#ProjekDecoRaya~ Idea Dekorasi Bilik Tidur Utama

08:18



Assalamualaikum My Precious Readers...

#ProjekDecoRaya la sangatttt..sebenarnya tak dak la nak deco apa sangat pun cuma nak ubah sikit2 jer bilik tido farah nie sempena raya yg bakal tiba...sekarang nie nampak macam tak berseri jer kannn.. Ermmm rasanya ada dua tiga benda kot yg nak kena add on untuk naikkan semula seri bilik tido farah nie...

Antaranya maybe nak letak hiasan dinding kat atas kepala katil tue...tapi tak tahu sama ada nak letak frame gambar sendiri or gambar lukisan..Ermmm kalau letak frame ayat kufi sesuai tak??? ke nak buat wallpaper???

Kat depan katil pulak farah plan nak pi beli karpet bulu2 yang tenggelam kaki tue..kalau boleh nak color purple...jakel kan sekarang dok buat promosi gila2 untuk karpet.. diskaun sampai 80% lagi....ke nak letak kerusi lagi cantik???

Kat tepi katil pulak plan nak beli bedside table dan jugak lampu cantik..yang dok ada tue bukan bedside table pun tapi stool free yang farah dapat masa beli sofa.. hehehe..so wajib la kena tukar kan.. tak sesuaiiiii farah oiiii!

farah ada google beberapa idea dekorasi yg boleh digunapakai untuk serikan bilik farah nie.. okey meh layan gambar...

Design nie memang kena sangat dengan citarasa dan jiwa farah... suka sangat design yg ada diamond2 nie.. background tue rasanya wallpaper kan.. Suka!!!

Yang nie pun suka.. simple dan cantik.. atas kepala katil kalau letak gambar lukisan macam nie la rupanya yer...Nice!

Kalau letak frame tulisan kufi akan nampak lebih kurang macam nie la..sejuk jer mata memandang kan..rasa islamik sangat!!! 
  
Fuhhh... design yang nie pun suka jugak.. tapi nak kena tunggu Emir besar sikit dulu.. bila Emir dah start tido di bilik dia sendiri boleh la buat design macam nie..suka..suka..suka...


Design nie pun cantik.. nampak elegant.. ala2 seperti kat bilik hotel gitu kan.. 

Picture yg last nie idea dekorasi kalau letak frame bergambar..farah dok berkenan nak letak gambar besar yang macam kat rumah Amber Chia tue.. biar penuh satu dinding.. nampak gah kat situ kan.. Ermmm tapi entah berapa la kosnya kalau nak buat macam tue kan..hehehe

Okey itu jer la antara beberapa idea dekorasi untuk bilik tidur utama yang sempat farah google.. semua cantik2 kan..hampa jangan la tengok saja.. meh la bagi idea sikit macam mana nak serikan bilik tido farah nie..pening ooo bab2 nak men-deco nie... =D





You Might Also Like

31 comments

  1. klu saya , tak suka byk sgt brg . rasa sesak lak . cukuplah hiasan di kepala katil , lampu di sidetable, kerusi cleopatra kat sisi tingkap n ada satu tv berhadapan katil .

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la..farah pn suka yg simple tapi mesti nampak elegant.. actually kat depan katil tue memang dah ada tv kecik..hehehe.. Ermm okey jugak idea letak kerusi cleopatra tue kat sisi tingkap.. akan dipertimbangkan..thanks dear..=D

      Padam
  2. Julia bagi idea nak farah, jom tempah frame gambar keluarga atau kufi art kt airiswalldeco...click je kt FB ada...murah pun murah...frame sgt ringan...hehhe julia pun dah deco frame kt bilik tidur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks jue.. sekarnag jugak nak p skodeng kat FB dia.. kot2 ada yg berkenan..=D

      Padam
  3. salam sis. semua deco tu cantik+ :))

    BalasPadam
  4. Kalau ruang bilik luas apa pun boleh buat Farah..

    BalasPadam
  5. saya punya bilik tidur pun tak berdeco lagi farah
    guna apa yanga da aje dulu
    tapi saya rasa kalau guna yang design tu cantik kot
    bilik farah =)

    BalasPadam
  6. Besarnya bilik farah. Bilik akk siap ada katil extra anak lagi. Umo dah 8 tahun tapi stil tido dgn ibu. Yg umo 5 tahun tu ok la jugak. Nak deco cane tu. Bilik pun tak la besar sgt. Farah dok mana. Mesti rumah cantik ni.

    BalasPadam
  7. suke gambar yg ke 2 ngan 3..simple je..nmpk xsarat sgt..ala..bilik farah skang ni pun dh ok..cume mcm yg farah ckp, kene letak carpet kt depan katil tu n frame kt kepala katil..klu sarat sgt mcm xsesuai..kite kan ank kecik lg..hihi

    BalasPadam
  8. Asslmkm kak.. Besarrrrrr nya bilik akk.. Syok betul... Klau sy suka design yng kaler purple tu.. :)

    BalasPadam
  9. kak farah muni suka yg tlisan kafi t0. nampk sjuk n kemas :)

    BalasPadam
  10. kalu tmbh perabot tu, better cari warna yg sm...kalu hitam, semua hitam...
    langsir pulak, cari yg ada corak / berbunga.
    kalau dinding ada wallpaper, langsir plain mmg sesuai.
    letakkan unsur hidup mcm bunga, dedaun atau ranting.
    maksima warna utk seluruh bilik = 5.
    kalau lebih sesak mata ;-)

    sekian, dr pakar deco yg x berapa nk pakar.. ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wowwwwww anies.. idea yg sangat bernas..akak suka idea aneis tue.. Thanks dear..=D

      Padam
  11. Assalamualaikum kak Farah, wah warna hijau tu dari dulu sheila dah aim. ahhaha teringin sangat nak buat gitu. hehehe kena tunggu ada rumah sendiri dulu la nampaknya. hehehe ~~~

    BalasPadam
  12. sy suka yg hiasan kt kpla katil dgn tulisan kufi tuh tp style bilik mcm yg kaler purple

    BalasPadam
  13. hat ijau yang ada kufi tu cantik farah... tenang jer mata melihat... :)

    BalasPadam
  14. Salam Kak Farah, seriously, yang ada tulisan Kufi tu memang cantik..waahh..nanti dah siap decor jangan lupa updates taw...tak sabar nak tengok.. :D

    BalasPadam
  15. cik nor tak pandai sgt nak deco..hihik

    BalasPadam
  16. Pergghhh! Anim berkenan dan yg kaler ijau tu :)

    BalasPadam
  17. tak pandai bab deco ni, tapi suka yang hijau ayat kufi tu..sejuk mata memandang. lagi satu, bilik tidur memang kena ada bedside table. preferably ada drawer.dapat apit kiri kanan lagi comel.taruk lampu tergantung cam biasa kita tengok kat hotel..

    BalasPadam
  18. kalau aida ~ kepala katil tu aida letak wallpaper pilihan hati. aida suka corak elegan but kena sesuai la dgn tema perabot tidur. yes, tepi tu letak side table dgn lampu tidur yg juga kena sesuai dgn tema perabot tidur. depan katil tu aida setuju dgn letak karpet bulu tepal dan sofa simple...

    BalasPadam
  19. cantik bilik farah..
    rasanya konsep tu pun dah ok.. tp kalau Farah suka modern boleh cari konsep lagi kot.. hehe

    BalasPadam
  20. Cantiknya bilik sis semua memg cntik2

    BalasPadam
  21. Akak suka yg simple but elegant. ...janji selesa...kan?

    BalasPadam
  22. cantik2.. semue fifi suke.. farah.. cantik sangat katil farah..

    BalasPadam
  23. bagusnya maklumat yang disampaikan..kalau ada rezeki saya nak tukar bilik saya macam yang admin suggest...thanks..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||