#OHHSOME FEST 2014 AT AVENUE K MALL

08:30



Date: 14 December 2014
Day: Sunday
Venue: Level 3 & 4, Avenue K, Kuala Lumpur
Time: 2pm-5pm




Assalamualaikum...

First and foremost, JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK NUFFNANG DAN #HOTLINK di atas peluang yang diberikan ni...nervous juga nak terima. almaklum laa... first time la kata kan...=D

Sebenarnya, event ini dianjurkan untuk meraikan pelanggan2 setia Hotlink yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kejayaan #HOTLINK. 

Berlangsung selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad (13-14 December 2014), pelbagai program telah diatur dan disusun untuk orang ramai. Dari pagi hinggalah ke petang..dan yang lebih mengujakan, program ini adalah PERCUMA! apa yang perlu anda lakukan cuma download #HOTLINK RED APP di telefon bimbit masing2 dan nikmati segala event yang disediakan di Level 3 & 4 seperti konsert, permainan, aiskrim dan sebagainya. 

Selain itu, #OHHSOMEFEST juga menyediakan #OHHSOMEBAZAR khas untuk anda yang suka membeli belah. pelbagai barangan dijual seperti t-shirt, accessories, topi, headband, pakaian... plus makanan dan minuman...Oh ya... booth untuk perkhidmatan juga disediakan seperti perkhidmatan teksi, perkhidmatan logistik, pendidikan dan lain2.

Dalam banyak2 program yang diaturkan, bagi farah #OHHSOMETalks yang paling best. kenapa? sebab banyak ilmu yang diperoleh daripada pakar2...sebagai contoh, talk yang disampaikan oleh Mr. Andrew Chow, Social Media Strategist dari Singapura -antara kata2 beliau adalah: "orang ramai (audience pada masa sekarang ingin mengetahui 'the story behind the real story'...hah, faham tak maksudnya tu? ringkasannya macam ni... macam mana sesuatu perkara tu boleh jadi viral kat media sosial?? ianya bukan sebab pelakunya tetapi cerita disebalik hal tersebut. contoh, kes bergaduh. bagi audience bergaduh tu benda biasa. tapi kalau yang bergaduh tu orang ternama... hah, kes tu lebih sensasi kan? kenapa orang ternama tu bergaduh? Adakah dia yang memulakan pergaduhan tu atau orang lain yang nak cari gaduh dengannya? hah... itulah maksud the story behind the real story. Banyak intipati yang dapat dikutip tapi nak tulis kat sini, memang tak muat laa...sampai esok pun tak habis...

Apapun, salute dengan #HOTLINK kerana menyediakan program sebegini. sambil berhibur, dapat juga kita kutip ilmu kan...

Okey laa... meh kita bercerita dengan gambar pulak ya...

Antara program yang berlangsung sepanjang #OhhSOMEFest 2014.. rasanya macam tak cukup je Nuffnang beri peluang untuk review event ni dalam tempoh 3 jam sahaja... ;-)

Pintu masuk bazar...jika tengok dari luar, macam tak banyak tapiiii... bila dah masuk....

wahhh... ramainya yang participate #OhhSomeBazar ni!

Terselit rasa bangga bila tengok ramai anak2 muda yang join bazar ni...semangat keusahawanan yang harus dipuji! thumbs up untuk depa! Oh, ya... antara barangan yang boleh diperoleh di sini adalah seperti t-shirt, topi, pakaian kasual, accessories seperti gelang tangan, rantai manik dan sebagainya..

Mendengar talk yang disampaikan oleh illustrator terkenal. Alamak... terlupa pulak namanya... tapi idea yang dikongsi oleh beliau memang superb! Siapa kata jadi pelukis tak boleh berjaya??

Yang nie pulak... Emmm... macam papan iklan sempoi tapi penuh berinformasi daripada sketchpoststudio.com. antara pihak yang turut serta dalam #OhhSOME fest kali ini.

Hah, nie la individu di sebalik sketchpoststudio.com... See,focus betul dia buat kerja. sambil talk berlangsung, laju je tangan dia buat sketch. (masa ni talk pasal perkhidmatan teksi (teksi.my)

Berlatarbelakangkan bangunan KLCC. ni kira macam pentas utama laa.. nampak tak poster kumpulan BASTILLE tu? jangan tertipu ya...sebenarnya konsert Bastille akan berlangsung pada bulan depan (8.1.2015). dan #HOTLINK merupakan antara penaja konsert tersebut. So, kalau nak tahu lebih lanjut, download la RED APPS sekarang juga! Mana tahu, ada rezeki boleh tengok konsert free nanti.

Ada nampak tak 2 almari kat situ? warna coklat dan kelabu? sebenarnya ada hadiah disediakan kepada sesiapa sahaja yang berjaya membuka kunci pada almari tersebut. caranya mudah je. ambil gambar kat #OhhSOME FEST ni then hashtag (#LIVELIFELOUD) kat media sosial. then anda akan dapat kunci untuk membuka almari tersebut. lagi banyak gambar yang anda share, lagi banyak kunci yang anda dapat. senang kan?

Ni, game yang paling best khas untuk si hati kering! ;-) apa ek nama game ni? nak join ni senang je. just download RED APPS dan pastu tu queue untuk tunggu giliran. niat di hati memang nak try, tapi bila tengok cara dia lepaskan tali tu menjulang ke atas, tetiba rasa senak je perut ni... 

Menjerit2 member kita ni masa dilepaskan. sambil menjerit dia harus menjerit #OhhSOME sekuat hati... anda mampu? ;-)

Dah penat berjalan sana sini, of coz laa tekak pun kering kan. kat #OhhSOME Fest ni, dengan hanya download RED APPS dan tunjukkan kat kaunter, anda dah boleh dapat aiskrim free! ohhh... senangnya! jimat ya pun! nak lepak2 kat situ sambil makan aiskrim dan menghayati panorama KL dari rooftop pun, no problem laa..

Hah... ni laa main stage nyer di mana konsert berlangsung. masa ni tiada sebarang konsert berlangsung... sob sob sob...terlepas nak tengok Altimet beraksi...

Booth2 untuk pelbagai perkhidmatan antara yang terdapat di #OhhSOME FEST. Mereka nie peramah sungguh! tanya je laa apa sahaja soalan. pasti mereka akan jawab dengan jayanya. Salute!

Booth Hello Soda ni menjual air bikarbonat (dalam botol). yang best nyer, kurang manis dan kurang gas.beli sebotol je hari tue. just nak rasa. RM4 sebotol tapi kalau beli 4 botol, mereka kasi RM15. Nak info lanjut tentang mereka, cari je kat FB/ Twitter/ IG Hello Soda.



Sebagai kenangan especially yang join game yang disediakan kat #OhhSOME Fest ni... anda boleh lah collect gambar2 yang diambil oleh #HOTLINK ni. syaratnya sama juga...download RED APPS je... then enjoy!

Hah, nie la Mr Andrew Chow yang farah cakap tadi. Beliau ada menulis sebuah buku yang berjudul "SOCIAL MEDIA 247". kalau berminat, cuba jenguk2 rak kat kedai buku... tak pun surf internet je... beli online kan mudah!

Last but not least... #OhhSOME FEST memang BEST! harap2 tahun depan ada lagi program sebegini yang dianjurkan oleh #HOTLINK. TERIMA KASIH #HOTLINK TERIMA KASIH NUFFNANG!

p/s NUFFNANG dan #HOTLINK. jangan lupa jemput farah lagi tau!!! *kiss

Thanks juga buat Anies...nanti kita jumpa lagi ok!!!! *kiss


Love,
Farah


You Might Also Like

30 comments

  1. assalamualaikum
    singgah pagi jumaat

    BalasPadam
  2. Bestnyeeeee ...! Interaktif dan banyak aktiviti di sini. Good sharing dear! :)

    BalasPadam
  3. u make me smile *____________*

    BalasPadam
  4. wah sampai ke kl sanun yerrr

    BalasPadam
  5. Best nye. Mcm2 ada. Bnyk la pngalaman n sharing dr kak farah pasni. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah apa2 nanti akak update lagi yer..=D

      Padam
  6. ermm tak sempat pi lah, tak de kat KL time ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaaaa kalau tak boleh jumpa.. rasanya kita pernah dah jumpa sekali..masa event Dove hari tue..igt farah tak??? hehehe

      Padam
  7. waahhh tahniah ... tahniah... hebat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki.. thanks.dear..=D

      Padam
  8. Meriahnya..untung fara dpt join..

    BalasPadam
  9. saya x guna hotlink ... dpt tgk kat sini jer ... meriah !

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom la bertukar kepada hotlink sekarang..hehehe =D

      Padam
  10. best kannn..... cuma tak sempat nak jumpa korang semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe nanti2 kalau ada lagi kita jumpa yer..=D

      Padam
  11. sapa la yg tak seronok dapat join event mcm ni,kan..

    BalasPadam
  12. wah farah!
    salute dekat farah sebab rajin join event gini
    sanggup turun sampai KL tu
    ni sorang aje ke time ni, tak ada pula gambar farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau event tue yg berbaloi utk kita why not kan...heee.. =D

      Padam
  13. Balasan
    1. Alaaa kenapa tak pergi.. rugi tau..=D

      Padam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||