Sumbangan Derma Kilat Buat Adik Muhammad Izzsyraq Azraq Daripada Wargakerja Dan Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Tenaga Kerja P.Pinang

11:36


Assalamualaikum dan Salam Jumaat...
Baru-baru nie farah ada menerima satu private massage dari sahabat blogger farah iaitu YanaYani di FB Pages Blog Mrs.Secretary yang memohon bantuan farah untuk menyiarkan kisah Muhammad Izzsyraq Azraq yg mengidap penyakit Short Bowel Syndrome..dikatakan penyakit ini sangat rare dan rawatan yang diberikan adalah di atas dasar try and error sahaja.. Ya Allah sebak farah mendengar bayi comel yang baru berusia 1 tahun 8 bulan ini diuji dengan ujian yang Maha Hebat..*cry


Justeru, farah yg jugak seorang ibu amat memahami apa yang dilalui oleh keluarga adik Muhammad Izzsyraq Azraq dan sebab itu lah farah rasa terpanggil untuk membuat kutipan derma kilat di Jabatan farah..dan Syukur Alhamdulillah bukan sahaja Wargakerja Jabatan ini sudi menghulurkan sumbangan tetapi farah turut mendapat sumbangan daripada Kelab Sukan & Kebajikan KESKEP Jabatan farah...



Di sini jugak Farah selaku wakil bagi semua Wargakerja dan Ahli Kelab berharap agar sumbangan ikhlas kami ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan bagi kos rawatan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga Muhammad Izzsyraq Azraq..

Kami doakan semoga adik kecil comel ini segera sembuh! dan semoga Ibubapa Muhammad Izzsyraq Azraq tabah menghadapi ujian Allah S.W.T ini.. Amin...

Buat anda yang ingin turut membantu Muhammad Izzsyraq Azraq ini boleh menyalurkan sumbangan anda di akaun Ibu Adik Muhammad Izz seperti berikut:-

CIMB BANK : 7015995636
( NOR SARAFINA ELIASOD)

Lebih details mengenai Adik Izz boleh diperolehi melalui blog Papa beliau, http://ekjozbuluh.blogspot.com/ ataupun fanpage FB di SINI..


Love, 

Farah


You Might Also Like

23 comments

  1. baru jugak tahu kes adik izz dr ben... memang kecian bby ni. meh la sumbang pada yang berkemampuan...

    BalasPadam
  2. kesiannya,,Ya Allah,,semoga dipermudahkan urusan adik Azraq ni!! ;)
    btw,,iqha singgah sini sambil klik nuffnang "INTI".. :)
    http://mylifemiqhaazmi.blogspot.com/2014/12/cara-nak-buat-duit.html
    do visit me and click ya,,tq :))

    BalasPadam
  3. alhamdulillah... semoga apa yang farah usahakan akan berjaya, terima kasih atas bantuan farah... mama juga sebak membaca kisah adik Izz...

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum. Buatkan saya dan keluarga terharu kerana tuan/puan bukan sahaja mendoakan adik Izz tetapi turut memberikan sumbangan. Murah hati tuan/puan, diharapkan agar Allah murahkan lagi rezeki tuan/puan. Terima kasih banyak2 kami sekeluarga ucapkan.

    BalasPadam
  5. tu laa farah.. tau pon dari blogger2 lain.. =( terasa..sebab yan pon ada bayi seusia baby izz.. =(

    BalasPadam
  6. ada terbaca tentang kes adik Izz nikt blog seorang kawan...sangat2 sedih...
    semoga sumbangan Farah dan kawan2 sedikit sebanyak dapat membantu keluarga Adik Izz..

    BalasPadam
  7. semoga baby ini kembali sihat ..dipermudahkan urusannya

    BalasPadam
  8. Moga dapt membantu. Comel adik ni. Miga Allah beri kesembuhan untuk adik Izz.

    BalasPadam
  9. Asalam..cuba ke blog Etuza baca atas entry terbaru the new Entry ada nama mrs s tau ..tq follow

    BalasPadam
  10. Asalam baru baca kisah adik ni..kesian/ simpati ..inshaAllah akan berusaha semuanya amal jariah ya. banyakkan sabar dan minta pada Allah. Allah jika dia kabulkan maka sihatlah dia InshaAllah ya..ok nak liknkan blog ni ya..

    BalasPadam
  11. sedih... sian...
    in shaa Allah aida pun nak inform asben, bantu ibu ayah si comel ni...
    moga sihat hendak nya...

    BalasPadam
  12. SubhanaAllah...adik Izz, dari air mukanya menunjukkan adik izz ni kuat tau...kuat tahan ujian Allah, auntie ju pun tak sekuat adik Izz tau...adik Izz, allah bg ujian ni sebab Allah tahu adik Izz kuat dan boleh harungi, sokongan padu mama dan ayah adik izz serta auntie farah dan rakan2 yg lain membantu serba sedikit harap dpt ringankan beban rawatan adik Izz...adik Izz, wpun kami x mengenali adik izz tp ketahuilah seluruh pembaca yang membaca kisah adik Izz pastinya akan anggap adik Izz sebahagian dari kami semua...tiada bezanya...kerana kami adalah ibu...ibu yg punya hati seperti ibu izz dan ayah izz jua...alhamdulilah terima kasih farah, sumbangan demi Allah harap dpt berikan adik izz rawatan yg sewajarnya...amin...nak follow blog papa izz.

    BalasPadam
  13. farah terima kasih!
    moga bertambah rezeki farah dan rakan-rakan ye

    BalasPadam
  14. Moga sda ramai lg yg melakukn usaha murni ini...

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah.... semoga dapat mengurangkan sedikit beban keluarga adik Izz...

    BalasPadam
  16. Ya Allah.. Kurangkanlah penderitaan adik ni. Semoga murah rezeki semua yang menderma untuknya.

    BalasPadam
  17. Mmg sedih bila dpt berita anak2 sakit ni... moga Allah beri kesembuhan buat adik izz... amin...

    BalasPadam
  18. Betapa besar dugaan yg d tanggung oleh kluarga adik izz, moga sedikit bantuan yg di hulurkn dpt meringankn beban kluarga adik iz

    BalasPadam
  19. Allah hu akbar.. moge adik izz cepat sembuh.. sayu hati bace..

    BalasPadam
  20. Comel baby izz ni. Smoga cpt sembuh.

    BalasPadam
  21. kesiannya adik tu..comel pulak tu

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||