#KisahRaya2014 ~ Part 2

09:36


Assalamualaikum... 

Berbalik kita kepada story raya pulak yer.. nie story raya pertama.. rasanya yg banyak bergambar pun pada hari raya pertama jer.. photoshoot pun buat raya pertama jugak.. raya kedua..ketiga dan seterusnya tak banyak bergambar pun.. sebab keletihan pun sama.. 

#DecoRaya tak meriah sangat pun tapi berkemas sampai pukul 4 pagi.. dok berkemas apa jangan tanya.. tak banyak benda yg diubah pun.. cuma meja makan jer farah ubah letak kat ruang tamu supaya senang sedara-mara or kawan2 yg datang nak makan.. tak kan la raya2 orang datang rumah kita bawak p makan kat dapur pulak kan.. sangat tak sesuai okey...so ubah la sat kedudukan meja makan tue letak kat ruang tamu.. 

Memandangkan tahun nie beraya kat rumah baru... so of coz la ramai sedara-mara yg datang bertandang..seriously tahun nie memang menerima kunjungan sedara-mara jer kat rumah.. tak payah jenjalan jauh2..sampai raya ke-4 kot orang asyik mai rumah jer.. so acaner kita nak bertandang ke rumah kawan2 kan.. tapi best la raya tahun nie sebab ramai yg datang berkumpul...

Dua hari sebelum nak raya sempat buat sejenis biskut raya jer.. tue pun biskut yg simple dan senang nak buat.. Biskut Cornflakes Madu & Chocolate.. yang lain semua biskut raya jari telunjuk jer.. senang dan mudah.. oh ya lagi satu tempah kek pelangi kat kawan ofis.. tue jer la menyeri balang biskut raya..janji ada kan...


Dah layan gambar2 kat entri sebelum nie kan..meh la layan saki-baki gambar gedik yg ada.. gambar nie khas nak tunjuk design baju yang dah siap.. macam nie la yer rupanya.. simple tapi tetap lip2 na.. hahaha

Props yg ada dalam rumah jangan disia-siakan yer dak..


Kemain berbaju melayu, bersongkok dan bersampin lagi budak tecik nie kan.. kasut pun dia nak pakai dalam rumah.. Kemain betul budak sorang nie.. Abg Irfan dia releks jer.. simple!! =D


Part dapat duit raya pun kemain suka yer.. siap tayang2 sampul.. 

Rendang ayam yg siap dimasak pada jam 4.00 pagi.. tapi rasa dia marbeless u all.. sekali rasa berkali2 nak makan lagi!!!

Ketupat pun best sebab guna pulut susu yang paling gebuss di jual kat Thailand...hahaha

1st Syawal kami order catering Nasi Tomato.. nasib baik la ada catering yg ambik tempahan pada 1st raya.. tue pun pukul 9.30mlm u all baru deal.. memang nak jadi rezeki kan.. 




Ayam masak rose.. 

Rendang daging

Sayur campur

 
Buat buffet yg simple2 jer...buffet makanan letak dalam rumah.. yang air minuman pulak kat beranda rumah.. so senang nak handle.. 

Songkok sudah hilang...mari layan basikal pulak.. lega sikit Emir main basikal tak dak la dia menyibuk nak kacau orang dok soruuu kat dalam.. 

My Familia.. happy sangat semua datang bertandang ke rumah farah tahun nie..

nie sebahagiannya lagi.. 

Lepas settle berchit-chat dan bergambar dengan sedara-mara side farah.. Zasssssss pulak ke rumah mertua untuk beraya.. rumah farah dengan mertua dekat jer.. itu la senang tak payah pening2 pikir nak balik rumah siapa dulu.. selalunya pagi raya rumah farah dulu then tengahari ke rumah mertua pulak.. 

Bergambar bersama keluarga mertua jugak aktiviti wajib setiap kali raya.. 


Nie la keluarga mertua saya.. kat sini pun tak kurang meriahnya.. nak bergambar family pun gamat suasananya.. macam2 ragam.. yang paling steady Emir la.. senang tak banyak ragam.. hehehe

Ini la kisah meriahnya raya pertama farah.. sampai ke malam layan tetamu yang datang.. walaupun penat tapi best!!!!

Next tunggu farah share photoshoot raya kami sekeluarga na.. Bye!!!





You Might Also Like

51 comments

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    sory sangat2 bz x sempat nak singgah lama2
    anyway jemput datang open house anum ya

    BalasPadam
  2. seronok beraya dirumah sendiri kan farah,apatah lagi bila ramai saudara mara yang berkunjung..selamat hari raya farah...amboi..emir...suka dapat duit raya ye..

    BalasPadam
  3. farah masak semua tu ke? Ya Ampun,nampak menarik sgt rendangnyaaa! nt buat open house panggil rara dtg ye =)

    BalasPadam
  4. cantik rumah, cerah dengan cahaya luar dan ceria dengan warna pilihan, si comel tergelam dalam props :)

    BalasPadam
  5. Wahhh! meriahnya suasana raya Farah dan family. Cantik rumah farah, sesuai dngan hiasan segala! Camat aghi ghayer dear maaf zahir batin :)

    BalasPadam
  6. suka la tgk rumah kak farah . cantik sangat :) emir comel pakai baju melayu . dengan sampin lagi . hehe . comel bangat ! :D

    BalasPadam
  7. meriaaahh gile raya farah....menu sedap2...baju pun lawo2...mmg nampak kemeriahannye....auwww!!!

    susun atur rumah meletop abis...aura2 beraye kat umah baru kan ..lain rasenye...pandai farah susun atur rumah...merah hitam tu buat naik seri rumah.....

    BalasPadam
  8. cantiknya rumahhh...sedapnyaa makanan...terliur !

    BalasPadam
  9. lawanya rumah. combination merah hitam pilihan hatiku..

    selamat hari raya kakak :)

    BalasPadam
  10. lawa baju farah...glitter gitu..hehe

    BalasPadam
  11. lya menabung dulu pagi ni

    BalasPadam
  12. perghhh bestnyee! dan cantik nya rumah :)

    BalasPadam
  13. wahhh cantiknya deko umah sis..suks suka..meriahnya dgn tetamu seronok dpt brkumpul ramai2

    BalasPadam
  14. terliur plak lya nampk menu raya akak..mesti gempkk

    BalasPadam
  15. Terpikat pulak dengan susun atur dan perabot umah. Cantik dah tu. Hehe.Simple, kemas, ruang pun luas lagi nak melepak. Eh. komen perabot lak. Haha

    BalasPadam
  16. selamat hari raya farah, maaf sahir batin

    BalasPadam
  17. Cantiknya rumah farah..terliur tengok rendang ayam..

    BalasPadam
  18. Meriahnya raya Kak Farah..suke tengok deco rumah Kak Farah..cantik !

    BalasPadam
  19. Cantiknya rumh farah. Akk suke tgk. Mai la deco rumah akk pulk.

    BalasPadam
  20. cantiknya rumah.. merah hitam..

    alise tak puas makan ketupat ngn rendang.. habis terus masa petang raya..

    BalasPadam
  21. cantik umah akk..suka suka..^_^

    BalasPadam
  22. cantik dan sangat luas rumah farah... :)

    BalasPadam
  23. sesekali letak meja makan kat ruang tamu ok juga kan.bagus idea tu. taklah bersempit kat dapur or ruang makan. tapi rumah farra luas..cantik cara hiasannya..

    BalasPadam
  24. cantiknya rumah Farah... lawa habis..

    BalasPadam
  25. suka dgn kombinasi warna dlm rumah tu . nampak nice jer ... meriah sungguh beraya .

    BalasPadam
  26. seronok tengok. meriah betul kak.

    BalasPadam
  27. wah sedap makanan ya..pandai masak..berkat

    BalasPadam
  28. cantiknya rumah..serba serbi lengkap dah..
    seronok la ramai tetamu kan..menu2 pon boleh tahan tu..

    BalasPadam
  29. Cantiknya rumah Farah!Suka tengok..kemas tersusun rapi je..bab makanan tu paling heaven!rugi tak singgah rumah Farah hari tu..sebab kitorang sampai SP raya ke 4 so agak-agak je confirm Farah takde kat rumah kan..Haih..takpe2 lain tahun InsyaALLAh sampai ye..

    BalasPadam
  30. Mmmm..cantiknya rumah farah..makanan pun sedap

    BalasPadam
  31. cantiknyeeee rumah... menu pon nampak sodap2

    BalasPadam
  32. Wahh..meriahnyer dpt beraya dgn sanak saudara di rumah baru..

    BalasPadam
  33. Tengok menu raya pun semua sedap...ayam masak ros...

    BalasPadam
  34. meriahnya farah...suka tgk rumah farah..cantik

    BalasPadam
  35. salam perkenalan akak... selamat hari raye ye.... meriah, seronok tngok makanan banyak...jeles plak... :D

    BalasPadam
  36. Asslmkm kak.. Meriahnya la hai.. Seronok tgk.. Best la umh akk.. Cntik, besar pula tu.. Pndai akk menghias.. :)

    BalasPadam
  37. Seronok betul gigih farah deco rumah...cantikk sgt2 deconya...ramai betul saudara mara farah...umah mertua dekat...untung sgt tak yah susah2 nak balik kg kan hehehe

    BalasPadam
  38. bestnye farah pandai buat ketupat palas.. suke makan ketupat palas tapi tak reti buat..

    BalasPadam
  39. amboiiii smpi 4 pagi tu... penat blkg cerita kan.... janji raya..bkn selalu

    BalasPadam
  40. meriah :) eh, nasib baik ada yang ambil tempahan kan...

    BalasPadam
  41. meriah nyer raya farah...

    BalasPadam
  42. Meriahnya. Cantiknya rumah. Nampak luas. Terliur tgk lauk pauk tu.

    BalasPadam
  43. Jentik churpchurp ngan old town ☺

    BalasPadam
  44. cantik rumah farah, nampak lapang susun atur =)
    menu tu memang buat saya lapo menengok nyer

    BalasPadam
  45. cantik rumah farah.. deco pun simple but nice..
    mesti bangga kan sedara mara datang bertandang kat rumah.. dapat sediakn mkanan juga :)

    BalasPadam
  46. meriah....tgk rendang daging terasa lapaq pulak...haha

    BalasPadam
  47. cantiknyaa rumah farah...akak berkenan tiang yang ada 5 batang tuh...kat seremban mahal giler...sebatang 3-4 ratus.....

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||