Tips Meningkatkan Pendapatan Blog Anda! – Nuffnang

09:00


Assalamualaikum,

Beberapa minggu lepas farah ada dapat email daripada Nuffnang..mula2 tue pelik jugak kenapa tertiba jer dapat email nie...sedangkan dah lama kot farah tak hantar tiket pertanyaan kat depa..bukan merajuk yer.. tapiiiiiiiiii...????????...tah tak dak jawapan nak bagi tau...hahaha

Tup..tup..bila dapat email nie terasa diri dihargai gituuu..ingat jugak depa kat farah noooo..hahaha...tapi rasanya ramai kot blogger yg dapat email nie..email berkaitan Tips Bagaimana Untuk Meningkatkan Pendapat Blog...Okey meh farah share tips nie dengan hampa jugak..Sharing is Caring kannnn...

Farah copy sebijik2 email yang Nuffnang hantar.. jangan skip baca tau kalau hampa nak buat duit dengan blog.. So lets chekadaut!!! >__<

*****************************************************
Salam sejahtera Farah Wahida,

Kami ingin mengalu-alukan anda sebagai sebahagian dari komuniti blog Nuffnang dan terima kasih kerana sudi mendaftar blog anda dengan Nuffnang! Kami ingin berkongsi petua bagaimana meningkatkan pendapatan blog anda dengan mengikuti langkah-langkah tersebut.

Apakah yang anda perlu lakukan?

Sebelum kita boleh memperuntukkan iklan kepada blog anda, sistem kami memerlukan masa untuk memproses trafik blog anda. Proses ini akan mengambil sekurang-kurangnya 21 hari selepas anda memasang unit iklan di blog anda, oleh itu jangan risau jika tidak ada iklan dipapar di unit iklan anda. Selepas blog anda diserahhakkan kempen, anda akan mendapat emel tentang info kempen tersebut daripada Ad Operations kami. Jika anda tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut, anda boleh emel ahli Ad Ops kami untuk menarik diri daripada kempen tersebut.

Sebagai rangkaian blog yang terbesar dalam Malaysia, terdapat banyak cara untuk anda untuk mengambil bahagian dalam komuniti Nuffnang

Berikut adalah tips daripada kami:
  1. Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari.
  2. Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".
  3. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
  4. Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. IklanNuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.
  5. Pengiklanan banner Nuffnang. Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.
Sekiranya anda mengalami segala kesulitan atau mempunyai segala pertanyaan, sila hantar mesej kepada HelpDesk kami, pihak kami sedia membantu.

Sekian, Terima Kasih. 
Nuffnang


Jangan lupa sertai kami di laman sosial! Anda boleh berhubung dengan kami di http://www.facebook.com/Nuffnang,http://www.twitter.com/#!/NuffnangMY, dan http://instagram.com/nuffnang!

*****************************************************


Alhamdulillah.. CPUV terbaru yg Nuffnang bagi.. 
Kampen kali nie datangnya dari Dove Haifall Rescue..
kalau nampak iklan tue macam biasa la yer...
Thanks....Bye!




You Might Also Like

31 comments

  1. hehehe......sy dh lm xdpt iklan..geram tol

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing dear. Tahniah dpt BE ☺☺

    BalasPadam
  3. Julia pun dapat iklan Dove tuh semalam farah...yeyyy sama kita...alhamdulilah...email ini pun julia dpt dari nuff...semoga byk manafaat

    BalasPadam
  4. ada jugak blogger suggest saya join nuffnang, alang-alang siang malam ngadap blog je..hehe.oklah saya klik nuffnang ads untuk akak ye. :)

    BalasPadam
  5. dah lama tak dapat cpuv terbaru...tahniah farah

    BalasPadam
  6. salam. nice sharing sis..dan congratz dapat cpuv!

    BalasPadam
  7. wah cpuv lagi. tahniah. :)

    BalasPadam
  8. hiihii thnk q ya sharing..

    BalasPadam
  9. Betul2 best tips ni..terima kasih kak dengan perkogsian ni..

    BalasPadam
  10. good sharing n tahniah..:)

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah tahniah kak :)

    BalasPadam
  12. Akak dah crdited semua sedihhh...sebab bulan puasa UV akak banyakkk...:(

    BalasPadam
  13. nice sharing..rezeki bulan puasa tu..tahniahhh..

    BalasPadam
  14. lieya ni pun ikutkan tak reti sgt bernuffnang ni farah...tapi tu laa lieya suruh org yg design blog lieya tu siap2 bubuh heheeheh... alhmadulillah dpt le buat tambah2 duit soping org kate kan..sape nak bagi duit free dgn tulis blog aje kekekekeeke

    BalasPadam
  15. tq sharing farah.. ;)

    BalasPadam
  16. thanks sharing & tahniah :)

    BalasPadam
  17. Itu la juga yg lya amalkan he

    BalasPadam
  18. nice tips nuffnang bagi.. tak de plak hsna dpt emel nih..huhuhu..

    BalasPadam
  19. Thanks kak for sharing. Takde dpt pun email ni :(

    BalasPadam
  20. Tahniah farah, Nuffnang banyak memberi lately, harap dapat teruskan sehingga raya kan hehe :D

    BalasPadam
  21. Ohhh bagus jugak info ni yer Farah..
    sikit sebanyak kita dapat jg paham..

    BalasPadam
  22. saya pun tak berapa reti sangat pasal nuffnag ni
    main letak aje
    belum pernah merasa sebarang pendapatan dari nuffnag
    bukan rezeki

    BalasPadam
  23. Info berguna..thanks for sharing Farah..Alhamdulillah Nuffnang ku masih menari-nari..Alhamdulillah..heheee

    BalasPadam
  24. thanx kerana berkongsi tips ni kak Farah :)

    BalasPadam
  25. blog saya ni sejak pertama kali join nuffnang baru 3 je CPUV ads yg dapat.haha..sehari views ada la dekat 100 tapi still jarang dpat ads..pape pon tips ni sangat baik untuk nubis mcm saya..huhu

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||