Tazkirah Jumaat & Takziah Buat Pesawat MH17

07:54


Assalamualaikum
Sedikit tazkirah untuk hari ini 



Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.

Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

----------------------

Jika tiada rezeki wang ringgit,mungkin diberikan rezeki kesihatan.Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

--------------------------

Jika tiada rezeki kereta mewah,mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

-----------------------

Jika tiada rezeki rumah yang besar,mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

-----------------

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

-------------------

Jika tiada rezeki jodoh,mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

---------------------

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

------------

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.Bertawakal.Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
-------------

Pinjam 1 minit, baca ayat ni ..

"Hasbi Rabbi Jalallah..

Maafi Qalbi Ghairullah..

Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x

Muhammadur Rasullullah" 


InFO:-
Pesawat boeing 777 diberi nama MH17 , 1st penerbangan pada 17/7/1997 , genap usia 17 tahun, terhempas pada 17/7.....subhanallah......
*Speechless... Takziah & Al-Fatihah buat MH17.. :(




You Might Also Like

16 comments

  1. Allhuakbar berat dugaan yg menimpa Malaysia sama2kita panjat kan doa

    BalasPadam
  2. sedih sangat2 baca mengenai kisah nie
    al-fatihah

    BalasPadam
  3. Hati di pagut pilu lagi...

    BalasPadam
  4. Truly sad.. another heartbreaking news. My deepest condelences to all family members of passangers and crews of ‪#‎MH17‬. Al-fatihah...

    BalasPadam
  5. Hari & tarikh yang sangat menyedihkan.. semoga apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran & ikhtibar.. sangat2 terkejut walau apa pun ini semua yang dah ditulis oleh Allah..tumpang simpati dgn keluarga mangsa & Al-fatihah kepada mangsa yg beragama islam.. :(

    BalasPadam
  6. Memang berita yang menyayat hati ..lagi2..kita dah nak menyambut hari raya..mdmang sedih sangat2..

    BalasPadam
  7. terkejut dapat tahu berita ni pagi tadi
    heartbreaking news
    takziah buat ahli keluarga yang terlibat

    #prayforMH17

    BalasPadam
  8. Sangat sedih mendengar berita mh17.. Akk pon menangis bila tengok berita ni. Salam takziah pada keluarga yg terlibat dan alfatihah kepada mangsa yg beragama Islam. :((

    BalasPadam
  9. yer lah..saya pon sedih dan terkejut ngan berita ni pagi2 sahur dengar... semoga roh mereka semua [yang beragama islam] di cucuri rahmat..amin...

    BalasPadam
  10. sedih sgt..wlupun xde yg kenal dlm flight tu..tp dpt rase kesedihan keluarga..dh la nk raye ni..satu2 ujian utk kita..semoga keluarga mangsa terus tabah..al fatihah utk yg beragama Islam..

    BalasPadam
  11. Sesungguhnya rezeki Allah sentiasa ada..
    Takziah buat keluarga mngsa MH17

    BalasPadam
  12. setiap org rezeki berbeza...kurg yg nih lebih yg itu...bersyukur sje

    BalasPadam
  13. setuju sangat..cara Allah bagi rezeki pada hambanya berbeza-beza

    teruskan berdoa untuk Gaza dan MH17

    BalasPadam
  14. Thanks for sharing & Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un buat mangsa² MH17.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||