Aduhai Simpatinya Kita Kat Awak...Yer Awak lah!

10:50


Assalamualaikum..
Rasanya masih belum terlambat lagi kot untuk farah ucapkan Salam Aidiladha kepada kesayangan semua.. ada yg masih bercuti lagi ka hari nie..farah tak ambik cuti panjang pun..sebab nak simpan untuk cuti2 malaysia awal bulan depan.. hehehe...so macamne dengan sambutan raya korban hampa..mesti meriah kan..farah biasa2 jer..hanya melayan sedara-mara yg bertandang ke rumah..selebihnya cuti dihabiskan dengan lepak kat rumah jer..=D

So bila pagi2 nie masuk ofis..as usual farah akan check 6 perkara..1st of coz la dairy my bos.. tapi yg tue i boleh skip hari nie sebab bos tak dak...outstation.*somarijogetinulsikit..muahahaha...okey kita ke task yg yg seterusnya.. check blog..check email..check facebook..check instagram..and last sekali check Nuffnang..then tiba2 tertarik dengan satu keywords nie....Ehhh boleh pulak orang google cari benda macamni yer.. huhuhu..rasa macam kenaaaaaa jer dengan situasi farah pada saat dan ketika ini.. hehehe...dah alang2 ada orang meng-google benda macam meh aku nak mengomel sikit...=D

Nak tahu apakah keywords itu???
Meh la julingkan mata tengok kat bawah nie...


Ish..Ish..Ish...perlukah nak goggle benda2 macamni???
Ermmmm...Okey la nak tanya sikit kat hampa...

'Perlukan Ada Sifat Riak Kerana Ada Rumah Besar?????????'
Perlukan Rasa Diri itu Hebat Kerana Ada Rumah Besar?????
Perlukan Ada Sifat Sombong dan Bongkak Kerana Ada Rumah Besar???????
Perlukan Hilang Adab Sopan Kerana Ada Rumah Besar???

Aduhaiiii...tak faham lah!!.Perlukah ada semua sifat itu semata2 kerana mampu membeli sebuah rumah besar??????.. rumah farah tak la besar mana pun..bukan bungalow pun..just nice la utk family kecik farah.. tapi tak pernah terdetik walau sedikit pun sifat riak dapat memiliki rumah yg selesa bagi keluarga kecik kami.. cuma bersyukur kerana Allah murahkan rezeki kami utk memiliki rumah yg selesa nie.. dan kami sekeluarga masih orang yg sama seperti dulu..masih berkawan dengan semua orang...masih otak gila2.. masih huhahuha macam dulu2 jugak..no protokol2 beb.. kita langgar jer...yg penting happy!

Tapiiii sedihhhh....rupanya masih ada lagi orang yg riak..sombong dan bongkak kerana memiliki rumah yg tak sebesar mana pun.. baru  ada rumah teres dua tingkat jer pun kekdahnya.. tapi lagaknya macam memiliki rumah bungalow jer.. kalau ada rumah bungalow nanti tak tahu la macam mana pulak lagaknya kannn.. huhuhu...baru memiliki rumah sebegini pun dah ada harga utk sedikit senyuman bibir..dah mahal tutur dan kata..pendek kata dah mahal ke harga sebuah jalinan persahabatan/kekeluargaan sesama islam??? Ermmm.....seriously aku tak faham???

Please la..buang jauh2 sifat riak itu.. hidup kita nie ibarat roda.. mungkin sekarang kita kat atas.. tapi esok lusa kita tak tahu lagi nasib kita macam mana.. kalau sekarang pun kita dah sombong dengan harta yg tak seberapa.. kita tak hormat orang di sekeliling kita.. sekiranya kita ditimpa musibah nanti ada ke orang yg akan menolong kita..so jangan la ada sifat sebegitu... harta duniawi nie hanya pinjaman sementara jer.. tak ada yg kekal..dan kalau Allah nak tarik balik nikmat tue sekejap jer Dia boleh ambik.. masa tue adakah sifat riak kita tue dapat mengembalikan apa yg telah kita hilang.. tak kan....

Ermmm...jangan pulak ada yg sentap naa..ini sekadar peringatan untuk diri sendiri...Apapun bersyukur kami berdua masih orang yg sama..peace! Bye.. =D

psst:- jaga2 ada yg memerhati.. Eh ada aku kesahhhh!!!



You Might Also Like

30 comments

  1. selamat hari raya farah. yup riak tu rosakkan jiwa kita jek

    BalasPadam
  2. Salam Aidiladha Farah..nampak farah dah kurus..:)

    BalasPadam
  3. betul. tak perlu riak atau cerita kan apa yang kita ada. sebab semuanya milikNya

    BalasPadam
  4. Ada juga orang google benda. Tak payah nak google2 pun mmg jawapannya tak perlu dan tak boleh riak ... huhu

    Salam aidiladha ... :)

    BalasPadam
  5. Terima kasih farah ku sayang komen di blog julia tadi...terharu...

    Baca entry farah pagi ini, sebenarnya perkara yang sama julia nak up entry tapi masih tertangguh...kisah yang sama tp jalan cerita berlainan sedikit...betul sgt kata2 farah, riak tak ke mana, tp jika kita bersyukur wpun duk rumah sewa je pun Allah senantiasa beri rezeki kan dear...tp mulut manusia, body language manusia mmg kita tak leh skip...semua tu kita kena lalui dan hadap...tp kan farah kalau bila berjumpa je asyik lontarkan perasaan riak dan ckp takbur pun not nice kan...

    Ish nanti nak up entry cm ni la farah...nak kasi kesedaran sikit...bak kata farah ibarat roda tak selalunya diatas

    BalasPadam
  6. rumah besar tu bukan rumah yang abadi, rumah yang abadi tu tak ada bilik tak ada bilik air dan bukan semi-d...hu hu hu... sesetengah manusia macam tu lah perlakuan mereka...

    BalasPadam
  7. Ini mcm punya google pun ada ek...
    Harap2nya yg google camtu terbuka hati dia utk tak sombong..sesama kita doakan..

    BalasPadam
  8. hihi, orang akan goggle apa saja farah... :)

    salam aidil adha..

    BalasPadam
  9. saya jumpa ramai yang gitu farah
    manusia akhir zaman, kadang rumah tak besar mana pun
    tapi bercakap, mak ai
    tapi saya setuju farah kata, semua ni pinjaman
    ALLAH boleh tarik bebiler masa je

    BalasPadam
  10. rezeki masing2.. janji dapat tempat berteduh.. syukur alhamdulillah.. alise pon menumpang rumah mak ayah.. hmm

    BalasPadam
  11. Betul tu fara..tak perlu nak riak pun..patutnya diorang bersyukur..

    BalasPadam
  12. Alahaii..key word macam tu ade ke?sabar jelah..nampak sangat ada penyakit hati dalam diri orang tu..memang betul2 kesianlah kan..huhuhu

    BalasPadam
  13. nak riak ni..kiter takde semi d malahan xde umah lagi..heheehe...kelakar la org riak ni!

    BalasPadam
  14. Selamat Hari Raya Korban Farah, comelnya.....All the best

    BalasPadam
  15. Salam aidiladha kak Farah..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum dan singgah pagi Farah..salam Aidiladha buat Farah sekeluarga....tak perlu nak riak walau apa yang telah di miliki...sebab semua itu hanya pinjaman dan tak akan kekal...

    BalasPadam
  17. ala.. kite takde pon semi D.. rumah kite rumah kos rendah je.. boleh riak tak? hihi.. cukup lah ape yang ade.. syukur sangat2.. selese dah.. masih ade orang yang lagi susah..

    BalasPadam
  18. selamat hari raya aidiladha farah..ade plak keyword camtu yek..ape la nak riak..sume ni pinjaman Allah je..xde benda yg kekal abadi..*peace*

    BalasPadam
  19. Farah.. mudah mudahan kita dijauhkan dari sifat riak dan sombong ni. Takut kita pun camtu tanpa sedar je. Sume tu pinjaman je. Klw kita rs kita kaya ada org lg kaya kan.

    BalasPadam
  20. Hehehe... ada jugek manusia yang boleh search keyword camtu ek.. apa la tujuan dia agaknya kan... sedang mencari orang yg rumahnya semid dan riak kot... kuang3x... sengaallll

    BalasPadam
  21. Perangai manusia...bermacam². Smoga kita tak der sifat riak macam ni, Bersyukurlah dengan apa yg ada even serba kekurangan.

    BalasPadam
  22. manusia materialistik ni tak kira apa . wpun sekadar kereta kancil , mrk sudah riak ...

    BalasPadam
  23. benar kata pepatah, rambut sama hitam (walaupun blonde celup) hati lain2... peduli kan je spesis mcm ni...x rugi pn kalau kita x lyn dia

    BalasPadam
  24. Besyukur Sgt klau da dpt miliki umah sndiri..x prlu kot nak da sifat riak kan.

    BalasPadam
  25. Bersyukur lah kan dgn apa yg kita ada..Allah bg pinjam aje..sekali dia.tarik nikmat tuh menangis tak.berlagu

    BalasPadam
  26. Keyword tu.. Smpai cmtu sekali dicari.. Alhamdulillah.. Akk diberi rezeki lebih.. :)

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||