Bengkel Tahap Kebijaksanaan Si Manja Bersama Dutch Lady | Kebaikan Nutrisi Untuk Perkembangan Bijak Si Manja

00:00


**24hrs Sticky Post**
**Please Scroll Down For New Entry**

Assalamualaikum..


Hari: Sabtu
Tarikh: 24 Januari 2015
Tempat: Auditorium Connexion @ Nexus, Pantai Dalam KL

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada pihak #DutchLady di atas jemputan yang sangat istimewa ini.. kenapa istimewa? sebab ianya bukan sekadar bengkel biasa tetapi ianya sebuah bengkel yang sangat-sangat berguna dan bermanfaat khususnya buat ibu bapa.

Seperti yang kita sedia maklum, jenama #DutchLady bukanlah satu nama yang asing di negara kita. #DutchLady sudah bertapak lebih 50 tahun di negara kita (kalau tak silap) dan pastinya ia sudah mendapat kepercayaan golongan ibu bapa terutamanya dalam pemilihan nutrisi penting untuk anak-anak membesar.

Okeylah... berikut saya nak kongsi beberapa isi-isi penting (Ilmu) yang saya peroleh sepanjang bengkel berlangsung.

1. Peringkat awal perkembangan anak-anak merupakan peringkat pembesaran yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Oleh yang demikian, setiap kanak-kanak harus mendapat 3 perkara berikut untuk kekal sihat dan membesar dengan baik, iaitu:

a. Kesihatan
b. Penjagaan
c. Nutrisi

2. Ramai ibu bapa yang mengambil berat terhadap 2 perkara sahaja iaitu kesihatan dan penjagaan. Mereka tidak sedar bahawa nutrisi juga penting untuk anak-anak mereka. Disebabkan itu, ada sesetengah kanak-kanak yang kita dapati, berat badan dan perkembangan mereka tidak selari dengan usia. Contoh, anak sudah melepasi usia 18 bulan, tetapi masih belum boleh berjalan atau bertutur.

3. Masalah mal-nutrisi terbahagi kepada 2 iaitu kurus / obesiti dan kekurangan Vitamin D.

4. Menurut Prof. Poh Bee Koon, di Malaysia 1 nisbah 4 kanak-kanak mengalami masalah obesiti. Ini berlaku kerana mereka banyak diberi makan tetapi kurang melakukan aktiviti fizikal.

5. Kata Prof. Poh Bee Koon lagi, 50% kanak-kanak di Malaysia juga kekurangan:

a. Vitamin A
b. Zat besi
c. Vitamin D

6. Apakah kesan makanan terhadap perkembangan mental? kata Prof. Poh Bee Koon, apabila kanak-kanak mempunyai berat badan yang kurang, mereka berisiko mendapat tahap kognitif yang rendah. Manakala kanak-kanak yang obesiti pula akan mengalami 2 kali ganda masalah IQ yang rendah.

7. Menurut Dr. Yong Junina Fadzil pula, perkembangan kanak-kanak yang sihat dan selaras dengan perkembangan otak boleh disimpulkan menerusi 3 perkara berikut iaitu:

a. Simbang
b. Bersih
c. Holistik

8. Dr. Yong juga menyarankan agar anak-anak juga harus diberi ruang bersosial demi memudahkan komunikasi 2 hala; bukan banyak menghabiskan masa di dalam rumah dengan menonton TV atau bermain gadjet.

9. Selain itu, Dr. Yong juga meminta ibu bapa agar bertanyakan terus kepada pakar sekiranya anak-anak kelihatan tidak normal seperti lambat bertutur, terlalu pelat etc. ; bukannya merujuk kepada internet, rakan-rakan etc.

10. Ada seperkara menarik di mana Dr. Alvin berkongsi, Bagaimana seorang anak itu boleh menjadi cerdik? jawapannya adalah:

a. Kerana mentalnya dirangsang
b. Kerana diberi galakan untuk meneroka
c. Kerana tidak membuatkan kerja untuknya (contoh, anak diberi kerja sekolah. ibu bapa sekadar guide sahaja. bukan buat kerja tersebut untuk mereka)

11. Menurut Dr. Alvin, perkembangan mental terbahagi kepada 3 iaitu:

a. Sikap ingin tahu (1-2 tahun)
b. Meneroka (2-4 tahun)
c. Kreativiti (4-6 tahun)

12. Untuk mengetahui perkembangan mental anak-anak, just bertanyakan mereka soalan-soalan yang mudah dan lihat bagaimana / secepat mana mereka menjawabnya. contoh, kereta papa warna apa? apa rasa buah epal? etc.

13. Selain itu, Dr. Alvin turut memberi saranan kepada ibu bapa agar memberi sokongan berikut demi perkembangan mental dan fizikal anak-anak seperti:

a. Kasih sayang
b. Panduan dan tunjuk ajar
c. Permainan yang bersesuaian dengan tahap umur
d. Peluang untuk melatih motor serta kemahiran koordinasi

14. Sesuatu yang menarik yang dikongsi Dr. Alvin adalah di mana beliau menggambarkan otak manusia seperti sebuah jalan raya. Permukaan jalan raya yang baik mampu memberikan perjalanan yang lancar. Makanan yang baik dan seimbang mampu menutup lubang-lubang di permukaan jalan manakala kenderaan adalah ibarat maklumat. Jalan yang baik dan lancar memudahkan maklumat sampai ke destinasinya...mmm menarik bukan?

15. Nota tambahan daripada Dr. Alvin, beliau menegaskan bahawa aktiviti harian yang dilakukan oleh ibu bapa bersama-sama anak-anak boleh membantu permata hati mereka lebih bermotivasi. Ini penting untuk stimuli otak anak-anak.

16. Prof. Poh ada menambah bahawa semua susu mengandungi nutrien tapi memberikan susu semata-mata kepada anak-anak tidak memadai untuk perkembangan mereka. Jadi jika boleh, beliau menyarankan ibu bapa agar dapat memberi anak-anak nutrisi tambahan yang mana boleh diperoleh daripada:

a. Ikan laut dalam
b. Buah-buahan
c. Sayur-sayuran segar.

17. Prof Poh turut mengingatkan kepada ibu bapa bahawa apa yang penting yang harus ibu bapa tekankan dalam memberi makan yang betul kepada anak-anak adalah dengan cara:

a. Balance
b. Variety
c. Moderation

Di penghujung bengkel, ahli-ahli panel telah diajukan beberapa soalan daripada para peserta. pelbagai jenis soalan yang ditanya dan pastinya soalan tentang pemakanan anak-anak menjadi tunjang utama.

Selepas itu, barulah bermula sesi SPEED SMARD TRAINING mengikut sesi yang telah ditetapkan. Sesi tersebut berlangsung di ruang sebelah atas auditorium. Kelihatan anak-anak dan ibu bapa begitu bersemangat dan ceria sepanjang sesi ini berlangsung.

Okey lah... dah penat membebel. sekarang, mari kita layankan saja gambar2 yang ada ni yer!

Banner besar; merangkap 'photo booth'

Antara menu untuk sarapan. arrghhh kalau tau ada sarapan, memang sengaja laa biarkan perut ni kelaparan. sedap woo... walaupun ringkas je...

Sesaja nak snap ruang luar di bahagian Connextion @ Nexus ni... cantik dan mendamaikan.

Suasana di lobi Auditorium Connextion @ Nexus dan di kaunter pendaftaran. Masa ni, masih ramai yang belum sampai. Sebab tu nampak lengang jer.


Yang menariknya tentang bengkel ni adalah, penyertaan daripada pelbagai bangsa. Ada sesetengah event tu, penuh dengan satu bangsa je kan? tapi event anjuran #Dutch Lady ni... saya beri 5 bintang! hampir semua bangsa ada! nampak harmoni gituuu...


Ada ruang bermain untuk anak-anak sementara menunggu bengkel bermula.

Jadual untuk SPEED SMART TRAINING. Program ni berlangsung selepas bengkel.

Nak juga tempek banner2 #Dutch Lady yang dipasang di sekitar auditorium ni... amik feel kata orang...


Pihak penganjur menyediakan gambar dan pensil warna untuk mengisi masa anak-anak ketika ibu bapa masing-masing sibuk berbengkel. sebenarnya, motif snap pic ni sebab suka tengok bekas pensil warna yang comel tu... =D


Suasana di dalam auditorium / pentas utama. nak tau siapa yang jadi MC hari tu? NANA MAHZAN! petah sungguh dan cakap pulak tak henti-henti! hebat betul!

Sebelum bengkel bermula, Nana turut berkongsi beberapa info menarik; dan sudah pastinya tentang #Dutch Lady!


Ini lah dia barisan para panel yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing. yang duduk sebelah Nana tu. Dr. Alvin; seorang penyiasat perkembangan kanak2. Di sebelahnya, Dr. Yong Junina, seorang pakar pediatric dan mempunyai klinik sendiri, dan yang duduk paling kanan tu, Prof. Poh, Pensyarah dalam bidang kasihatan dan nutrisi.

FYI, bengkel ni menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantara. Jadi setiap maklumat yang disampaikan sangat2 terkesan di hati. Apa2 pun, THUMBS UP untuk panel2 ni sebab cara penyampaian dan info2 yang mereka berikan sangat2 tip top dan berguna; bukan sahaja untuk perkembangan mental dan fizikal anak2 tetapi juga untuk (bakal) ibu bapa yang hadir! Tahniah semua!

Antara peserta / hadirin yang menghadiri bengkel ini. Suasana pun meriah! meriah dengan suara anak-anak kecil =D

Macam yang saya beritahu tadi...time ibu bapa tengah khusyuk dengar bengkel, anak2 pula diberi peluang untuk mewarna... tengok tu... khusyuknya dia....





SPEED SMART TRAINING bermula! mostly gambar saya ambil ketika training untuk anak2 berusia 0-4 tahun... Yer laa kan, sesuai dengan usia Emir sekarang ni. anak2 kecil ni akan di guide oleh staf2 yang terlibat untuk melatih mereka bagaimana aktiviti ini boleh merangsang perkembangan mental dan fizikal mereka mengikut tempoh yang yang tertentu. Setiap peringkat umur, berbeza tahap latihan mereka. Contohnya...

Anak2 yang dah pandai mengenal nombor dan huruf, mereka diberi latihan simple mathematics. Apa yang harus ibu bapa lakukan adalah, mulakan dari peringkat yang mudah (contoh, operasi tambah) dan tetapkan masa untuk mereka menjawab. 

Ulang aktiviti tersebut sampailah ke peringkat yang sukar (sifir, operasi bahagi etc). Jika mereka berjaya menjawab soalan dengan tepat dalam jangka masa yang singkat, puji atau beri ganjaran kepada mereka. Ulang aktiviti ini dan pelbagaikan agar mereka menjadi seronok untuk belajar, berkomunikasi serta bersosial.

Jika gambar di atas ini adalah melibatkan aktiviti merangsang otak, tapi yang ini pulak aktiviti merangsang deria. Cara ini dapat membantu anak-anak mengenali perkara2 persekitaran mereka dan ini secara tidak langsung membantu mereka mengenali perkara2 asas. 



Contoh, ini bentuk apa? jawab mereka: Bulat! Bentuk bulat ni macam bentuk apa? jawab mereka, Bola! dan seterusnya...


Aktiviti yang ni pula mengajar anak2 mengenali warna. Asingkan warna mengikut kumpulan dan selepas tu uji mereka. 

Contohnya, yang ini berwarna apa? jawab mereka, Hijau! Hijau sama dengan warna apa? jawab mereka, Daun! dan begitulah seterusnya...





Yang ni pula, aktiviti untuk anak2 yang belum berusia setahun. aktiviti seperti ini dapat merangsang mereka dengan warna, peralatan, mainan dan sebagainya.



Suasana di dalam bengkel. Meriah dengan telatah anak2 dan ibu bapa...

Sementara menanti sesi bengkel, tetamu dihidangkan dengan juadah tengah hari...

Siapa yang tak kenal Mia Sara Nasuha, sila angkat keyboard? sebagai duta susu #Dutch Lady, haruslah Mia Sara datang kan untuk bergambar dan berkenalan dengan peserta yang hadir...

Antara juadah tengah hari yang awesome dan sedap!!! kenyang beb!


TERIMA KASIH kepada pihak #Dutch Lady di atas goodies ni!

Last but not least, TERIMA KASIH kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya ke bengkel yang sangat2 best ini! Moga2 apa yang diperoleh dapat dimanfaatkan bersama! Love You #DUTCH LADY! For more details sila lajari:-


Love,
Farah





You Might Also Like

8 comments

  1. Vote for dutch lady jugak..anak2 akk yg besar ni semua dulu membesar dgn susu ni.aish je msk nyusu badan

    BalasPadam
  2. anak Ky pun membesar dgn dutch lady..

    BalasPadam
  3. bagusnya bengkel ni,ada macam2 aktiviti untuk parents dan anak-anak..nice!

    BalasPadam
  4. farah dtg kl ek? kenapa x jumpa ek? ;-) hahahahah

    BalasPadam
  5. seronoknye tengok event macam ni.. farah.. bile tengok post ni.. terase kecil sangat diri ni.. terase macam banyak sangat kene buat utk ufairah..

    BalasPadam
  6. ruginya aritu tak dapat join
    kalau tak mesti dah dapat jumpa farah

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||