Rawatan Batuk/Selsema Tanpa Ubat Untuk Kanak-Kanak

10:38


Asssalamualaikum..
Gara-gara berjimba mandi-manda di Kolam Air Panas Ulu Legong malam Sabtu lepas.. keesokkannya terpaksa serah diri dekat Dr.Elankovan...memang dah tak boleh nak elak lagi dah..Actually sebelum pi Kolam Air Panas tue memang Emir dah batuk sikit2.. tapi aku ingat tak serius la..sebab kat sana bukan nak berendam dalam air sejuk..tapi air panas...sekaliiiii ambik...balik dari sana batuk Emir bertambah teruk jadinya... sampai bernafas pun macam tak berapa nak lepas jer...huhuhu...maafkan mama yer sayang.. niat Mama cuma nak happy-kan Emir jer.. :'(

Tapi kali nie kena NEB...Emir steady dah.. siap dia nak pegang lagi pump tue.. hehehe.. tak macam dulu...kalau dulu satu klinik boleh dengar Emir dok meraung...sampai merah padam muka dok menangis..memang hazabbb la sementara nak tunggu 15minit utk habiskan ubat tue.. huhuhu

Tapi kannn...kalau boleh aku tak nak la biasakan Emir dengan NEBULIZER nie.. walaupun memang la kandungan yg doktor gunakan hanyalah air garam (nasal saline drops) sahaja dan tak mengandungi bahan ubat tapi tak elok jugak kalau diberi secara kerap kan.. risau nanti Emir asyik nak bergantung pada alat nie pulak setiap kali batuk or selesema datang menyerang..

So aku google la info adakah alternatif lain untuk merawat masalah nie.. dan terjumpa satu kaedah rawatan tanpa ubat yang dikongsikan oleh DoktorBudak.com

So aku share jugak kat sini sebab nanti senang aku nak godek2...>_<

Rawatan tanpa ubat yang disyorkan adalah:

1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.

Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.
4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.

(answered by Dr Yap Hsiao Ling)
*****************************************************************

Budak manjer yg baru lepas kena NEB.. terus cargasss!! hehehe..


You Might Also Like

35 comments

  1. Cian emir moga cpt sembuh ya

    BalasPadam
  2. good sharing farah..:)

    klik iklan farah..:)

    BalasPadam
  3. Asalam...khaty kadang2 terbagi jugak ayaq 100 plus..

    BalasPadam
  4. hehe..Emir dah jadi big boy tak nangis dah macam dulu. :)

    BalasPadam
  5. Ala sian Emir...Farah bagi la madu + perahan lemon tiap2 pagi..InshaaAllah cepat hilang batuknya..
    kt rumah kalu batuk je anak terus buat honey lemon je :) dah besaq ni buat sendiri terus

    BalasPadam
  6. alololo cian emir...harap pasni tak kena neb lagi. Take care emir ensem :)

    BalasPadam
  7. ala kesiannya batuk....tapi lps kena ubat dah cargasss ok la tu...:D

    BalasPadam
  8. alahai..memang susah hati kan kalau anak demam ke tak sihat ke..

    alhamdulillah dah nampak cergas dia..

    tq for sharing the petua2

    BalasPadam
  9. bdk sekarang byk yg ambik neb bru nk ok...moga cepat sembuh

    BalasPadam
  10. semoga cepat sembuh yer...

    BalasPadam
  11. ala cian dia.. semoga cpet sembuh ye emir..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kak Farah. semoga Emir cepat sembuh ya.. Adam pun batuk ni.. sheila buat steam and percussion je...

    BalasPadam
  13. Kesian Emir.. Tapi ok jer nampak dia.. Strong boy nih.. ^__^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam
  14. lorr.kesiannya emir,kalau batuk berkahak,akak just letak bawang putih yang disangan lepas tu campur minyak sikit,terus sapu kat dada awfiyah...alhamdulillah...ok

    BalasPadam
  15. Ibu2 zaman sekarang lebih terdedah kepada ilmu penyembuhan secara alami kalau ibu2 zaman dahulu pula gunakan petua orang tua2. Bawang putih bakar dan lumatkan dengan minyak masak sapu dada dan belakang anak.

    BalasPadam
  16. aritu ada pergi klinik government
    diorang taj galakan bagi ubat batuk dan selesama
    saya ni sejak aisy kena pneumonia, jadi takut happen lagi
    ni sekarang dia tengah batuk berkahak lagi, susah ati dibuatnya

    BalasPadam
  17. ciannya emir....cepat sembuh ya...
    kak mieja dulu masa anak2 kecik, kalau ada kahak paed ajar tepuk belakangnya....tepuk tepu sbg masage ....

    BalasPadam
  18. tu rara skrg jarang bawak princess g tmpt2 gitu.risau sgt.hmm kalau dorg x sihat.mmg susah hati.

    BalasPadam
  19. aaa, kena masuk ubat ek? mcm asthma pulak kak. semoga emir cepat smbuh. thanks for the tips kak :)

    BalasPadam
  20. siannya Emie.. hope dah fully recovered yer sayang..

    BalasPadam
  21. bru tahu ni..
    tq for sharing

    BalasPadam
  22. tengok muke emir comel je.. pasrah je.. ape pon tetap macho..

    BalasPadam
  23. tq for sharing farah..danish pun dulu kerap jgk amik neb..tp btl la..klu bole kite cube cara lain..klu danish selsema hsbnd yg slalu amik alih tugas..die rendamkan danish dlm baby bath tab (bg wap utk cairkan kahak) then mainkan jari kt lidah bg die muntahkan kahak tu sambil tundukkan sket kepala danish n tepuk2 belakang..biasanya menjadi la ngan danish..tp skang ni dh bsr, danish dh bole buang kahak sendiri..hihi..

    BalasPadam
  24. kalau orang dewasa gigih sikit kena neb ni...x tahan tgok budak kecik kena neb

    BalasPadam
  25. terkenang nurin dulu kala hingga umur dia 4 tahun dok amik neb ni.
    skang da ok dah...

    BalasPadam
  26. Boleh aida praktikkan nanti..nampak macam mudah..hehe..Mintak2 mujarab kat anak2 aida nanti..Semoga cpt sembuh ye Emir..kesian tengok kena neb..diorang tak suka sebab rasa tak selesa kan..

    BalasPadam
  27. Farah...ini yg merisaukan hati ibu2 kan bila anak sakit...tp adakala terpaksa kita guna neb utk bg kelegaan pada anak...bagus tips tu...leh apply nanti

    BalasPadam
  28. Sup ayam uh memg saya tau bagustime xsihat

    BalasPadam
  29. Anak akk pun batuk dan selsema ni. Geram je dgr batuk tu. X suka bg anak ubt batuk tp apakan daya. X bg bertambah teruk lagi.

    Ank akk pun dulu dok ambik neb ni jugak bila nafas dah start wising. Bila dah besar x de dah.

    BalasPadam
  30. Emir x tahan berendam kt air lelama eh.. Nk2 pula sejuk mlm kut kak..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||