ZALORA Pop-Up Digital Store @ Gurney Plaza, Penang

14:11


Date : 18 December 2014
Time : 8.00pm - 10.00pm
Venue : Zalora Pop-Up Store, Gurney Plaza Penang

Assalamualaikum..
Pada 18.12.2014 yang lepas..ZALORA, Destinasi fesyen Atas Talian Asia telah melancarkan pop-up digital store mereka yang pertama di Gurney Plaza, Penang. FYI, ini adalah store klik dan mortar yang pertama untuk ZALORA Malaysia di mana mereka mengambil pengalaman membeli-belah di luar talian ke dalam bilik pameran yang 'tradisional' dengan gabungan konsep digital.

ZALORA Pop-Up Store 2 tingkat ini membawa ZALORA secara langsung kepada para pelanggan bagi merasai pengalaman menyentuh, merasa dan mencuba sendiri semua koleksi daripada label ZALORA sendiri serta jenama pereka tempatan yang lain iaitu ZALIA, Something Borrowed, Ethnic Chic dan Jovian Mandagie. Wowwwww menarik bukan?

Okey sekarang jom ikut farah tengok apa yang ada di dalam ZALORA Pop-Up Store, Penang nie okey.. 

Zalora Pop-Up Store nie berukuran 2,300sf dan terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu Koleksi Wanita berada di tingkat bawah manakala di tingkat atas adalah bagi Koleksi Lelaki. 

Interior Design store ini menggunakan warna neutral dan berkonsepkan kayu di mana ianya serasi dengan pemilihan lokasi yang berhadapan dengan Persiaran Gurney.



Keep Calm and Shop @ ZALORA....=D

ZALORA menawarkan lebih 600 jenama terkenal antarabangsa dan tempatan dan lebih 30,000 produk merangkumi pakaian, kasut, aksesori dan produk kecantikan untuk lelaki dan wanita.

Di bahagian koleksi lelaki.. 

Banyak pilihan kasut lelaki yang terdapat di sini..

Semua cantik2.. jangan risau harganya sangat berpatutan..

selingan ~ I AM NIKON D3200....hehehe

Koleksi pakaian lelaki pun tidak kurang hebat...

Semuanya trend masa kini yg pastinya menepati citarasa u all..


Antara koleksi kasut2 wanita.. 

Semuanya gojes2.. 

Semuanya ada di sini.. pilih sahaja yg mana berkenan di hati.. =D

Berkenan yang nie tapi kecikk la pulak..agagaga

Memang rambang mata dibuatnya..kalau sebelum ini cuma boleh cuci mata di dalam komputer jer kan..tapi sekarang kita sudah boleh mencubanya sendiri.. 

Para Pelanggan juga diberi pilihan untuk menyemak imbas dan membeli barangan yang terdapat di dalam laman web ZALORA dengan menggunakan komputer dan pengimbas yang terletak di kedua-dua tingkat store ini. 

U all nak tahu tak bagaimana Klik dan Mortar ZALORA store berfungsi???? ok meh sini farah nak ajar.. 

Step 1 - Pilihan produk yang dipilih secara khas dipaparkan di dalam store dan kita boleh memilih barangan mengikut saiz yang diinginkan.


Step 2 - Kita boleh menggunakan sama ada peranti Honor atau komputer yang terdapat di sekitar store untuk menyemak imbas dan mendapat tips penggayaan dan memandankan koleksi pakaian dari 'lookbooks' yang terdapat di dalam laman web ZALORA..

Step 3 - Sebaik sahaja kita selesai memilih barangan yang hendak dibeli, kita boleh mengimbas kod bar dan kemudian menggunakan komputer untuk meneruskan pembelian kita.. Mudah jer kan?

Light refreshment served..

Semuanya sedapppppp!


Majlis pelancaran nak mula dah.. 

DJ Spinning - featuring DJ Coollen

Speech by Head of Offline Marketing and Communications of ZALORA Malaysia, Ms.Anna Nishaburi

Majlis Pelancaran bermula dengan menampilkan pasukan ZALORA dan sesi 'live chat' bersama pasukan ZALORA di gudang menerima "Pesanan ZALORA", 

dan kemudian gimik penghantaran express mengejut ke store.. Gimik ini bertujuan untuk menonjolkan kelajuan dan kecekapan syarikat ZALORA dalam memberikan service yang terbaik kepada customer mereka...

Majlis diteruskan lagi dengan Model's Catwalk.. 

Sebelum balik Farah bergambar kenangan bersama Ms.Anna yang jelita nie.. 

Last but not least.. Terima kasih kepada pihak ZALORA MALAYSIA kerana sudi menjemput farah ke launch party ini.. selepas nie mudah la bagi orang Pulau Pinang nak shopping di sini..ZALORA Pop-Up Store dibuka untuk para pelanggan 7/7 hari dari pukul 10.00am-10.00pm di Tingkat Bawah dan Level 1 Gurney Plaza, Pulau Pinang.

The click-and-mortar shop will be in Penang from 
December 15 to March 13, 2015


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zalora.com.my
Bye! >__<


Love,
Farah

You Might Also Like

38 comments

  1. wahhh makin ramaila gile bersyoping dengan zalora ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannnnn..akak la salah seorangnya..hee =D

      Padam
  2. harus ku terjah..tp kena smpi penang laa dulu kannnn ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. meh la sini..kita pi shopping sekali..=D

      Padam
  3. Balasan
    1. yer..yer.. memang wowwww sangat..rasa nak beli jer semua..=D

      Padam
  4. wow nice event, easier to shop with the store now.

    BalasPadam
  5. Bestnya..kalau turun penang nak kena pegila ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh turun Penang meh.. nak farah temankan akak pun boleh..=D

      Padam
  6. bestnya.. tapi Hana still tak yakin nak purchased online zalora ni. sebab banyak sangat isu. Nanti pi Penang boleh masuk dalam jadual salah satu tempat kena singgah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Service depa tip top yang.. jgn risau akak dah pernah order..cepat jer sampai..=D

      Padam
  7. Yeyyy dah update...syokkkk yer dpt pi event gini farah siap dapat voucher rm100...yipppiiiiiii...zalora ni suka memberi, pastu delivery dia sangat pantas tuntas, farah you looks so gojes tau outfit biru...suka tgk...shoplot zalora ni besar luas...ohhhh my besttt yeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best la jue..dok pikir nak beli apa kat zalora nie..cadang2 nak grab dress dia..gojes gila.. hehehe..

      Padam
  8. Balasan
    1. Woweeee.. jemput la singgah kalau mai Penang..=D

      Padam
  9. Balasan
    1. memang best la semua cantik2..rambang mata dibuatnya..=D

      Padam
  10. Wahhh ni best. Melaka bila lah nk ada semua ni ahhahh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaaaaa jangan risau tasha boleh beli jer ZALORA melalui online.. =D

      Padam
  11. Balasan
    1. Memang best dear..kalau datang Penang jangan lupa singgah okey... =D

      Padam
  12. wah seronoknya!
    saya selalu usha aje, belum penah beli =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la beli sekali...macam2 ada kt ZALORA nie..hehehe.. =D

      Padam
  13. akak orang penang ke..wahh..event die..menakjubkan..tengok pakaian tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus la kan konsep yg ZALORA buat nie..lebih mesra pelanggan gitu..=D

      Padam
  14. lerrrrr kami baru p dinner kat g hotel 19 hb rituh..kalau tau nih boleh p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa dekat dh tue.. hehehe..xpe nnti kalau dtg singgah la yer..=D

      Padam
  15. anyway cantiklah farah pun hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks dear.. alaa blushing la *tutupmuka =D

      Padam
  16. Now in gurney plaza mall .. Any pop up store of Zalora.... Is there.... Please let me know.

    alamtanbira@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai tanbira alam..as i know sehingga mac jer.. skrg ada lagi tak sure la pulak.. =D

      Padam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||