Entri Penghargaan Khas Buat Yang Menaja Penginapan Kami di Bayou Lagoon Resort,Melaka & Grand Lexis Port Dickson..

08:04

Assalamualaikum
Pertama sekali Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini...memang tak sangka anniversary kami yang ke-12 ini akan meninggalkan satu memori yang sangat indah buat kami sekeluarga..

FYI, memang setiap tahun farah dan husband akan seboleh-bolehnya pastikan kami dapat celebrate anniversary kami dengan pergi bercuti kemana-mana..tak kisah la destinasinya di dalam negara ataupun luar negara..yang penting ianya mestilah di dalam lingkungan bajet yg kami ada..kalau ada rezeki lebih...maka jauhhh la sikit kami berjalan..kalau bajet ciput celebrate kat Penang pun jadi la..macam tahun lepas lah..

Back to story..dalam kami masih dok blur2 tak tahu di mana destinasi nak celebrate aniversary kami pada kali nie...tiba2 tak sangka pulak ada pihak yg offer tempat penginapan yg sudah lama menjadi idaman hati.. memang dah lama kot farah dok ushar2 nak stay di Grand Lexis Port Dickson tue.. tapi bila tengok harga..mak aiiiiiii.. tersedak la jugak kann..itu baru harga satu malam.. kalau 2..3 malam???? hahaha.. u all hitung la sendiri yer..kat en3 yg lepas farah dah share kan berapa harga satu malam nak stay dekat sana.. harga satu malam utk bilik yg biasa jer pun dah cecah sampai RM600 dah..huhuhu.. so memang dah rezeki kami la dapat merasa stay di bilik yg berharga RM1k+ semalam..

Dan lebih terharu lagi apabila pihak tersebut jugak turut menaja penginapan kami Bayou Lagoon Resort Melaka yang mana unit apartment tersebut adalah unit mereka sendiri...


Mereka yg farah maksudkan adalah Dato' Suhaimi dan Datin Muniroh (Pengasas Produk Komestik Natasya) yg jugak kenalan adik farah.. So a very special thanks kepada Dato' dan Datin kerana sudi menaja penginapan kami sekeluarga hari tue.. Jasa baik Dato' & Datin amatlah kami hargai..sesungguhnya dengan tajaan ini telah meninggalkan seribu kenangan manis buat kami sekeluarga..hanya Allah yang mampu membalasnya.. Semoga perniagaan Dato' & Datin sentiasa maju jaya dah dirahmati Allah S.W.T..



Love,
Farah

You Might Also Like

34 comments

  1. Wahh. Alhamdulillah. Rezeki. Bukan senang nk stay dlm bilik memahal cenggitu kan. Hehe

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah farah dan suami dapat berganda rezeki ni...tajaan dari dato dan datin tu sebenarnya sgt tak disangka2 kan dear farah...syukur ya Allah, julia baca ni pun tumpang sangat gembira dear...ju pun ari tu dok hotel glory depan je ngan lexis...nanti Qi besar sikit nk pi situ lah guna promo groupon hehehhe...leh mandi private pool cm emir weeee

    BalasPadam
  3. ohh Datin Muniroh ker.. anak dia suhaila tu sekolah sama jue masa kat sungai petani.. kenai sangat lah..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. tahniah Farah dan tumpang happy di atas rezeki yang diberikan Farah dan suami. Semoga ikatan cinta kekal hingga ke jannah.

    BalasPadam
  5. rezeki anniversary..untung la..bkn 1 tmpt ditaja tp 2 kn...

    BalasPadam
  6. wah..beruntungnya farah..:)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah rezki akak dan family.

    Eka punya anni lagi dua minggu macamtu. tak tahu nak celebret kat mana. Tekak rasa nak makan stobery je hehehehehe

    BalasPadam
  8. bestnya dapat sponsor bercuti...

    btw done follow u dear... follow mine too :) - Noob

    BalasPadam
  9. Waahhhh mmg rezeki farah sekeluarga!!! tahniah2!! pasni mn la tau kan menginap kat natasya resort CH pulak kan... aminnnnnnn

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah reeki family. Best tu grand lexis. dalam wishlist Dilla gak tu nak pergi sana

    BalasPadam
  11. wow bestnya ada org taja lagi.. happy anniversary farah

    BalasPadam
  12. wah best ni... rezeki2.... tahniah dear

    BalasPadam
  13. WAHH ADA TAJAAN..SYUKUR..REZEKI SAMBUT ANNIVERSARY EHH..bestnya..^_^

    BalasPadam
  14. alhamdulillah rezeki tu =)

    BalasPadam
  15. alhamdulillah rezeki..baik hati dato n datin ;)))

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah. Bertuahnya kamu. Rezeki nak sambut anniversary. Tahniah.

    BalasPadam
  17. alhamdulillah. rezeki :)

    BalasPadam
  18. alhamdulillah, rezeki.. seronoknya percutian di sponsor ni dear...Mama Niza

    BalasPadam
  19. waaaaah! Lexis!! best gilaaaaa

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    BalasPadam
  20. alhamdulillah ... rezeki Allah ...

    dedua tmpt tu dato' tu yg sponsor ke ...waaahhh

    BalasPadam
  21. Mahalnya. Baru igt nak pegi. X jadi la

    BalasPadam
  22. tahniah tahniah...seronok yang amattt..nanti post gambar hokeh

    BalasPadam
  23. alhamdulillah.. untung farah dan suami.. emir lagi untung! boleh join sekali..

    BalasPadam
  24. Murah btl rezki sis, bukan mudah org nak bagi sponser mcm ni kan

    BalasPadam
  25. wah bukan sebarangan orang yang sponsor rupanya
    appaun rezeki farah dan keluarga
    moga memberikan pengalaman yang manis sepanjang di sana =)

    BalasPadam
  26. Untong larrrr... syukurr... datuk kami2 pun nak jugakk... hehehe...

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||