#FarahEdy12thWeddingAnniversaryVacation Part III | Ronda-Ronda di Bandaraya Melaka

09:39

Assalamualaikum...
Kita sambung citer lagi ok.. selepas check-out kami terus cari tempat nak makan.. orang kata kalau berkunjung ke Melaka rugi kot kalau tak pekena Asam Pedas.. so mula la google sana..google sini cari info kat mana tempat makan Asam Pedas yang paling best di Melaka...


Dan hasil google-an tersebut membawa kami ke siniii.. Restoran Asam Pedas Selera Kampung!.. Masa kami sampai di sini tak silap dah jam 3.30 ptg dah pun.. tapi orang still ramai gila..kami sampai kena menunggu lebih kurang 5 minit sebelum dapat table.. huhuhu.. 

Ingatkan berada di carta top-ten carian Google best sangat la makanan kat sini.. tapi rasanya so-so jer..*maybe tak kena dengan selera tekak orang utara nie kot..huhuhu..maaf yer.. bukan kata tak sedap.. sedapppp..tapi kurang kick orang kata..harga ok lah.. total makan untuk 4 orang dalam RM40 sahaja..

Lepas makan terus pusing2 kat sini pulak.. saja bawak anak2 pusing tengok tengok Bandaraya Melaka.. Bergambar kenangan bersama Replica Kapal Terbang kat sini..

Nak pergi tempat lain dah tak sempat..sebab dok kejar masa nak ke Port Dickson pulak..so jenjalan kat sini pun okey la.. 

Saja suka-suki edit gambar kekononnya kembali ke zaman lalu..agaga.. 


Bergambar kenangan bersama Replica Keretapi Tanah Melayu S.Lukut 21111...


Ada ke nak tarik keretapi nie.. ingat mainan ke Emir oiiiii.. 


No caption..layan jer la.. 


No caption jugak.. tengok jer la..hahaha

Salah satu tarikan di Negeri Melaka nie of coz la beca yg colorful nie kan.. tapi kami tak naik pun hari tue.. harga RM25 utk satu pusingan..rasanya boleh kurang sikit kot kalau kita pandai tawar-menawar..sebelum nie farah dah pernah naik dah..masa tue datang dengan hubs jer..lepas bargain kami dapat dalam RM15 jer untuk satu round...heee..so kena pandai2 la yer..


Irfan bersama replica T-rek..Emir tak nak..takut...Ermmm












Apa nama tempat nie ek??.. sorry tak tahu la namanya..kami main redah jer..tapi tempat nie cantik.. ada ukiran2 batu yg berkisarkan sejarah Negeri Melaka...

Seterusnya ke Kota A'Famosa...







tapi sekejap jer kami kat sini...tak tahan nak dok lama2 kat sini..membahang betul panasnya..Melaka pun panas ek.. sama macam kat Penang jugak la..


Sebelum balik.. singgah di Pahlawan Walk sat.. ingat nak beli la sedikit ole2 kat sini.. tapi anak2 buat hal.. macam2 yang depa nak..sampai nangis2.. so tak lama jugak la kat sini.. tak sempat cover sampai dalam pun..


Just beli topi koboi nie jer untuk anak2...gula melaka pun tak sempat nak beli... berjalan dengan anak2 kecik macamni la.. banyak ragamnya..huhuhu.. 





Ini sahaja la tempat yang sempat kami singgah semasa di Melaka.. memang tak sempat nak cover semua tempat menarik di Melaka.. tapi tak pe ada rezeki pasti kan kembali lagi yer dak.. =D

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Port Dickson pulak..yg tue next en3 la farah story yer.. Bye.. >__<


Love,
Farah




You Might Also Like

26 comments

  1. Suka la Emir dpt topi koboi ngan pistol kayu tu :)

    BalasPadam
  2. coconut shake kat sana tak minum ke..??

    BalasPadam
  3. salams farah

    wahh best jalan2 melaka...:)

    BalasPadam
  4. Bestnya bila dpt jln2 dgn family kan .... :)

    BalasPadam
  5. kite org kedah mana mkn asam pedas..mmg tak kena tekak ... cer gulai .... bertmbh2 nasi baq hang

    BalasPadam
  6. Lya baru sekali gi melaka tu pun x puas lgi round2

    BalasPadam
  7. sakan betul farah berjalan...posing pun meriah

    BalasPadam
  8. eka aritu pon makan kat restoran tu tapi memang kena tekak la hehe sedapp.

    Beca x naik pon aritu hehehe

    BalasPadam
  9. Melaka salah satu destinasi yang paling kak ana suka pergi, best2 kat sini termasuklah asam pedas daging tetelnya :)

    BalasPadam
  10. tengah mencari juga asam pedas sedap kat melaka. dah fara kata kedai tu..so.n so jer rasanya..batalkan niat nie..hihi

    BalasPadam
  11. masa 1st p melaka tak jumpa pon yg ketapi tu.. cantik kan bergambar kat situ..

    emir jom lawan tembak2.. :)

    BalasPadam
  12. tak pernah sampai Melaka lagi..

    BalasPadam
  13. Wahh seronok jugak jalan-jalan Melaka..aida pon dah lama tak pergi Melaka..huhuhu..nanti ingat nak pergi jugak la sebab Aqil boleh tengok replica yang besar2 tu..hihih..Tapi kalau cuaca panas memang tak seronok nak jalan kan..terbatas sebab anak2 meragam kan..

    BalasPadam
  14. salam singgah petang Farah...bestnya dapat jejalan ke kota bersejarah ni...bnyk tangkap gambar...

    BalasPadam
  15. sayangnya tak balik melaka,kalau tak boleh jumpa farah dan emir..

    BalasPadam
  16. farah.. tiap kali bace cerite orang pergi melake cari asampedas.. fifi teringin tapi tak pernah berkesempatan.. adekah sebab mak tiri orng melake dan selalu buat asam pedas?

    comel emir nak tarik keretapi..

    BalasPadam
  17. Makanan kat restoran tu memang biasa2 jer... idah dah try dah... next time try Asam Pedas Hajah Mona kat kota laksamana... haaa yg tu baru terangkat... tapi dia buka petang hingga ke awal pagi jer...

    BalasPadam
  18. wahh..bukan main lg emir tu..comel..hihihi..rm15 kire murah la farah beca tu..ila penah kene spi 40..nk pitam rase..xtau pun leh nego lg..

    BalasPadam
  19. saya pun kalau ke sini memang tak tahu nak kemana
    banyak juga tempat dapat lawat tu walau sekejab

    BalasPadam
  20. Melaka mmg best...wpun byk kali dh pi tp tak puas kan farah...seronok yer emir suka tgk dia riang sungguh

    BalasPadam
  21. rsto mmg selalu ramai...kalu kami dtg, seawal 11 pagi! nk dpt seat punya psl...

    BalasPadam
  22. Nti zahra dh besar sikit nk terjah sini blik la.. Hihi..

    BalasPadam
  23. Memang best gi melaka. Byk tempat2 menarik.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||