  2. seronoknya tengok gambar2 nie...alhamdulillah...dah selesai kan..

    BalasPadam
  3. wah meriahnye majlis!
    seronokkan kumpul ramai-ramai cam gini =)

    BalasPadam
  4. Syukur ALhamdulillah semuanya berjalan lancar..suka tengok rumah Farah..cantik n pandai deco..suka-suka..hehee..Emir pon mesti happy kan sebab majlis dia walaupun cranky tapi biasalah budak kan..makanan semuanya nampak sedap..candy buffet pon cantik..tahniah Farah..

    BalasPadam
  5. meriahnya majlis.. mesti semuanya berjalan dgn baik kan Farah..
    Emir.. happy belated birthday yer. :)

    BalasPadam
  6. meriahnya majlis semoga emir membesar dgn sihatnya

    BalasPadam
  7. alhamdulillah majlis berjalan lancar. kot la semua pakai jersi terkejut pulak ustazah-ustazah tu semua. Asalkan kek ikut tema OKlah tu

    BalasPadam
  8. alhamdulillah majlis yg sederhana penuh keberkatan kan sis..moga emir jadi anak yg soleh buat sis sekeluarga

    BalasPadam
  9. bestnye kn dapat kumpul reramai.. alhamdulillah semua dah selesai.. amir jadi budak baik ye sayang..

    BalasPadam
  10. alhamdulillah..selesai dh..meriah majlis..cantik kek emir..nasib pisau tu xdpt kt emir..klu x abis la kek tu..hihi..hepi besday emir..semoga membesar menjadi ank yg soleh yer syg..

    BalasPadam
  11. bestnya tengok majlis birthday yg siap ada tema mcm nih..:)

    cantik rumah akak..terasa nak ada rumah sendiri plak..hehehe..

    BalasPadam
  12. terbaek ler kek besday emir,
    hepi belated birthday buat emir,
    meriah sungguh majlis dia.

    BalasPadam
  13. selamat hari lahir emir. moga membesar dengan baik

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar. Cantik rumah farah ☺

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum kak farah. alhamdullilah. bagusnya buat majlis kesyukuran masuk rumah dengan untuk anak sekali. hehehe amboiii emir tinggal pampers je? hihiiii

    BalasPadam
  16. cantik laa kek emir tu... :)

    BalasPadam
  17. Meriah sungguh. Nak buat candy buffet jugak tapi x de peralatan. Mangkuk mangkuk candy yg cantik cantik x de. Meja dgn skirt meja pun x de. Hu hu hu

    BalasPadam
  18. happy belated birthday emir.. jadi anak yang soleh.. meriah betul majlis hari jadi emir..

    BalasPadam
  19. xpela kan.xikit tema pun..jnji majlis bjln dgn lancar kan

    BalasPadam
  20. xpela kan outfit xikut tema fifa asalkan mjlis bjln dgn lncar

    BalasPadam
  21. Meriahnye.. pandai la kak Farah buat majlis2 mcm nie... mesti penat kan.. cantiknye deco rumah dan majlis..

    BalasPadam
  22. meriahhhh...

    eik... tu tggl pampers je tuuuu pns da ke ;-)

    BalasPadam
  23. suka dengan hiasan dalaman tu . warnanya nampak serasi ... nice .

    BalasPadam
  24. wah meriah sungguh...boleh jadi rujukan nih...


    btw, nak jemput semua orang memeriahkan Islamic Kids fair pada 27-29 Nov 2015 MALAYSIA ISLAMIC KIDS FAIR di SACC MALL SHAH ALAM, ada macam2 aktiviti untuk anak2 MALAYSIA ISLAMIC KIDS FAIR

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||