DariDapurMerahFarah | Resepi Siakap Masak 3 Rasa

14:41


Assalamualaikum...
Haiiii....hari nie nak update blog tapi idea tak mau mariiiii la..Adoiii!!! tapi Farah tetap jugak nak update..so godek2 gallery handphone jumpa la gambar yg boleh dibuat modal.. so layan jer la yer...kih..kih..kih..

Checkadaut!

RESEPI SIAKAP MASAK 3 RASA

BAHAN-BAHANNYA
  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah*
  • 2 camca besar tepung jagung*
  • Sedikit garam*
  • 1 batang serai, diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji cili merah, buang biji dan didadu
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 inci halia, cincang halus
  • 3 camca besar sos cili Thai
  • 1 camca besar cili kisar
  • Sos ikan dan gula secukup rasa
  • 3 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1/2 cawan air
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA

  • Ikan siakap dibuang sisiknya, disiang dan cuci bersih. Perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit. Cuci hingga bersih dan ketepikan. Lap ikan tadi dengan tissue dapur hingga kering, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan tepung jagung rata2. Kemudian goreng ikan tadi hingga masak dan garing kedua2 bahagian. Angkat, toskan dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga harum, masukkan serai titik dan cili kisar, tumis hingga cili garing. Masukkan sos cili Thai, kacau dan masak sekejap. Masukkan air dan biar mendidih.
  • Tambah cili merah dan jus limau kasturi. Perasakan dengan sos ikan secukupnya, dan sedikit gula jika perlu. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  • Curah kuah masam manis atas ikan dan tabur hirisan daun bawang. Hidangkan segera..



FYI, resepi nie Farah cilok dari blog Abg Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan..sebab Farah dah muak masak Siakap 3 Rasa versi sendiri..so sesekali try la versi orang lain pulak..Farah nak cuba resepi dia sedap ke idokkk...tapi ternyata memang sedap sehingga menjilat jari!!!!hehehe... so terus copy resepi Abg Mat Gebu nie masuk blog sendiri.. mana la tahu kot2 terlupa boleh godek kat blog sendiri jer kannn..hehehe..Okey lah u all cuba tau..memang marvelous! *Farah bagi 5 bintang!!! Bye  >__<



Love,
Farah

You Might Also Like

37 comments

  1. Nyaman ni.. tapi part buang sisik paling tak best. Kalau beli suh kedai siap2 buang sisik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... betul..betul..betul... mmg part buang sisik ikan part paling tak best kan..

      Padam
  2. Wahhh! menjadi la Farah ... tengok pun tau sedap ((tunjuk jari bagus)) cenggini! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks anim...mmg menjadi..wah puji diri sendiri* tutup muka..

      Padam
  3. tyg2 je farah? x reti2 ke nk hntr ke sini? ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anies..hantar tak mau...nak meh rumah masak sekor utk anies jer..=D

      Padam
  4. Assalamualaikum kak farah, wahh sedapnya. fav sheila ni.. heee tapi lama pula tak masak ni... terliur kita :)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam sheila.. try la nnti..sedap!!! Hehehe

      Padam
  5. Belum penah cuba buat sndiri siakap 3rasa nij..nti blhla try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba lah.. mmg terbaik resepi abg mat gebu nie..=D

      Padam
  6. Mak aiiii sedapnye.. terkeliuh kottt hehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. AaHaaaa...maaf ler buat tasha terliur..tuh akak dh share resepi try la buat...hehehe

      Padam
  7. Sedapnya. Kecur ailio kita nengok ☺

    BalasPadam
  8. OMG !!!
    sedap nyer tgk gambo :)
    tapi rasa nyer pasti lebih sedap ekk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sedap.. aida try la buat guna resepi yg farah share tue.. =D

      Padam
  9. Resepi dari Mat Gebu mmg teror la farah...lg2 farah dh mencuba lagi la menyengat rasanya...ju tgk pun tau sedap farah masak...alahaiiii nak pi cari ikan siakap la gini pasar borong dekat dgn rumah hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer btl Jue.. memamg penyengat rasanya.. jue try la nanti..=D

      Padam
  10. saya jeles betoi tgk deko2 umah farah ni... hidang makanan ats meja pun cantik!! haihhhh... umah saya gak dh mcm reban ayam.... segan je org tgk.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa2 jer dear.. nie pn ikut mood jugak.. kdg malas tue xdak lapik2 lagi dah...terus ngap jer! hehehe

      Padam
  11. Balasan
    1. Mesti la sedap cik nor..tengok la sapa yg masak..kui..kui..kui.. =D

      Padam
  12. memang sedap! kalau balik rumah mertua, mesti kakak ipar yang masakkan siakap tiga rasa ni :) hihi

    BalasPadam
  13. wah farah..sedapnye..ila pun suke tgk resepi che mat..slalu masakan kg curi resepi kt blog che mat..mmg terbaik la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..sama la kita..selalu kalau blur tak tahu nak masak apa mesti skodeng blog che mat..=D

      Padam
  14. ikan siakap ni memang sedap kalau masak gini kan farah?
    saya belum penah cuba masak ikan siakap
    biasa guna ikan bawal aje...hehe

    BalasPadam
  15. sedap sedap.. tiga rasa sedap..
    semalam makan siakap bakar cicah air asam hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh siakap cicah air asam pun best tuh!! =D

      Padam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||