Umur Berapa Yang Sesuai Untuk Hantar Anak Ke Kindergarten?

13:09


Assalamualaikum...
Last weekend ada open day untuk new intake di Little Caliphs dan Brainy Bunch..asalnya tujuan pergi sana sebab nak survey kindergarten untuk anak sedara farah si irfan tue..tahun nie dia dah 5 tahun..sekaliii farah pun dah terjebak sama nak hantar Emir walaupun tahun depan Emir baru berusia 3 tahun..kemudian tue ada la pulak cakap2 yang tak berapa enak didengar.. like...
  • "Eh farah tak cepat sangat ke nak hantar Emir pi school?"
  • "Eh farah jangan hantar Emir..baru 3 tahun...bazir duit sebab dia akan main ja nanti"
  • "Eh farah kalau hantar Emir awal sangat nanti dia cepat jemu...nanti dia tak nak pi school dah"

Ehhhhhh berapa banyak Eh daaaaaa...agagaga.. biasalah tue..semua orang ada pendapat masing2 betul tak? dan i'm sure semua parents pastinya mahu yg terbaik untuk masa depan anak2 kan....same goes to me.. memang la Emir baru 3 tahun.. tapi rasanya tak salah kot kalau kita dah start dedahkan dia dengan persekitaran sekolah seawal usia ini.. lagipun mengikut apa yg pihak Little Caliphs bagi tahu..teknik pembelajaran mereka more to Play & Learn dan begitu jugak di Brainy Bunch..so tak terlalu heavy la untuk usia budak seperti Emir.. 


Untuk menguatkan lagi sama ada keputusan yg bakal farah buat nie betul atau tak untuk menghantar Emir ke Kindergarten di usia 3 tahun.. farah mula la search untuk dapatkan info...kiranya sepanjang cuti tue farah asyik google sana..google sini untuk dapatkan info tentang adakah usia 3 tahun sesuai untuk menghantar anak ke sekolah dan akhirnya terjumpa satu artikel yang menarik di [SINI] :-

*********************************************
Harian metro | PAKAR perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat lebih separuh daripada perkemba­ngan intelektual kanak-kanak berlaku pada usia sifar hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia lapan tahun.Kajian yang dijalankan pakar neurologi mendapati 80 hingga 85 peratus perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia kanak-kanak.

Jika dulu rata-rata ibu bapa menghantar anak-anak ke tadika pada usia enam tahun tetapi kini pada usia lima tahun, anak-anak sudah didedahkan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Malah senario hari ini semakin berubah apabila ramai ibu bapa mengambil keputusan menghantar anak ke tadika seawal usia tiga dan empat tahun.

Kajian di California, Amerika Syarikat mengenai pendidikan awal kanak-kanak pada 2002 oleh Sue Dockett dan Bob Perry mendapati kanak-kanak bersedia ke sekolah lebih awal tetapi tidak bersedia untuk belajar lebih awal. Sebanyak 60 peratus pula bersetuju bahawa memasuki sekolah pada usia lima tahun ke bawah akan mendatangkan kejayaan kepada kanak-kanak itu.

Pengetua Smart Reader Kids cawangan Bandar Baru Bangi, Datin Nor Hidayawati Jaafar, berpendapat pendedahan seawal usia tiga dan empat tahun untuk pendidikan prasekolah anak-anak dapat membentuk diri mereka menjadi lebih bertanggungjawab serta dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekolahan sebenar apabila mencecah usia tujuh tahun. Dengan kata lain, kanak-kanak yang berada di tadika selama tiga atau empat tahun menjadi lebih berdikari, tidak takut serta mudah menerima pelajaran di sekolah.

“Ini bermakna apabila kanak-kanak ini memasuki darjah satu mereka tidak takut kepada persekitaran sekolah, tidak mengalami kejutan budaya apabila diberi kerja sekolah yang banyak serta berhadapan dengan guru yang tegas. Ini kerana semua ini sudah dialami sepanjang berada di tadika,” katanya.

Pendapat yang sama turut diberikan pengurus Sinar Bistari Ceria, Asiah Wahid ,yang bersetuju sekiranya anak-anak dihantar ke tadika pada usia yang awal. Ini kerana pada masa sekarang kanak-kanak semakin bijak dan mula terdedah dengan teknologi yang menyebabkan perkembangan minda mereka berlaku dengan cepat.

Dia juga menolak dakwaan kanak-kanak akan mudah bosan apabila dihantar terlalu awal ke sekolah. Sebenarnya ini tidak berlaku kerana setiap tadika menyediakan sistem pembelajaran berbeza mengikut peringkat umur. Jadi tidak timbul perasaan bosan malah mereka akan lebih matang dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh apabila di sekolah rendah.

*********************************************

Dengan penjelasan daripada artikel tersebut telah membuatkan farah bertambah bersemangat untuk menghantar Emir ke "pre-school" di usia 3 tahun..agagaga
Sebelum tue meh tengok gambar2 yang sempat farah snap semasa di open day kedua2 kindergarten tersebut...


Sesi penerangan oleh pihak Little Caliphs..farah tertarik apabila diberitahu yg setiap pagi sebelum kelas bermula.. budak2 perlu solat dhuha dulu.. kemudian baru la start kelas iqra.. kelas hafazan.. kelas little science..kelas art.. dan byk lagi la.. dan yang bagusnya lagi sistem pembelajaran mereka adalah 70% in English.. 

satu lagi yang menarik perhatian farah adalah hanya 15 budak sahaja dalam satu kelas.. dan kelas ini terbahagi pulak mengikut umur iaitu 3 tahun..4 tahun..5 tahun dan 6 tahun..bagus kan macam nie..tak bercampur2...time makan pun akan diasingkan antara budak perempuan dan budak lelaki.. i like!! very da islamic kan.. =D

Di Little Caliphs nie jugak ada disediakan tempat untuk berwudhu..MasyaAllah i dah jatuh hati betul dengan Little Caliphs nie..hehehe 

Okey nie la fees untuk tahun 2015 yer.. all included..uniform..bag..stationery..buku..events..equipments..
insurance and etc..


Brainy Bunch nie pun tak kurang hebat jugak.. teknik pun lebih kurang sama ja..ada solat dhuha.. kelas iqra..art.. tapi satu jer yg tak berapa nak best bila adik tue bagi tahu kat sini bukan fully english dan didalam satu kelas pulak ada 30 orang budak..budak umur 4,5,6 akan berada didalam kelas yg sama manakala satu kelas lagi untuk budak yg umur 2 & 3 tahun.. adoiii macam tak berapa nak best kat situ kan..huhuhu.

Tema mereka hijau & kuning.. tempat ok la just nice and nampak selesa.. cuma tak sebesar seperti di Little Caliphs.. =D

Fees di Brainy Bunch pun lebih kurang ja.. tak banyak beza pun..dan yang lain2 fasiliti pun ok la..cuma maybe adik tue gagal memberikan penerangan yang membuatkan farah terjatuh cinta dgn Brainy Bunch..


So akhirnya setelah mengambil kira pelbagai faktor seperti jarak..keselamatan..syllabus dan etc..akhirnya farah memilih untuk menghantar Emir ke Little Caliphs Kindergarten..

Sebagai permulaannya farah akan try hantar Emir untuk SEM I sahaja dulu...then farah akan tengok progress Emir macamne nanti.. kalau positif kita teruskan sampai SEM II.. tapi jika sebaliknya mungkin stop dulu la dan tunggu sehingga Emir 4 tahun lah baru hantar balik..

Makanya 7 Disember 2014 nie Emir dah start pi school lah.. Yeayy tak sabar nak pi hantar Emir nanti.. =D

Love,
Farah

You Might Also Like

30 comments

  1. Akak htr Dania masuk tadika umur 4 thn..the best part lepas sebulan dia dh boleh membaca..cpt sgt dia adapt..so akak rasa x slh htr anak masuk tadika awal2..good utk diorg explore dan diorg x janggal masa masuk tahun 1..xde nak nangis2 mcm sesetengah buruk

    BalasPadam
  2. Farah..akak mula hantar anak2 akak..4 org tu..bermula umur 5 tahun..so depa 2 tahun berada di tadika..

    BalasPadam
  3. farah kat sana tak mahal lagi brainy tu kalo sini mau dekat 7 rat sebulan tau. qebal pun tukar sekolah tahun depan.. g LC... dia konvo 2x lah.. 5 thn kat SRK & 6 thn kat LC.. hehehhe tp lc siap kelas iqra ada.. lega tak payah fikir nak hantar sekolah agama dah..

    BalasPadam
  4. Anak akk sklh little caliph. Senang sbb ada transport pegi dan balik. Kalau brainy bunch x mampu la. Lgpun jauh dr rumah. So ambik yg berdekatan aje.

    BalasPadam
  5. all the best Emir..nanti update tau, progress hari pertama.saya pulak yang excited terlebih..hehe

    BalasPadam
  6. Semua org nk pendidikan yg terbaik utk anak2 dia kan fara..akk rasa xsalaj kot fara hanta emir dr skmg..sbb pre skol utk bdk umur mcm.emir tu hanya bnyk utk built confident je..better cuba dulu la kam

    BalasPadam
  7. Pd pendpt aida yg beranak 3 ni... nurin start tadika 4 thn. Syuhada plak started at 3 years old and Izzat memang dok taska sejak usia 3 bulan until now. Next year izzat 3 years old da ada uniform and silabus belajar.
    Ok sgt pendedahan awal. Nothing wrong. Bukannya diorang belajar bebetul. Result pun aida x amik berat. Develop minat diorang utk belajar. Buka minda diorang utk berkawan. Very good...

    BalasPadam
  8. yg sy penah bc la... mmg bgs hntr ank ke sekolah pd usia rendah. tujuannya, agr ank mudah bersosial kelak. tp jgn expect ank boleh trs membaca, mengira dan sbg nyer bla mrk msk sekolah...

    BalasPadam
  9. bandar puteri jaya?Dekat ja.. semoga Emir dapat sesuaikn diri.. ^_^

    BalasPadam
  10. Tak salah kalau nak hantar awal. Bagi pendedahan. Kalau berkemampuan, apa salahnya kan. Akk hantar qhalif playschool jer thn depan. Umur 5 tahun baru hantar tadika ☺

    BalasPadam
  11. tak apa hantar awal2. janji perkembangan otak dan minda anak akak baik. smoga ilmu yg diterima dapat jadikan dia orang yg berjaya di masa depan :)

    BalasPadam
  12. Ha kak farah ,rsanya ok kot nk antar emir pre-kind. Sbnrnye diaorg bukan main2 umur2 cmni. Diaorg da playgroup. Msa ni diaorg akan buat xtviti yg mrngsang minda2 anak2.tpulang kt parents. Xyah dgr sgt ckp org ni. Tsha pon da cadang nk antar pearl pre kin msa 3tahun nt, huhuhu

    BalasPadam
  13. Zaman skrh dah lain dari zaman dulu... Budak skrg cepat, so kita as a parents pun kena catch up...
    Saya agreed farah hantar emir ke sekolah sebab dia blh belajar berdikari, dan berkawan. Saya ikutkan nak juga hantar Aisya tapi husband tk mau lagi.... Huhu... Tunggu Aisya 4 thn insyaallah..

    BalasPadam
  14. Assalam farah,
    iols pun ingat nak hantar fayyadh by next year (3th - sama emir he3)
    baru dok nak survey he3
    taapiiiiiiiiiiii kelas start disember ek
    ayoyoyoyoyo lambat la iols ni
    congrats uols cepat & tangkas :)

    BalasPadam
  15. waahh best nyer emir dh nk school =)
    belajar rajin2 ye emir...

    BalasPadam
  16. Farah...thanks..hadiah GA dah sampai..

    BalasPadam
  17. subhanAllah.. farah.. bestnye dapat hantar emir awal ke sekolah.. fifi teringin sangat nak hantar ufairah ke sekolah awal2.. kadang2 jeles tengok anak2 kawan dah biase ke sekolah.. sebanrnye, ufairah pon da minta nakke sekolah.. tapi macam dah terlambat nak cari tadika.. sini.. kalau lambat je penuh..

    BalasPadam
  18. InsyaAllah....NS pun teringin nk anta Zaryth g school umo 3thun nnti...

    BalasPadam
  19. Wa'alaikum salam, singgah lagi setelah lama tak singgah, semoga sihat selalu ya, salam dari indonesia ^_^

    BalasPadam
  20. Wah bestnya emir.. Betul la every parent have their own thought. Thank you for this info. Really help especially the fee.

    BalasPadam
  21. pendedahan awal mmg elok utk didik otaknya supaya fokus cuma ada harinya nanti budak x nak gi sekolah ... masa tu jgn push . biar jer ...

    BalasPadam
  22. Umur kanak-kanak daro 0 ke atas, otak mereka mula berkembang dan mudah menerima sesuatu pelajaran. Pendapat saya tak salah hantar anak berusia 3 tahun ke taska :)

    Macam sekarang, trend baby 2 bulan ke atas da diajar swimming :)

    BalasPadam
  23. Farah lagi sekali i nak hugs u farah, i suka review ni...wahhhhhhh sekarang Little Caliph yg terbaik kan...ish nak terjebak sama la...suka plak tgk cara farah review ni puas hati sgt siap dengan hujah dan penerangan lengkap....ini yg kami mahukan...emir pasti tak sabar nak masuk belajar kan...weeeeeeeeee best2

    BalasPadam
  24. Memg Sgt mnarik la, ank2 msti cppt tangkap apa yg d ajar

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum kak farah. wahh bestnya Emir nak pergi school! in shaa Allah, Adam pun masuk awal kot. hehehee

    BalasPadam
  26. hi...nice to meet you all..please visit me back..thanks

    BalasPadam
  27. bagi ila, xkesah pun antar awal..lg bagus..tp klu peringkat emir bkn la belajar bnd2 yang kene memerah otak bagai..lebih kepada play n learn..tu yg bagus..ms kecik ni la otak die tgh berkembang..jgn ckp nnt dh bsr xnk pegi skolah, kite yg didik die..ajar la die utk suke pegi skolah..kan?xsuke ngan org yg pkir negatif mcm tu..

    BalasPadam
  28. betullah tu, setiap orang lain pendapat
    tak bermakna orang tu tak ikut cakap kita, orang tu salah kan farah?
    lagipun cara budak cope pun tak sama
    all the best buat emir =)

    BalasPadam
  29. Good choice farah... (y)

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||