GLA Shaklee Penyebab Rahim Bengkak???????

11:54


Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lepas farah ada terbaca pasal isu nie kat FB dan jugak blog..kecoh jugak yer pasal nie.. so tertiba rasa terpanggil nak share jugak apa yg farah alami dengan u all.. tapi sebelum tue farah nak minta maaf dulu kalau nanti mungkin ada yg akan marah or tak puas hati dengan apa yang bakal farah share nie.. dan please jangan la ada yg nak kecam farah pulak nanti....
apa yg farah share nie adalah berdasarkan testimonial sendiri..dan bukan tujuan nak menjatuhkan/merugikan sesiapa..kalau farah tak terbaca pasal isu nie maybe farah pun tak tahu yg apa yg farah alami nie mungkin berpunca daripada pengambilan produk GLA Shaklee... 

Okey... FYI, farah start consume GLA Shaklee nie sejak setahun yg lepas..farah ambik sebab farah ada masalah PCOS.. so farah memang consume GLA nie sebab nak betulkan masalah horman.. masalah period..dan utk menambahkan kesuburan..dan farah bukan setakat ambik GLA sahaja yer..tapi farah jugak turut mengambil produk Shaklee yg lain iaitu Vit-C, Vit-E, dan B-Com..produk selain GLA farah tak nak komen..so far memang bagus dan farah masih teruskan sampai sekarang...

Okey berbalik pada isu GLA..Actually farah dah pun stop makan GLA nie sejak bulan puasa yg lepas.. tapi masa tue farah tak terpikir pun yg GLA nie mungkin boleh menyebabkan rahim bengkak..farah stop makan sebab ianya tidak memberikan apa2 kesan langsung kat farah walaupun dah makan hampir setahun.. memang farah ada perasan yg rahim di sebelah kanan farah kelihatan membengkak sedikit..
Tapi masa tue tak terlintas pulak yg rahim farah nampak bengkak mungkin disebabkan farah consume produk nie..dok ingat ianya berpunca dari masalah PCOS farah tue..But FYI, sebelum farah consume GLA nie memang tak dak pun bengkak tue kat rahim farah ..Ermmm macamne tue..atau mungkinkah GLA nie telah mengaktifkan sel2 tersebut sehingga menyebabkan rahim membengkak.. wallahualam

Tapi sejak beberapa hari yg lepas bila farah terbaca tentang isu GLA nie baru la farah perasan ehhh memang betul la kot.. patut la rahim farah nampak bengkak sebelum nie..rupanya mungkin ada kaitan dengan apa yg farah ambik.. huhuhu..tak sangka pulak ada kaitan kannn...tapi bila dah ramai yg consume GLA nie jadi macam farah...mula la timbul tanda tanya..huhuhu


Ermmmm nasib baik la farah dah stop makan.. dan kalau u all nak tahu selama 2 bulan farah dah stop makan GLA nie...Alhamdulillah rahim farah dah tak nampak bengkak sangat dah..dah semakin surut...so nampak tak kaitannya kat situ.. bila makan nampak bengkak.. dah tak makan semakin surut.. huhuhu...wallahualam

Okey la tak nak komen panjang2 takut tersalah cakap nanti ada yg sentap pulak..So just my pendapat la yer...maybe GLA nie tak sesuai kot untuk orang yg mengalami masalah PCOS..memang la tak dak bukti nak kaitkan bengkak rahim nie mungkin berpunca dari pengambilan produk GLA Shaklee.. tapi kalau dah ramai yg makan jadi mcm tue.. so acaner tuh..huhuhu

Kat bawah nie farah share info yg farah baca pasal isu nie kat FB..








Okey apa yg farah telah share nie adalah testimonial sebenar yg berlaku kat farah dan orang yg terlibat..tak dak tokok tambah yer..farah nie jenis straight to the point k.. kalau okey farah akan kata okey.. kalau tak okey tak kan nak kata okey pulak kan..Setiap teguran harus diterima walaupun kenyataan itu memang pahit untuk diterima..yer dak.. semoga ada pencerahan berkaitan isu ini.. Daaaaaaa.. =D 



You Might Also Like

43 comments

  1. Bru nak amik GLA ni... Saya pon ade masalah cyst jugak.. tq for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya nak share sahaja. Bilah doc sahkan saya ada cyst. saya ambil shaklee saya cuba untuk diri sendiri. alhamdulillah next month saya scan cyst saya dah hilang. cara saya makan GLA bila haid sahaja. Habis haid saya stop. Tapi cyct ni akan muncul kembali kata doctor.Bila tak tahu la. Period saya memang regular. Itulah dah diuji Allah saya cuba & tawakal.. Saya pun jual. Lately ni timbul isu produk ni naungi Israel.. jadi saya dah tak jual... masa2 menghabiskan stok yg ada. Mungkin setengah antibodi tak terima ubat2/supplement. Sebab dulu saya jumpa pakar nak ambil supplement tapi pakar tak bagi lepas cek keadaan diri saya yg ok.. meskipun saya bertubuh kecil kerana faktor genetik keturunan. Tapi saya memandai cuba makan vitamin beli sendiri.. hehhee...

      Padam
  2. kalau dah tau better jangan teruskan...scary jugak..huhu

    BalasPadam
  3. sy ada terbaca juga... ada yg beri respon ok ada yg sebaliknya.. apa2 pun empunya badan lbh arif apa yb gaik utk dirinya...

    BalasPadam
  4. Ada shaklee reply untuk berjumpa dengan tuan punya testimoni dan berbincang dengan doktor pesakit sendiri. Sebab dah lebih 70 juta GLA digunakan tanpa efek yang tak sepatutnya. Mungkin farah bole tanya2 juga untuk dapat kepastian :)

    BalasPadam
  5. Akak ada jugak ambik beberapa produk shaklee, tapi sekarang dah slow, tak makan sangat

    BalasPadam
  6. Lya pun da terbaca juga ni cuma skrg lya mkn vit b complex je

    BalasPadam
  7. Syukur xde amik suppliment mcm tu. Sy prefer ambil makanan sunnah. Sbln pgnant amal habbatussauda.. Da prgnant amal minyak zaiton. Itu saja. Yg lain 2 tak berani lg. Syukur fara pun da stop GLa tu..

    BalasPadam
  8. sy ada baca ni kat FB..kesahihan tu xtau la..tapi mcm risau jugak...

    BalasPadam
  9. kna tanya pengedar shaklee untuk kepastian..huhu

    BalasPadam
  10. Mungkin boleh refer sini utk pencerahan

    http://www.faizalfairuz.com/2014/09/fuh-shaklee-penyebab-rahim-wanita.html?m=1

    BalasPadam
  11. Sebelum preggy, eka ada makan GLA ni. Sebelum makan, period selalu lambat. Sebab lepas je kawen, jadi tak teratur. Lepas makan GLA ni dalam sebulan, eka pregnant. Terus stop tak makan dah. Jadinya tak tahu plak yg ada kes mcm ni kak. Nasib akak berhenti makan kan.

    BalasPadam
  12. Read Instruction, People who have fibroid cannot take GLA, READ INSTRUCTIONS !!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai dear.. i tak kata pun i ada fibroid kan.. i ada masalah PCOS.. Ermmm u patut baca betul2 dulu dear sebelum letak tanda seruan panjang mcm tue.. apapun jangan la marah sampai macam tue sekali.. kita berkongsi apa yg kita rasa kan.. mungkin sesetangah orang sesuai dengan GLA nie.. sesetengahnya tidak kan.. btw thanks 4 sharing ur opinion dear.. =D

      Padam
  13. tuan badan lebih tahu kan..tapi andai ada keburukan yg menimpa seeloknya kita komplen secara berhemah..

    BalasPadam
  14. sebelum consume apa2 supplement..kita mesti berbincang dgn pakar pemakanan dahulu..bukan doktor perubatan yer..doktor pemakanan..dan kita mesti tahu apa masalah tubuh badan kita sendiri..sebab tak sume orang sesuai makan apa2 jenis supplement..setiap badan orang tak sama..dan dose nak makan supplement pon tak sama setiap orang..

    shila juga banyak belajar mengenai pemakanan..tapi bukan shaklee..

    yang penjual tu pon jgn kira nak menjual tanpa consult dahulu..kesihatan bukan boleh buat main..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat dengan pendapat u shila.. tapi itu la sblm consume GLA nie farah dah tanya dulu.. dan katanya GLA memang bagus untuk orang yg ada masalah PCOS.. so farah pun cuba la.. tapi mungkin la GLA nie tak sesuai dengan farah kot.. sebab tak dak effect positif apa langsung selama farah dah makan hampir setahun nie...then tiba2 terbaca pasal isu nie tue yg terkejut tue.. memang perasan jadi mcm tue lepas farah consume GLA.. sebelum nie tak dak pn.. huhuhu...sekadar perkongsian jer... =D

      Padam
  15. bc juga fb tu.. fahamnya dia memang dah ada masalah kesihatn.. mcm farah juga,, rasanya kalau sakit, better tnya doktor dulu boleh ke suplemnt tu bantu? takut penyakit tu x sesaui dgn penyakit kita. tp tulah, kita..kalau sakit kita cr ubat, tp ni suplemt bukn ubat.. takut juga x serasi. kalau utk maintain kesihatan should be okey..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tue.. sebab tue farah rasa yg GLA nie tak sesuai utk orang yg ada PCOS..=D

      Padam
  16. Sebaiknya bila dah macam ini pihak yg terlihat kena buat explnation agar tidak menambahkan kekeruhanan dan melibatkan produk yg lain pulak. Kakak takut bila dah baca macam ini Farah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes memang perlu pencerahan akak.. sebab kalau dah ramai yg mengalami masalah yg hampir sama mesti ada yg tak kena kat mana2 kan..dan apa yg farah share nie tak melibatkan produk shaklee yg lain..sekarang pn farah masih lagi dok consume Vit C, Vit E dan B-Com.. cuma GLA jer yg farah stop... =D

      Padam
  17. akak pernah consume semua yang farah makan tu..tapi tak sampai setahun dah berhenti ambil benda2 tu..sebab malas dah nak makan ubat yang banyak tu..adeh...

    BalasPadam
  18. Akak pun consume supplement shaklee, tapi dah lama stop..mujur farah dah stop makan GLA..

    BalasPadam
  19. Salam kak.. Ros pun ada terbaca jugak isu ni di fb.. macam-mcam pendaat yang diutarakan orang ramai. Ros pernah ambil GLA tapi tak habis sebotol pun, sebab kadang-makan kadang tak makan. So, tak tahu sangat.. Tapi, ada juga kawan-kawan Ros yang ambil dan kesannya berbeza-beza.. Tak salah untuk berkongsi kan. Sebab ini melibatkan masalah kesihatan, tak boleh dibuat main.. Dan bagus juga tindakan kak Farah untuk berhenti ambil GLA tu.. Cuma, Ros agak terkilan dengan orang yang hanya menjual, namun beliau tak pernah cuba pun produk GLA ni. BIla ada isu ni, terus nak salahkan mangsa. Tak manislah begitu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer setuju sangat dengan pendapat ros..orang kita nie sudah terbiasa dengan testimoni yg bagus2 jer.. so bila ada testimoni yang sebaliknya mula la nak sentap.. sedangkan kena faham yg terkena bukan mereka tapi diri kita..kita yg terpaksa menanggung..akak tahu bila keluar testimoni mcmni ramai yg takut hilang punca pendapatan mereka.. tapi tak fair la kat side kita nie..akak just berkongsi apa yg akak alami..mungkin ianya tak sesuai utk kes akak tapi utk orang lain sesuai..sistem badan seseorang tue tak sama..dan sememangnya kenyataan tue kadang2 pahit utk diterima.. =D

      Padam
  20. ada baca gak dekat fb pasal ni..

    BalasPadam
  21. adakah ini penyebab kwn pompuan bg ak bnde alah ni haha.. btw blog berwjh baru lah. nice XD

    BalasPadam
  22. ada jugak terbaca psl isu ni kat fb.. tapi tu la kan setiap org x sama.. selama ni org lain yg consume GLA xde kena ape2 pun kan kak.. sy pun mmg x berani nk consume apa2 suplemen hehe

    BalasPadam
  23. baru berkira2 nak tukar supliment kpd shaklee..dah tahu cerita begini tak jadi nk tukar..bimbang pulak..

    BalasPadam
  24. wahhh..serius ke ni farah?takutnye..dulu penah amik shaklee tp xamik GLA ni pun..hailaa..seram

    BalasPadam
  25. srius? rmai kwn sy jual produk shaklee ni, tp sy xpernah try la..

    BalasPadam
  26. Farah sama mcm kite....cume yg lain kte x der masalah apa..just nak stabilkan hormon aje...ni pun dah stop gla sbb perut rasa bengkak...bila dah stop mkn brlah bengkak tu hilang...kalau x rasa senang....now skunk nak cuba makan sunnah nabi dlu..n nak try amway plak..hehehhe

    BalasPadam
  27. Sebab tu lah takut sikit nak try supplement macam gini ni. Mesti ada kesan sampingannya. huhu

    BalasPadam
  28. Husband wa ada ambik gal produk ni...ishhhhh....takulaa..better suruh dia stop la.., nasib baik farah stop cepat2 kan

    BalasPadam
  29. Diana pun ada ambil GLA ni...sebotol beli tapi Diana tak habis makan...Baca penerangan kat atas rasa takut pulak....

    BalasPadam
  30. Tak tau nak ckp apa. lain orang lain penerimaan nya. Ada yang serasi dan ada yang tak. Tapi setahu saya barang2 shaklee ni dari sumber semulajadi. Ada banyak faktor juga punca rahim bengkak ni. Bukan sebab suppliment tapi sebab jangkitan kuman. Kalau ada masalah keputihan yang banyak/teruk pon salah satu punca yg boleh menyebabkan rahim bengkak. Faktor pemakanan juga. Kalau macam farah ni better dapatkan dulu nasihat dr sebelum amik apa2 suppliment.

    Petua dari pakar sakit puan Dr. Hamid Arshad:

    Potong lemon/limau dan masukkan 2-3 hiris dalam segelas air suam dan minum. Lemon menjadikan alkaline dan memberi banyak khasiat pada badan kita. Air lemon boleh membunuh sel2 kanserdan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chemotherapy.

    Utk yg mengalami masalah ovarian cyst termasuk endometriosis, adenomyosis dan fibroid, blh cuba segelas air lemon fresh 3 kali sehari selama 3-6 bulan dan lihat ada tak perubahan.

    BalasPadam
  31. saya ada terbaca juga kes ni
    ramai penjual jenama tu bising tak ingat dunia
    tapi kita kena professional la dak, bukan semua orang sesuai
    lagipun memang pemakanan supplement secara berterusan
    memang boleh memudaratkan

    BalasPadam
  32. Tulaaa..aida pon ada baca n dengar jugak..tapi tak tau sejauh maan kebenaranny..menakutkan jugak kalau bagi kesan..so far aida bukan pengguna shaklee..cuma berjaga-jaga je la..

    BalasPadam
  33. .__. Baru tau pasal ni.. Bahayanya..

    BalasPadam
  34. Tanpa NamaMei 16, 2015

    Sy amik gla dlm 4 cycle haid.. br ni doc sahkan ada cyst. xpasti gla penyebabnya atau dah lma ada dlm tbuh.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||